Persoalan mengenai kepercayaan kepada dewata dalam kalangan penganut Buddha sering menyebabkan orang ramai menganggap bahawa ajaran Buddha tidak mempercayai perkara yang tak kelihatan atau di bahagian sisi lain alam manusia bertempat tinggal ini. Pengikut ajaran baginda Buddha sebenarnya menyedari mengenai kewujudan dewa-dewi yang kita sebut dalam bahasa Siam sebagai Tewoda atau Dewata. Hanya sanya, penganut Buddha mengetahui bahawa dewata itu ada terbahagi pula kepada susunan lapis kemasyarakatannya samalah keadaannya dengan manusia.
Ada penganut Buddha yang meminta bantuan dewa-dewi menerusi seruan mantra Brahma atau kita sebut sebagai montra Phramm. Dewa-dewi akan menjelmalah dalam mimpi sekiranya berhubung dengan manusia atau mereka akan membuat petanda. Biasanya, dewa-dewi ini cuma kelihatan dalam mimpi seseorang yang tinggi pengamalannya. Bila meminta bantuan kahiyangan, maka perlu juga manusia itu memindahkan pahala kepada dewa yang memberi bantuan tersebut bagi berterima kasih kepadanya.
Baginda Siddhartha Gautama yang dicerahi ada menyebut, pengamalan trairattana, pematuhan kepada pancasila, mempelajari dharma, memberi dana dan juga mengembangkan kebijaksanaan membantu seseorang itu dijelmakan dalam sorgaloka yang diingininya. Antara enam sorga yang tersebut, sorga Tusita lah yang teristimewa kerana dalamnya itu dihuni oleh dewa, dewi serta para bodhisattwa.
Ada lagi 20 tingkatan sorga yang dipanggil sebagai Brahmalogam. Jangka hayat penduduk dalam sorga yang itu melebihi 9216 juta tahun. Dijelmakan dalam Brahmalogam ini memerlukan seseorang itu menjalankan tapa jhana atau tapa semadi yang dalam. Senarai tingkatan sorga itu:
1. Brahma Parisajja Dewa - Pelayan Brahma
2. Brahma Purohita Dewa - Menteri Brahma
3. Maha Brahma - Brahma Agung
4. Parittabha Dewa - Brahma Sinaran Kecil
5. Appamanabha Dewa - Brahma Sinaran Tiada Batasan
6. Abhassara Dewa - Brahma Pancaran Sinaran
7. Parittasubha Dewa - Brahma Gemilang Kecil
8. Appamanasubha Dewa - Brahma Gemilang Tiada Batasan
9. Subhakinna Dewa - Brahma Terang Benderang
10. Wehapphala Dewa - Brahma Jaya Subur
11. Aweha Dewa - Brahma Tak Terjatuh
12. Atappa Dewa - Brahma Senang Lenang
13. Sudassa Dewa - Brahma Lawa
14. Sudassi Dewa - Brahma Terang Penglihatan
15. Akanittha Dewa - Brahma Sama Usia
16. Angkasanancayatanapuga Dewa - Sorga Lapangan Tak Terbatas
17. Winnyanancayatanupaga Dewa - Sorga Kesedaran Tak Terbatas
18. Asannyasatta - Sorga Makhluk Tiada Kesedaran Lagi
19. Akinncannayatanapuga Dewa - Sorga Kekosongan
20. Newasannasannayatanupaga Dewa - Sorga Hilangnya Sudut Pandangan atau Sebaliknya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan