Selasa, 24 September 2013

Tapa Pancha Skanda

Swasti Srih!


Pañcha Skanda itu lima semuanya:

1. Rupa
2. Wedana Perasaan
3. Samjña Pandangan
4. Samskara Pembentukan Kemahuan
5. Wijñana Kesedaran

Cara terbaik bagi belajar panchaskandha ini adalah dengan membaca Khandasamyutta dalam Perbincangan Bersambung Sang Buddha. Jika tiada salinan pustaka ini, maka cuba baca perincian ringkas dari Bhikkhu Bodhi. Harus diingati bahawa pembelajaran mengenai panchaskandha ini tidak akan sempurna tanpa membaca Khandasamyutta dan mempelajarinya adalah perkara terbaik buat diri tuan.

Tapa merenung Panchaskandha menumpukan kepada timbul dan perginya fenomena seperti, "rupa, perasaan, pandangan, pembentukan kemahuan dan kesedaran". Baginda Phra Buddha Chao menjelaskan asal-usul rupa itu dalam kata-kata, "Seorang itu mencari suka dalam rupa, menyambutnya, dan tetaplah berpegang kepadanya. Kesan kepadanya itu, timbullah kesukaan. Kesukaan dalam rupa itu mengikat dan menggantung jiwa. Dengan kebergantungan sebagai syarat, kewujudan; dengan kewujudan sebagai syarat, penjelmaan lahir, dengan kelahiran sebagai syarat, berusia dan mati, kesedihan, ratapan sayu, kesakitan, tidak senang dan kecewa pun timbul. Beginilah timbulnya seluruh kedukaan yang besar-besaran itu". 

Perkara yang sama diperkatakan baginda Phra Buddha Chao mengenai perasaan, pandangan, pembentukan kemahuan dan kesedaran.

Baginda Phra Buddha Chao menjelaskan juga mengenai berlalunya rupa itu, "Seseorang yang tak mencari kesukaan dalam rupa, tidak juga menyambutnya, langsung tak berpegang dengannya. Sebagai kesannya, berkurang hilanglah kesukaan dalam rupa. Dengan hilangnya suka ini hilanglah kebergantungan; dengan hilangnya kebergantungan; hilang kewujudan... Beginilah caranya hilang terberantas segala penderitaan besar-besaran".

Sama juga perkaranya diperkatakan mengenai perasaan, pandangan, pembentukan kemahuan dan kesedaran. Bagi mendapat samacara lanjut cubalah tuan baca Samadhi Sutra.

Pembentukan kemahuan memainkan peranan penting dalam hidup ini. Dalam perbincangan dalam Khandasamyutta, baginda Phra Buddha berkata, "Pembentukan-pembetukan kemahuan ini membentuk rupa bersyarat itu menjadi rupa yang kita lihat dengan mata kasar, ia membentuk perasaan bersyarat itu sebagai perasaan yang kita rasa, ia membentuk pandangan itu sebagai pandangan yang kita nampak sekeliling; Ia membentuk pembentukan kemahuan bersyarat itu sebagai pembentukan kemahuan bersyarat; ia membentuk kesedaran bersyarat sebagai kesedaran".

Pikirkanlah pengertian ini wahai tuan buddhiman. Gunakannya pada masa tapa merenung panchaskandha kebergantungan yang mengikat jiwa. Dalam tapa itu, lalui semua bahagian secara terperinci dan perhatikan semua fenomena yang datang dan pergi dalam rupa, perasaan, pandangan persepsi, pembentukan kemahuan dan kesedaran. Moga terbuka jalan ke arah nirwana mencapai moksa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan