Terjemahan ke bahasa Melayu Piawai oleh Northern Gate
"Ommm, mutiara sinaran terang gemilang dari kelopak bunga teratai timbul pada menghapuskan malapetaka!"
Ini enam suku kata yang membentuk Mantrakata Enam Suku Kata Pencerahan Agung setiap satunya itu membebaskan sinaran.
Suku kata "Om" tatkala tuan budiman sebutkan sekali, maka segala semangat, hantu, bhutam, dan roh sekeliling akan merapatkan tangan mengangkat sembah. Kenapa mereka semua ini mengangkat sembah? Tujuannya memelihara aturan dan susunan syarat. Menurut susunan syarat, mereka pun mengikut tatacara betul. Baca sahaja kata "Om" maka hantu dan setan pun tak berani lagi memberontak mahu pun mencetuskan kekeliruan pada sang pembaca. Segala arahan selepasnya itu akan dituruti.
Suku kata pertama, "mani" ini ertinya "kebijaksanaan sepi". Dengan kebijaksanaan, maka seseorang itu mampu memahami segala prinsip dan seterusnya secara senyap sepi boleh dipadamkan tanpa penghasilan. Disebutlah perkara ini sebagai, "memisahkan sesuatu daripada kotoran". Sebandinglah ia dengan batu mutiara yang bernilai lagi murni tidak kotor disaluti selut mudah jua dicuci. Dengan "mani" ini dibawa ke depan maka segalanya yang terbaik tuan ingin jalankan pastilah berlaku. Segala yang tuan hasratkan pada pikiran itu pastilah tercapai dengan kata suci, mani ini. Dalam bahasa Tamil, kata "mani" memang bererti "mutira".
Padme ini terbitan dari kata bahasa Sanskerta, "patemi" ertinya itu "cahaya sempurna menerangi". Diertikan juga dengan "terbukanya kelopak teratai". Kerana bunga teratai itu boleh berkembang sempurna, penuh tanpa halangan walaupun berada dalam selut lumpur. Beginilah pemikiran Sang Bodhisattwa Awalokiteswara.
Hum ertinya "letakkan ke depan". Erti lainnya "melindungi dan mendokong" maka tatkala dibaca suku kata yang ini pada segala pelindung dharmma dan semangat baik akan mendekati dan melindungi tuan. Ertinya juga, "menghapuskan malapetaka". Bacaan pada yang ini dengan pemikiran diterangi itu menghapuskan kesusahan dan halangan dan supaya perjalanan dharma tuan lancar jaya segala.
Enam suku kata ini dibaca sekali maka para Buddha, para Bodhisattwa, serta para pelindung Wajra Dharma akan datang memayungi tuan dan menyokong perjalanan dharma tuan. Mantrakata ini pada dibaca oleh Sang Awalokiteswara sekali sahaja, maka tujoh juta Buddha datang menyokong, mengelilingi dan membantu beliau. Kebajikan mantrakata ini tak dapat digambarkan dengan pemikiran maka kerana itu ia berada dalam aliran rahasia penganut ajaran Buddha. Penerangan mengenainya itu bagaikan segala air dalam samudera lautan diambil menjadi cairan catitan ikatan pun tidak lah akan habis-habis menerangkannya.
Masa Dibaca
- Bila mendengar berita kematian atau kecederaan, jadi dibaca ini supaya roh yang sudah meninggal itu masuk menjelma dalam kelahiran manusia semula, berada dalam perjalanan selamat dalam bardo (alam pertengahan antara kematian dan kelahiran semula), atau supaya yang cedera itu segera pulih.
- Bila binatang disembelih atau disakiti, contohnya menyembelih kerbau, menyiang ikan dan sebagainya semoga binatang yang dikorbankan itu mencapai kelahiran sebagai manusia pada masa bertuah akan datang. Ini antara cara bacaan pintas selain ada lagi bacaan panjang untuk yang ini.
- Semasa mengelilingi cetiya, biara atau semasa memusingkan yantra.
- Dibaca bagi mengalih percakapan keji dalam perbualan! Maka dibaca yang ini supaya jiwa sedar bahawa jangan bicara kotor atau bercakap sesuatu yang jahat!
- Memberi restu pada binatang dan makhluk lain, ditiup pada binatang lepas dibaca atau dibisikkan ke telinga.
- Dalam bertapa semadhi, mantrakata ini dibaca perlahan-lahan atau dibaca dalam hati. Ini pun satu cara pintas masuk ke tapa semadhi.
- Ada satu sebutan dalam ajaran Buddha bahawa jika dibaca mantrakata yang ini tak terkira banyaknya maka peluang dijelmakan jiwa itu dalam lapangan alam rendah di masa depan berkurangan dan ia nanti menjadi punca kepada pencerahan terakhir tuan.
Diingatkan, ini bukan mantrakata untuk benda "magis" yang dilihat dalam wayang gambar berbahasa Cina dari Hong Kong pada tahun 1980-an!!! Yang ini tiada kaitan dengan magis, tiap yang dibaca itu pasti ada pengertiannya bukan semata-mata dikumat-kamitkan di mulut tanpa penghayatan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan