Khamis, 23 Mei 2013

Narasingha Jayanti


!Om!

Kepada rakan-rakan kehinduan aliran Waisnawa sekelian serta lain-lain yang menghormati Betara Wisnu, aku ucapkan selamat melalui peristiwa Narasingha Jayanti. Tanggal 19 Mei yang lepas, berlaku juga Sita Dewi Jayanti yang dirayakan pada Nawami Tithi ketika Suklapaksa dalam bulan Weskha ini. Dipercayai bahawa Sita Dewi terjelma pada wara Angra dalam Pusya Nakchatram. Sita Dewi berwiwaha dengan Seri Rama yang juga terjelma pada Nawami Tithi Suklapaksa tapi dalam bulan Chaitram. Jayanti lain dalam bulan Wesakha ini seperti Jayanti Sang Prabhu Parasurama atau Pusparama dan Jayanti Sri Adi Sankaracharya. Tidak pasti halnya di Pulau Bali atau di Jawa Timur. Aku cuma tahu penanggalan yang umum sahaja.
     
Om namo bhagawate Wasudewaya namoooo namahak! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan