Sang Skandha ini dalam bahasa Tamil kita sebutnya sebagai dewa Murugan atau dewa Karttikeyan. Baginda dikaitkan dengan peperangan dan kejayaan. Umumnya, masyarakat Tamil dan masyarakat yang dipengaruhi oleh orang Tamil terutamanya di sebelah India Selatan, Sri Lanka, Mauritius Singapura, Malaysia dan Pulau Reunion memuja kepada baginda.
Ada enam tapak suci bagi baginda di India iaitu di Arupadaiwidu di negara Tamil. Di Sri Lanka, penganut agama Hindu dan penganut ajaran Buddha pun memberi tabik kepada baginda di Pura Sri Nallur Kandaswami di Jaffna serta di Pura Katirgamam atau Kataragama Dewalayam. Di Malaysia, tapak terbesar sekali ditujukan kepada baginda ada di Batu Malai di Gombak dalam negeri Selangor. Upacara pengorbanan untuk baginda dalam perayaan Thaipusam dijalankan di situ. Di negeri Kanataka dan Andhra Pradesh di India, baginda dipanggil Subramaniam. Pura untuk baginda di sana dipanggil Kukke Subramania untuk upacara Sarpa Santi. Di Bengal, baginda dipanggil Kartikeya iaitu anakanda baginda Kartika. Orang Tamil memanggil baginda sebagai Tamizh Kadawul atau dewata bangsa Tamil.
Panggilan
1. Chenthil
2. Welaṇ
3. Swaminatha yang bererti yang cerdik
4. Sarawana
5. Sanmuka
6. Arumukam bererti enam muka
7. Kumara iaitu sang putera
8. Thadapani iaitu dewa dengan cota
9. Kuhan atau Guruhuha bererti guru yang berdiam di gua
10. Skandha iaitu yang menumpahkan
11. Swami Mahasena iaitu kepala segala tentera dan raja-raja wangsa Kadamba dipuja dengan nama ini
Nama seperti Chenthil, Welan, Swaminathan, Sarawanan, Sanmugam, Arumugam, Kumaran, Guhan atau Kuhan banyak sahaja dipakai oleh orang-orang Hindu berbahasa Tamil untuk anak lelaki mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan