Ada para dewa dalam ajaran Buddha. Menurut ajaran Buddha, dewata ini merupakan jenis makhluk atau bangsa yang bukan manusia. Mereka seperti manusia bernafsu bagai cuma lebih sakti, hidup lebih lama, dan umumnya, hidup suka lah berbanding manusia biasa. Kadang kala kita panggil dewata sebagai prah kadangkala dewata kadangkala dewa. Konsep ini diterima sampai ke Jepun juga kerana persamaan dengan konsep kami. Ada masa kita sebutnya sebagai dewaputra.
Kesaktian Dewata
Pada pandangan manusia, para dewa ini berkongsi ciri sama iaitu ghaib pada pandangan mata kasar manusia. Kehadiran mereka dirasai oleh manusia yang mempunyai diwiyacaksus atau yang mempunyai kesaktian deria lampau kebiasaan yang membolehkan seseorang itu melihat makhluk dari lapangan lain seperti Phra Buddha Chao sendiri. Suara mereka boleh didengari mereka yang mencapai diwiyasrotra, telinga yang melampau peka.
Kebanyakan dewa juga mampu mencetuskan jelmaan mereka apabila turut ke loka bawah; dewa tinggi dan rendah pun berbuat benda yang sama bila berada di loka masing-masing. Dewa tinggi tak memerlukan makanan atau minuman macam manusia. Tapi dewa kedudukan rendah memerlukan makanan dan minuman sama macam manusia. Dewa yang tinggi bersinar-sinar dan mempunyai pancaran cahaya asas. Dewa mampu bergerak laju dan terbang di udara. Dewa rendahan kadangkala boleh berbuat begitu dengan bantuan benda lain seperti rata terbang.
Untuk jenis dewata kedudukan rendah dan kedudukan tinggi ini, mungkin aku boleh perbuat bandingan dengan kepercayaan orang Asia Barat umumnya di bahagian Sumeria, Mesopotamia dan Bulan Sabit Arabia kerana beberapa pecahan cawangan agama mereka sudah meresap ke rantau orang Hindu sebelah Timur Jauh ini. Nanti ku cuba perbuat masukannya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan