Dewa Aiyanar atau Iyenar merupakan dewata penunggu kampung-kampung dalam negara Tamil. Baginda dipuja di kampung-kampung orang Tamil di India Selatan dan di Sri Lanka. Pedanda bagi dewata ini selalunya bukan kaum Brahmana, tetapi dari kejatian pembuat kendi tanah liat serta ahli kejatian lain yang membantu menjalankan tugasan di kawasan persanggaran. Biasanya di persanggaran itu ada murti berwarna-warni dan besar bagi mewakili baginda dewata penunggu dalam rupa menaiki kuda atau gajah bersama para temannya. Banyaklah teori berkenaan terbitan dewata ini, begitu jua dengan terbitan kata namanya. Baginda turut dikaitkan dengan dewa Aiyanayage yang dipuja orang Sinhala di Sri Lanka.
Terbitan Kata
Kata bahasa Tamil Aiyanar terbit dari kata akar Aiya yang selalunya digunakan oleh penutur bahasa Tamil, bahasa Melayalam, dan bahasa Telugu bagi memanggil orang yang terhormat. Terdapat beberapa terbitan kata yang bercanggahan bagi arti kata Aiya ini, umumnya ia dianggap diterbitkan dari kata bahasa Tamil Purwa bererti abang sulong. Arti yang ini, dalam semua bahasa Tamil, bahasa Telugu dan bahasa Malayalam pun sama.
Lain teori terbitan kata mencadangkan kata Aiya ini dari bahasa Prakerta yang merupakan sebutan tak lancar bagi kata Arya bererti Mulia. Menurut Fred Clothey, Aiyanar ini merupakan penyesuaian Tamil bagi ketua dewata dari panglima-panglima Ay yang memerintah beberapa bahagian negeri Kerala bersama dengan negeri-negeri dalam negara Tamil yang dikenali sebagai Tamilagham. Beliau menyatakan bahawa sabdawali Aiyanar ini bererti pengembala lembu dan pelindung yang merupakan nama lain bagi panglima-panglima Ay dan dewata mereka.
Nama lain bagi dewata ini pula adalah Aiyanar Sasta atau Sasta saja. Sasta merupakan sabdawali umum bagi merujuk seorang guru. Di India Selatan, Sasta ini didewatakan sejak 655 M. Pemujaan Sasta ini berkembang di negeri Kerala dengan kuil tersendiri ditujukan kepada Sasta sejak abad ke-10 M. Sebelum itu, pemujan terhadap Sasta dijalankan dalam candi Betara Siwa atau candi Betara Wisnu yang merupakan asas kedewataan segala dewata kahiyangan dalam kelompok para dewa. Sasta juga digunakan untuk menerangkan bilangan dewata lain. Brahma Sasta contohnya merupakan nama lain bagi dewa Skandha dan Dharma Sasta merujuk pula kepada dewa Ayyappa. Sasta juga mempunyai kimwadanti Sanskerta yang menjadikan baginda itu sebagai anak persatuan antara Betara Siwa dengan bentuk wanita Betara Wisnu. Nama lain Aiyanar pula seperti Gaja Wahana dan Sata Wahana.
Susur Galur dan Perkembangan
Rujukan awal sekali bagi Aiyanar Sasta termasuklah dua atau lebih batu wira kepunyaan kepala pemburu dari daerah Argatu di negara Tamil. Batu-batu wira ini dikesan sejak abad ke-3 M lagi kewujudannya. Arti pada carukan pada batu wira itu, "Ayanappa; Sanggar untuk Kattan". Diikuti dengan prasasti lain di Uraiyur dekat dengan Tiruchipalli dari abad ke-4 M. Rujukan sastera untuk Aiyanar-Kattan ditemui dalam karya penganut Buddha Tamil berjudul Cilappatikaram dari abad ke-4 dan ke-5 M. Samaya pemerintahan wangsa Chola sekitar abad ke-9 M sampai seterusnya, pemujaan dewata Aiyanar Sasta menjadi lebih tersebut oleh orang ramai.
Murti
Selalunya, murti baginda berupa pahlawan yang berdiri atau menunggang kuda puteh atau gajah. Baginda juga ditemui dalam murti yang ditemani dua isteri, membawa cemeti atau cogan loka, memakai japa tapa, kain yang melingkari tubuhnya dan mendukung lutut orang yang duduk, dari bahasa Sanskerta, Yogapatta atau bahasa Tamil, Wagupattai.
Peneman dan Pengasuh
Dewa Aiyanar selalu juga ditemani pengiring, biasanya terdiri daripada dewa-dewa kecil, kadangkala oleh asura. Selari dengan amalan pemurtian ini, kuda tanah liat sering diletakkan di luar sanggar pujaan. Kuda itu nanti akan menjadi tunggangan baginda bagi rondaan malam baginda. Pedanda sewah bagi dewa ini selalunya berkemahiran dalam pembuatan barangan tembikar yang membentuk murti dan juga kuda tanah liat selain tidak mengambil makanan sayuran semata-mata.
Pemujaan
Pemujaan dewa ini merupakan pemujaan berdasarkan puak yang memuja nenek moyang sejak samaya purwa lagi, serta dikaitkan dengan pemujaan alam serta kesuburan. Perayaan Ayyanar dirayakan di dusun suci semasa musim bunga oleh semua puak yang berkaitan. Sanggar dewa ini selalunya ditempatkan di pengujung atau persempadanan kampung pedalaman sekali dan dilihat berkuda dengan menghayun pedang. Senjata lain seperti tombak dan trisulo juga berkaitan dengan sanggar pemujaan baginda. Kebanyakan pedanda sanggarnya itu bukan jati Brahmana dan datang dari susur galur keluarga tempatan yang dinaik tarafkan menerusi pusat pemujaan keluarga berabad-abad lamanya.
Bentuk pemujaan terhadapnya bersifat bukan agama, dan juga dikaitkan dengan semahan korban makanan sayuran sattawa. Haiwan yang disemahkan seperti kambing atau ayam hanya disemahkan untuk beberapa dewata pengawal terpilih sahaja daripada 21 dewata seperti dewa Karuppusami, Sudalai Madan Sami dan beberapa dewata ibunda yang ditempatkan di sanggar Ayyanar. Sebagai balasan pemujaan, pedanda tempatan mungkin akan menyemahkan semula bunga suci atau pun wibhuti abu suci kepada pemuja. Cetera tempatan seperti Koothhu dan kesenian tempatan seperti Wilupattu dipersembah bagi menyampaikan pesanan dari cetera Ayyanar kepada orang ramai.
Di India Selatan, dewa ini dipuja di tanah lapang dikelilingi oleh pepohin yang memegang kedudukan penting dalam kampung tempatan kerana nilai-nilai tertentu bagi kehidupan masyarakat dan keluarga. Sistem Aiyanar ini berdasarkan kepada pembentukan keluarga, puak, dan mengekalkan nilai-nilai kekeluargaan di kawasan terpencil.
Pemujaannya yang bersifat bukan dari weda, namun kehidupan masyarakat dan nilai kekeluargaan masih dititikberatkan berbanding dengan cara hidup sendirian. Bilangan dewa yang ramai seramai, 61 dewata bawahan lain wujud bersama dengan sekurang-kurangnya 18 sampai 21 dewata bersekutu. Kehidupan bermasyarakat dan berkeluarga akan jadi lebih lancar dan bahagia hanya jika ada tempat yang menerima dan mengambil semua orang tak kira jenis apa pun tinggal bersama. Dewa ini digambarkan menunggang kuda puteh, melawan asura dan dewa jahat yang cuba mengganggu kampung.
Pedanda yang menjalankan pemujaan selalunya dari jati Welar atau pekerja. Pembuat tembikar di negara Tamil atau dalam puak tertentu dalam masyarakat membentuk satu persekutuan keluarga besar. Mereka ini nanti akan menerima warisan peranan pedanda dari ahli keluarga lelaki lain, dan biasa juga terjadi seramai lapan ahli kelurga memegang peranan sebagai Kodangi bagi menyelesaikan masalah tempatan.
Sanggar Aiyanar, murti dan berhala tembikar menggambarkan kedudukan kemasyarakatan dalam kampung di negara Tamil. Dewa berada pada kedudukan-kedudukan tertentu menurut kepada keadaan kemasyarakatan dan ekonomi kampung, sama juga seperti kehidupan kemasyarakatan, dewara yang sattwa mengambil sayuran sahaja menduduki tempat tertinggi. Yang rendah mengambil barangan bukan sayuran.
Biasanya sanggar dewa ini terbuka dengan satu atau lebih tokoh yang memberikan tumpuan kepada setiap dewa nenek moyang tempatan yang merupakan orang samaya dulu yang berada dalam kelompok masyarakat yang pelbagai. Banyak perayaan yang melibatkan kuil dan sanggraham di kampung. Di kuil di Chonai, satu daripada dewata rendah dikaitkan dengan dewa Aiyanar, dan seekor lembu akan dibawa ke hadapan kuil. Lembu dihiasi dengan bungaan dan dilukis tubuhnya. Kemudian ia diikat dengan jerami basah, lepas itu akan ada beberapa orang lelaki mencabar lembu untuk meligan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan