Sabtu, 29 Jun 2013

Pengelasan Tradisi Bertulis Saiwa Kashmir


Sastera pertama Saiwa Kashmir ditulis pada awal satawarsa ke-9 M. Sebagai satu rupakara tantra wedanta, aliran Saiwa Trika dari Kashmir ini juga mengajar menggunakan sastera Sruti seperti Wedanta Bhairawa Tantra, Sutra Siwa oleh Wasugupta dan juga dari sejeins Begawadgita yang diberi ulasannya oleh Abhinawagupta. Ulasan Begawadgita yang dipakai penganut aliran ini dikenali sebagai Gita Artha Samgraha. Ajaran dalam aliran Saiwa Kashmir ini juga didapati dari Tantraloka oleh Abhinawagupta. Yang ini memang terkenal daripada bahagian Smerti yang digunapakai penganut aliran ini.

Yang umumnya, seluruh tradisi bertulis bagi aliran ini boleh dibahagikan kepada tiga jenis bahagian asas iaitu Agama Sastra, Spanda Sastra dan Pratiyabhijnya Sastra.

1. Agama Sutra

Agama Sastra merupakan tulisan yang dianggap sebagai wangsit terus dari Betara Siwa. Tulisan ini mulanya disampaikan secara lisan dari guru kepada pelajar yang dilihat oleh guru itu sebagai sesuai bagi menerima ajaran. Yang ini termasuklah karya-karya seperti Maliniwijaya Tantra, Swacchanda Tantra, Wignanabhairawa Tantra, Netra Tantra, Mergendra Tantra, Rudrayamala Tantra, Siwa Sutra dan lain-lain. Ada ulasan untuk kebanyakan karya ini. Tapi Siwa Sutra lah yang paling banyak ulasan dalam kebanyakan karya ini.

2. Spanda Sastra

Karya utama bagi jenis ini adalah Spanda Karika oleh Bhatta Kallata, iaitu pelajar kepada Wasugupta dengan banyak ulasan baginya. Dalam ini, ada dua bahagian pula iaitu Spanda Sandoha (ulasan bagi ayat-ayat awal dalam Spanda Karika) dan Spanda Nirnnaya (ulasan untuk sastra lengkapnya).

3. Pratiyabhijnya Sastra

Tulisan jenis ini mempunyai isi kandungan yang menyentuh tentang alam ghaib. Sebab tahapnya begitu tinggi maka bahagian yang ini selalunya tak dibenarkan lepas kepada orang yang tak mendapat kenaikan. Walau bagaimanapun, bahagian penulisan ini merujuk kepada sumber-sumber terus kepada kesedaran rohaniah. Pratiyabhijnya ertinya itu "pengenalpastian" dan merujuk kepada pengenalpastian spontan kepada sifat diwiya yang ada tersembunyi dalam manusia. Karya terpenting bagi jenis ini adalah seperti Iswara Pratiyabhijnya, karya asas oleh Utpaladewa dan Pratiyabhijnya Wimarsini iaitu ulasan kepada Iswara Pratiyabhijnya. Erti Iswara Pratiyabhijnya itu adalah Hakikat Pengenalpastian Sang Iswara Secara Terus Serupa dengan Hati Seseorang. Sebelum Utpaladewa mencatit tulisan ini, gurunya, Empu Somananda ada menulis Siwa Dresti yang merupakan kekawin yang berlapis-lapis ertinya.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan