Tamil Nadu
Di negara Tamil, Sang Skandha Murugan tetaplah terkenal dalam semua tingkatan masyarakat tak mengira jatinya sejak samaya Sangam lagi. Keadaan ini menjadikan penjelasan mengenai cetera Skandha lebih terperinci dalam bahasa Tamil serta terdapat purana Skandha dalam bahasa Tamil juga disebut sebagai Khandha Puranam dikarang oleh Mpu Kakshiappa Siwachariyar (1350-1420). Ia dikarang di Kumara Kottam dalam Kanchipuram. Mpu Kakshiappa ini merupakan seorang sarjana yang mahir dalam kesusasteraan Tamil dan juga bijak pandai pula dalam falsafah Saiwa Siddhanta.
Baginda berwiwaha dengan Si Walli, anakanda kepada ketua suatu puak dan Deiwayanai atau Dewasena, anakanda Betara Wisnu. Semasa samaya brahmacariyam baginda, disebut baginda sebagai Kumaraswami. Baginda berwahanakan merak dan memegang pemanah dalam perang. Wetriwel diberikan oleh ibunda baginda dewi Parwati yang menyimpan tenaga dan kesaktian ibunda. Panji peperangan baginda berlambangkan ayam jantan. Dalam perang, Surapadman terbelah dua dan setiap satunya masih menerima pahala daripada Sang Skandha. Sebahagian daripada tubuh Surapadman menjelma menjadi merak, manakala separuh lagi menjadi panji ayam jantan yang merujuk kepada terbit mentari.
Kerana Sang Skandha banyak dipuja di Tamil Nadu, maka nama baginda pun banyak terbitan dalam bahasa Tamil. Contohnya Murugan, Centhil, Arumugam, Guhan, dan Maal Marugan. Orang Tamil akan berpuasa enam hari dan membaca mantra stotram Skandha Sasti Kavacam bagi baginda dalam bulan Aippasi. Baginda dipuja semasa perayaan Thaipusham dalam bulan purnima Thai. Perayaan itu memperingati hari baginda dianugerahi dengan Saktiwel dari dewi Parwati untuk membunuh asura. Thirukartigai purnima bulan pula adalah hari penjelmaan baginda. Setiap wara Anggara dalam bulan Adi pun baginda dipuja. Wara Anggara dalam tradisi Hindu merupakan hari manggala bagi dewata berdiam di planet Marikh.
Bahagian India Lain
Baginda Sang Skandha sebenarnya terkenal di benua kecil India sejak samaya lampau. Salah satu purana utama, Skandha Purana ditujukan untuk baginda. Dalam Bhagawadgitam (10:24), begawan Kresna sementara menjelaskan bahawa Dia itu di mana-mana, Nama bagi Yang Maha Sempurna, Kekal atau Diwiyam, dalam setiap dari beberapa kelompok. Sementara menjelaskan perkara itu, baginda bersabda, "Antara segala panglima itu, Akulah Skandha, segala kepala dalam perang!"
Kehadiran baginda dalam lingkungan agama dan budaya boleh dilihat sejak dari samaya Gupta. Dua daripada raja Gupta, raja Kumaragupta dan raja Skandhagupta dinamakan sempena nama baginda. Baginda terlihat dipahat dalam arca Gupta dan dalam pura-pura di Gua Ellora dan Gua Gajah. Sebagai senopati tentera dewata, baginda merupakan pelindung kelompok pemerintah Kesatria. Keremajaan baginda, kekacakan dan keberanian baginda dirayakan dalam karya bahasa Sanskerta seperti Kathasaritsagara.
Mpu Kalidasa menjadikan penjelmaan baginda sebagai cetera dalam Kumarasambhawam. Di India purwa, Sang Skandha dianggap sebagai dewata pelindung penyamun seperti yang ditonjolkan dalam Mrichchagatikam oleh Mpu Sudraka dan dalam Wetala Panchawimsati dalam himpunan cetera samaya tengahan.
Perkaitan ini dihubungkan dengan hakikat bahawa baginda Skandha pernah menggali menerusi gunung Krauncha bagi membunuh Sang Tarakasura serta saudaranya. Dalam Mrichchakatikam, Sariwilaka menyeru Sang Skandha sebelum lorong digali ke rumah sang wira. Pemujaan dan seru kepada Sang Skandha berkurangan di India Utara bermula Samaya Madhya sampai sekarang. Pemujaan terhadap baginda menghilang terus kecuali di beberapa bahagian di Haryana dekat Punjab. Ada sebuah pura terkenal ditujukan bagi baginda di pekan Pehowa di Haryana dan ia turut dikunjungi penduduk sekitarnya terutamanya jua kaum wanita dilarang mendekati kawasan pura itu. Wanita akan menjauhi pura Skandha di Pehowa ini kerana bahagian perumah wigraham merayakan rupa brahmacari Sang Skandha.
Ingatan-ingatan lain terhadap pemujaan baginda termasuklah di pura Achaleswar dekat Batala di Punjab serta Pura Skandha di bukit Parwati di Puna, Maharastra. Peninggalan lain pemujaan kepada baginda terlihat juga di Bengal. Baginda dipuja semasa Durga Puja bersama dengan baginda Dewi Durga. Di sebelah utara negeri Kerala pula, baginda digelar Datu Subramanya. Baginda dipuja dengan sesungguhnya juga di bhumipadam Daksina Kannada dan Udupi di negeri Karnataka. Mereka menjalankan upacara rantau mereka untuk baginda dikenali sebagai Nagaradhane.
Di Uttaranchal pula, terdapat Pura Kartikaswami di Kanakchouri. Pura dibina oleh Swami Naramda Puri dan Sri Hira Singh Negi. Setiap tahun bulan keenam akan diadakan 11 hari pemujaan istimewa oleh Kartikeya Sewa Samiti. Pengurus pertubuhan itu dikenali sebagai Sri Purana Singh Negi. Dalam pemujaan itu, wigraha baginda akan diletakkan dalam pura dalam dan selebihnya pula akan berada di kampung Swanri di rumah Sri Purana Singh Negi, Naryana Singh Negi, Wigarant Negi dan Niraja Negi. Semua mereka ini adalah keluarga Sri Hira Singh Negi. Bagi masyarakat Marathi pula, diperkatakan bahawa Sang Khandoba merupakan gelaran Skandha dan baginda dipuja sebagai Kuladewata mereka yang menjelma dari Betara Siwa.
Bengal Barat
Baginda dipuja sebagai Kartika dan di kota Kolkata pada pengujung wulan Kartika. Sekarang ini sudah kurang diamalkan lagi. Baginda cuma dipuja oleh mereka yang berniat mahukan anak lelaki sahaja. Gambar baginda akan dijatuhkan dalam kawasan perumahan terutama ketika masa perkahwinan, atau mereka yang mahukan anak lelaki supaya nama keluarga berterusan.
Datu Kartika dikaitkan dengan kebudayaan Babu yang pernah terkenal dalam sejarah Kolkata. Banyak lukisan lama Bengali menunjukkan baginda berpakaian gaya Bengali. Setengah kawasan di negeri Bengal Barat pula memuja baginda bersama nenek moyang keluarga diraja mereka seperti di bhumipada Malda. Pemujaan terhadap baginda juga terkenal dalam kalangan pelacur dan wanita tunasusila. Kemungkinannya disebabkan mereka sering mendapat pelanggan dalam kalangan kelas atasan yang digelar Babu di Kolkata lama yang kebiasaannya dikaitkan dengan rupa Kartikeya yang segak.
Sebelah Bansberia dalam bhumipada Hooghly pula, perayaan Kartika Puja dirayakan sama seperti Durga Puja sebelah Kolkata. Jagadhatri Puja di Chandananagar dirayakan selama empat hari berterusan. Perayaan bermula pada 17 November setiap tahun dan 16 November pada tahun lompat. Dalam Durga Puja di Bengal Barat, Datu Kartikeya dianggap sebagai anakanda Dewi Parwati atau Dewi Durgai dan Betara Siwa bersama dengan saudaranya Sang Ganesa, serta para saudari Laksmi dan Saraswati.
Odissa atau Kalinga
Baginda dipuja semasa Durga Puja di negeri Kalinga di pura-pura Siwa sepanjang tahun. Pemujaan baginda dijalanan di Kuttak dalam penghujung bulan Kartika. Kartika Purnima dirayakan dengan kesukaan dan besar-besaran di Kuttak dan kawasan lain dalam negeri Kalinga.
Bengal Timur atau Bangladesh
Sama seperti di Bengal Barat dalam India, Bangladesh merayakan baginda semasa Durga Puja dan baginda dipuja mereka yang mahukan anak lelaki.
Sri Lanka
Baginda digelar Datu Murugan oleh orang Tamil beragama Hindu dan oleh orang Sinhala penganut ajaran Buddha Therawada di Sri Lanka. Pura untuk baginda ada di merata tempat di pulau itu. Baginda disukai oleh orang ramai di mana sahaja dan dikatakan baginda memang suka membantu orang ramai jika diseru. Di rantau orang Sinhala di bahagian paling bawah Pulau Lanka pun, baginda dipuja di pura di Katirgamam dengan pagelaran Katirawel atau Katiragama Dewiyo. Pura dewa ini bersebelahan dengan pusat pemujaan ajaran Buddha lama. Cetera tempatan melaporkan bahawa baginda Muruga turun di Kataragama dan kalah pula dengan Si Walli. Si Walli adalah seorang gadis orang asli tempatan. Selepas beberapa lama, mereka berwiwaha pula. Peristiwa ini melambangkan baginda Muruga boleh sahaja dicapais sesiapa yang memuja baginda dan mencintai baginda tak mengira jati kelahiran atau budaya.
Pura Nallur Kandasami, Pura Mawiddapuram Kandasami dan Pura Cella Cannithi dekat Walwettiturai merupakan tiga pura terutama ditujukan untuk baginda di Jaffna. Pura Citrawelayutham di Werugal sempadan Trinkomalee dan Battikaloa juga mempunyai pura untuk baginda. Pura samaya madhya di Kandy yang mempunyai sarira Phra Buddha iaitu sebentuk gigi juga mempunyai penunggu Datu Muruga Kataragama yang dipuja dalam rupa Skandha menurut tradisi Sinhala. Menurut bukti carigali purwa ditemui, dipercayailah bahawa Giri Wehera sama ada diubahsuai atau dibina semasa kurun kesatu sebelum masehi. Ada banyak pula prasasti dan runtuhan puing di situ.
Menjelang kurun ke-16 M, sanggar Katirawel di Katirgamam menjadi sinonim dengan Kumara Skandha yang menjadi dewata penunggu dalam ajaran Buddha orang Sinhala. Pekan itu terkenal menjadi tempat dharmayattram orang Hindu dari Sri Lanka dan India sejak kurun ke-15 M. Terkenalnya baginda ini serta Pura Kataragama dicatitlah dalam babad Bali di Siam seperti Babad Jinagalamali kurun ke-16 M. Banyak cetera Buddha dan Hindu yang mengaitkan peristiwa ghaib berkaitan baginda di negeri tempatan. Sarjana seperti Paul Younger dan Heinz Bechert membuat sangkaan bahawa upacara diamalkan oleh pendita tempatan di Pura Kataragama berlawanan dengan ciri-ciri pemujaan orang Wedda. Jadi, dipercayailah baawa kawasan itu merupakan kawasan pemujaan orang Wedda yang diambil alih oleh penganut ajaran Buddha dan orang Hindu pada samaya madhya.
Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia
Baginda merupakan dewata terutama dipuja orang Tamil di negara Malaysia dan lain-lain negara Asia Tenggara seperti Singapura dan Indonesia. Rasanya di Sumatera ada pemujaan kepada baginda. Perayaan Thaipusham adalah perayaan utama dan cuti umum di Malaysia. Perayaan dijalankan di kompleks Pura Sri Subramanyar yang ditujukan untuk baginda di Malaysia. Jika saudara kehinduan dari rantau lain berkunjung ke Malaysia dan Singapura janganlah lupa melawati pura-pura Hindu untuk mendapat pengetahuan lanjut.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan