Aku mendapati bahawa buku ini sangat menarik. Halnya kerana ia memaparkan mengenai pengkajian tentang orang Austroasia atau disebut sebagai orang Darat di negara aku yang berkaitan dengan tamadun Hindu sebelum samaya perkembangan bahasa Prakerta, bahasa Sanskerta dan bahasa-bahasa Drawidia. Cubalah tuan mengaksesnya di sini: Benua India Pra-Arya dan Pra-Drawidia.
Jika berkesempatan, pasti ku cuba memperbuat catitan dalam bahasa Melayu untuk perkongsian bersama. Di negara aku, etnik orang asli kelompok Senoi merupakan kelompok keturunan Austroasia atau Darat. Yang lainnya itu dalam kelompok Melayu Purwa dan kelompok Negrito tetapi berbahasa dengan bahasa orang Darat pula kerana bahasa mereka sudah pupus....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan