Sabtu, 29 Jun 2013

Pemulihan Semula Saiwa Kashmir


Aliran Saiwa di Kashmir sudah terpendam lamanya beberapa satawarsa. Mungkin ada beberapa orang pertapa dan yogi yang mengamalkan ajaran ini secara senyap sepi, tetapi tak ada penulis atau penerbitan pun mengenai aliran ini sehingga lah satawarsa ke-14 M.

Dalam satawarsa ke-20 M, Empu Laksmanju yang merupakan seorang Brahmana Kashmir cuba menghidupkan semula aliran yoga dan cendekiawan dalam ajaran Saiwa. Sumbangannya besar sekali. Beliau memberi inspirasi kepada turunan cendekiawan yang menjadikan aliran Saiwa Kashmir atau aliran Saiwa Trika sebagai lapangan pengajian sah dalam widyalayam.

Acharya Rameswara Jha, pelajar kepada Empu Laksmanju selalu juga diberikan penghargaan kerana usaha menancapkan semula akar aliran ini dalam masyarakat terpelajar di Waranasi. Beliau dengan kreativiti tersendirinya menyebarkan aliran adwaita ini kepada orang biasa dan juga cendekiawan. Tulisan asalnya berbahasa Sanskerta dikumpulkan dan diterbitkan semula sebagai pustaka dikenali sebagai Purnta Pratiyabhijna dan Samita Swatantram.

Empu Muktananda juga bertanggungjawab dalam perkara aliran ini, Beliau walaupun bukan dari turunan terus Saiwa Kashmir namun mempunyai rasa pertalian yang rapat dengan aliran ini. Beliau mengesahkannya menerusi pengalaman terusnya sendiri dalam pengamalan amalan dalam aliran ini. Beliau menggalakkan dan meminta Motilal Banarsidasa supaya menerbitkan terjemahan Siwa Sutra oleh Jayadewa Singa, Siwa Sutra, Pratiyabhijnya Herdayam, Spanda Karika dan juga Wignana Bhairawa. Beliau memperkenal aliran ini ke khalayak ramai dan ia dikenali juga dalam kalangan pertapa Barat menerusi tulisan dan ceramah beliau berkenaan perkara ini.

Lain-lain Guru adalah seperti Lalleswari (1320), Begawan Gopinath (1898-1968), Empu Laksmanju (1907-1991) dan Wiswanatha Sutshi Bhatt (1937-2013).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan