Krama
Sabdawali krama ini membawa erti perkembangan, pragati atau pun penggantian yang juga memberi erti "perkembangan rohaniah".Ia boleh juga dikenali sebagai wikalpa atau gilapan berkala bagi proses berpikir atau penguraian berturutan yang berlaku pada peringkat terakhir dalam Cit atau Kesedaran Tertinggi.
Jika aliran Krama ini merupakan bahagian terjalin dalam Saiwa Kashmir, maka ia pun merupakan satu rupakara yang bebas secara dresti dan juga itihasanya. Krama ini merupakan peresenyawaan antara tradisi Tantra dan Sakta yang berdasarkan kepada Wedanta Saiwa.
Sebagai satu rupakara yang berlatarkan kepada Tantra-Sakti dari segi rencah rahasiawadi (mistik) nya, Krama ini sama dalam beberapa sudutnya dengan rupakara Spanda iaitu sebagai pusat kepada kegiatan Sakti, dan juga sama dengan rupakara Kula dalam pendekatan Tantra nya.
Dalam keluarga dresti Saiwa Kashmir, aliran Pratyabhijnya ini sangat berbeda daripada Krama. Ciri paling ketara bedanya dari Krama yang membuat ia berbeda ini adalah ia mengandungi disiplin bhedabhedopaya (wedanta-dwaita) dalam tahap-tahap yang mendahului kesedaran rohaniah. Walaupun ia merupakan satu rupakara wedanta yang nampak sesuai, tetapi masih ada ruang untuk sudut-sudut dwaita sebagai tahap pendahuluan dalam melangkah ke jalan kerohanian. Jadi, dikatakan juga bahawa dalam amalan Krama ini ada juga cara amalan dwaita dan adwaita, tetapi dalam dresti tersiratnya ia masih lagi dalam lingkungan adwaita. Krama mempunyai kecondongan memberat kepada teori pengetahuan positif, yang tujuannya itu bagi membentuk gabungan kepada bhoga dan moksa.
Spanda
Rupakara Spanda diperkenal oleh Empu Wasugupta (800 M). Selalunya ia digambarkan sebagai getaran atau gerakan kepada kesedaran. Empu Abhinawagupta menggunakan ungkapan "sejenis gerakan" bagi membayangkan perbedaannya dengan gerakan tubuh. Sebaliknya, ia adalah getaran atau bunyi yang terdapat dalam diwiya atau debaran. Pati kepada getaran ini adalah kesukaan berulang dalam jiwa yang sedar.
Tiang seri bagi rupakara yang ini adalah, "segalanya itu Spanda", yang melibatkan hakikat luar bertumpu dan juga dunia yang subjektif. Tak sesuatu pun yang wujud tanpa pergerakan, tetapi pergerakan terutama itu terjadi bukan dalam ruang dan masa, sebaliknya dalam Cit atau Kesedaran Tertinggi. Jadinya, ia adalah putaran kepada luaran dan dalaman bagi kesedaran itu sendiri. Berkaitan dengan kebanyakan lapangan ciptaan yang diangkat atau Siwa-Sakti Tattwa.
Dalam usaha menggambarkan konotasi konsep Spanda, satu rantaian konsep yang serupa dibawa ke dalam perbincangan seperti Wimarsa (kesedaran berulang diri), Cit (kehendak tak terhalang Kesedaran Tertinggi), Swatantraya (tenaga cetusan tertinggi), Wisarga (hati diwiya), Herdaya (lautan cahaya kesedaran) dan Cidananda. Sastera terpenting dalam rupakara yang ini adalah Siwa Sutra, Spanda Karika dan Wignana Bhairawa Tantra.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan