Isnin, 10 Jun 2013

Adittiya Hridayam Maha Mantra

Om Swastiastu!

 

Ku titipkan bacaan Adittya Hridayam Maha Mantra untuk para pelawat Hindu sekelian yang berkenan singgah di laman yang serba kekurangan ini. Bacaan dalam bahasa Sanskerta diterjemah ke bahasa Telugu. Bacaan ini ada dalam kekawin Ramayana catitan Maharesi Walmiki pustaka Yuddha Kandam (Pustaka ke-6) Seloka ke-107.

Mahamantra ini dibacakan oleh Resi Agastiya kepada Seri Rama dalam peperangan sebelum bertembung dengan baginda Phra Rawana. Mula mantra ini pada pertarungan Seri Rama dengan Phra Rawana. Resi Agastiya mengajarkan baginda Seri Rama yang sudah kepenatan selepas lama bertapik dalam peperangan melawan ramai Kesatria Langka Dwipa. Diajarkanlah cara menyemah kepada Surya Dewa bagi menyerap kekuatannya dan mengalahkan shatru (seteru). Cubalah rakan-rakan Hindu sekelian membacanya hari-hari. Nanti aku cuba memuatkan samacara mengenai perkara ini supaya boleh rakan Hindu yang budiman berkongsi juga kepada rakan-rakan Hindu lain...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan