Jumaat, 28 Jun 2013

Brahmana Mengambil Dharma Lain

Bangsa Brahmana mengambil banyak jenis pekerjaan. Yang ini kita sebutnya sebagai adhikara. Ada yang menjadi pedanda, pertapa dan juga cendekiawan. Selain itu, ada yang memegang dharma Kesatria. Yang memegang dharma Kesatria ini dipanggil sebagai Brahmakesatria.

Contoh bagi Brahmakesatria adalah seperti begawan Parasurama yang merupakan salah satu jelmaan Betara Wisnu. Beliau merupakan seorang pahlawan yang gagah perkasa serta mengalahkan kaum Kesatria Haiheya 21 kali banyaknya. Beliau juga pakar dalam penggunaan senjata dan melatih Brahmana lain untuk berperang tanpa senjata. Selepas begawan Parasurama menghancurkan bangsa Kesatria, beliau dikucilkan dari masyarakat Brahmana serta dilarang daripada menjalankan sebarang upacara agama Brahmana. Di pantai tepi Laut Arab, di Ghat Barat beliau lalu mencetuskan semula masyarakat Brahmana baru. Di situ, beliau nampak bangkai manusia hanyut di laut. Lalu beliau menyucikan bangkai-bangkai itu dengan Agni dan menghidupkan mereka semula. Kemudian, beliau mengajar mereka segala weda, pengetahuan sastram dan mencetuskan masyarakat Brahmana baru. Dipercayai Brahmana ini kini dikenali sebagai Brahmana Konkanastha Chittapawan. Chittpawan ini ertinya disucikan jiwanya manakala Konkanastha membawa erti penduduk di rantau Konkan. Bangsa Brahmana Chittpawan ini tak mempunyai tanah sendiri maka mereka dipandang rendah oleh bangsa Kesatria dan menjadi mangsa hinaan bangsa Brahmana lain.  

Jadi, begawan Parasurama meminta kepada dewa laut supaya pulang dan memberinya sedikit tanah tapi haknya dinafikan dewa laut. Begawan Parasurama murka lantas menyediakan Brahmastram untuk membunuh dewa laut! Dewa laut jadi takut lalu memohon ampun kepadanya. Begawan Parasurama bersabda bahawa Brahmastram di panah itu tak boleh ditarik balik. Tapi ia boleh dihalakan ke tempat lain. Tempat tercacaknya anak panah itu nanti akan menjadi tanah pesaka kepada Brahmana Chittapawan Konkanastha dan Brahmana Daiwadnya.

Tempat anak panah begawan Parasurama mendarat ity merupaakan kawasan di Konkan yang dikenali sebagai Lote Parasurama dan di situ memang ada Pura Begawan Parasurama. Brahmana Bhumihara memang sudah mempunyai susunan kemasyarakatan apabila begawan Parasurama menghancurkan bangsa Kesatria. Keturunan Brahmana itu selepas beberapa lamanya mula meninggalkan upacara agama Brahmana lalu menjadi tuan tanah. Hanya sebahagian kecil sahaja masih menjalani dharma Brahmana. Ada juga Brahmana yang bekerja sebagai bomoh berubat. Contohnya seperti Brahmana Waidiya di Bengal dengan nama keluarga seperti Gupta, Dasagupta atau Sengupta. Mereka adalah anak cucu kepada Dhanawatari atau bapa kepada Ayurweda. Bangsa Brahmakesatria, cucu cicitnya adalah seperti bangsa Khatri. Mereka ini di Punjab menjalani dharma Waisya tapi jati mereka adalah Kesatria.

Ada mungkin juga kata Brahmakesatria ini merujuk kepada seseorang yang mempunyai turunan dari dua jati iaitu jati Brahmana dan jati Kesatria. Dalam kalangan keluarga diraja Rajaputra, bangsa Brahmana menjadi guru peribadi dan pelindung kepada putera-putera raja. Mereka diberi pangkat Rajapurohit dan mengajar putera raja banyak perkara seperti sastram dan juga seni bela diri. Ada juga yang menjadi penjaga turunan diraja dan juga itihasanya. Mereka juga menjadi pelindung singgahsana kerajan dan menjadi pemangku kepada raja kecil atau raja yang mangkat ayahanda dan bondanya. Bangsa Brahmana terkenal, tokohnya salah satunya Empu Chanakya, Rajapurohit kepada maharaja Chandragupta Maurya. Beliau membantu maharaja untuk menguatkan cengkaman empayar Maurya atas empayar Nanda. Selain itu, beliau juga membantu dalam melawan Alexander the Great daripada menjajahi empayar Maurya.

Brahmakesatria ini merupakan salah satu sabdawali yang merujuk orang yang berkaitan dengan jati Brahmana dan jati Kesatria. Wangsa Pallawa contonya merupakan bangsa Brahmakesatria dan mereka memanggil diri mereka begitu. Raja Lalita Aditya Muktapida dari Kashmir yang memerintah India Utara dan Asia Tengah pun sama memanggil dirinya Brahmakesatria. Raja Rudrawarman dari Champa pada 657 M merupakan seorang putera kepada seorang Brahmana diraja. Raja Jayawarman I yang memerintah Kemboja wangsa Chenla pada 781 M pun adalah seorang Brahmakesatria.

Hem Chandra Wikramaditya atau Hemu dilahirkan dalam keluarga Purohita. Tetapi beliau memulakan pembuatan pembedil untuk pertama kalinya di India Utara. Beliau belajar dari Portugis dan membekalkan serbuk senjata kepada tentera Sher Shah Suri. Kemudian beliau menjadi Perdana Menteri dan juga Panglima Tentera bagi wangsa Suri serta bagi maharaja India Utara pada 1556 M selepas mengalahkan tentera Akbar di Agra dan Delhi.

Brahmana dengan dharma Waisya pula dikenali sebagai Brahmawaisya. Contohnya, seperti suku bangsa Ambastha yang wujud di India Selatan. Mereka menjalankan kerja-kerja perubatan kerana sejak samaya purwa lagi mereka mengamalkan Ayurweda dan menjadi Waidiya atau penyembuh. Dakwaan mereka, pada masa pemerintahan British di India, kerajaan British mencadangkan mobilisasi jati maka mereka pun turutlah memakai benang suci. Tapi tak ada pula suruhan dari kerajaan British atau pun bangsa Hindu disuruh memakai benang.

Ramai juga orang Palli di India Selatan mendakwa diri mereka sebagai bangsa Brahmana sementara bakinya mendakwa diri mereka sebagai Kesatria Agnikula. Orang Palli Kulaman mendapat jolokan oleh orang luar sebagai Brahmana Kulaman. Hemu dari Rewari, Haryana juga seorang Brahmana menurut kelahiran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan