Sabtu, 29 Jun 2013

Guru Agung Saiwa Kashmir


Empu Abhinawagupta

Semua empat cawangan tradisi Saiwa dari Kashmir ini disusun oleh ahli falsafah terkenal, Empu Abhinawagupta (950-1020). Antara karya pentingnya, yang paling penting sekali adalah Tantraloka atau Cahaya Suci Tantra

Karya ini berbentuk ayat-ayat yang mensenyawakan seluruh tradisi Wedanta dalam aliran Saiwa. Empu Abhinawagupta berjaya dalam melicinkan semua perbedaan jelas dan juga ketidakrancuan yang ada dalam cawangan-cawangan berbeda dalam aliran Saiwa di Kashmir sebelumnya. 

Makanya, beliau mempersembah satu rupakara lengkap yang selari dan juga sempurna pada drestinya kepada penganut aliran Saiwa. Kerana panjangnya kekawin Tantraloka itu, sebanyak 5859 ayat maka diperbuat juga bentuk pendeknya yang dipanggil sebagai Tantrasara oleh Empu Abhinawagupta supaya mudah dipahami isi kandungan Tantraloka.

Empu Jayaratha

Contoh guru penting lain dalam aliran Saiwa di Kashmir adalah Empu Jayaratha (1150-1200). Beliau menambah ulasannya pada Tantraloka. Tugasan ini sebenarnya payah sekali dan mengambil seluruh hidupnya. Beliau menyediakan lebih banyak konteks, pelbagai petikan dan juga penjelasan yang tanpa nya, sukar hendak dipahami pengertian Tantraloka itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan