Ahad, 29 September 2013

Siddha Sampradayam

Om Swastiastu!


Sampradayam ini menurut kepada tradisi Sang Natha dalam banyak-banyak cawangan aliran Siddha. Ia mula ditubuhkan oleh Mpu Matcendranatha dan kemudian diperkembang lagi oleh Mpu Goraksanatha. Dengar ceritanya, kedua-dua tokoh ini turut ditabik hormat dalam klangan penganut ajaran Buddha di Tibet sebagai Mahasiddha Agung yang dihormati kerana kesaktian tinggi dan pencapaian kejiwaan sempurna mereka.

Terbitan 

Kata Natha dalam bahasa Sanskerta diperguna dalam tradisi kenaikan Nawanatha dan seluruh loka sendiri membawa pengertian, "pelindung, penjaga atau tuan". Sabdawali lain berkaitan adalah Adinatha atau "tuan yang asli". Sabdawali ini merujuk kepada baginda Sang Betara Guru, Betara Siwa Maheswara. Sebalik semua konsep mencakupi mental ini semua, Hakikat Mutlak Tertinggi menjadi dasar kepada segala aspek dan jelmaan kesedaran dalam aliran ini.

Itihasa

Tradisi ini ada banyak cawangan kecil tapi kedua-dua tokoh pemula itulah yang diberi penghormatan tertinggi dalam tradisi ini. Natha Sampradaya ini merupakan perkembangan Siddha awal atau Awadhuta Sampradayam. Ia terjalin dari salasilah atau parampara purwa guru-guru kerohanian agung. Pemulanya secara tradisional mencerminkan pencapaian guru Dattatreya, jelmaan Sang Bramha, Betara Wisnu dan Betara Siwa dalam satu dan lahir menjadi batang tubuh anakanda kepada Resi Atri dan Ibunda Anusuya.

Nawanatha atau Sanga Guru ini merupakan guru yang mengasaskan tradisi salasilah bagi aliran cawangan ini. Sanga guru ini dipuja secara bersama atau secara perseorangan oleh pengikut aliran ini.

Aliran ini turun dari Resi Dattatreya. Kemudian kepada Mpu Macendranath, Mpu Goraksanath, Mpu Jalandarnath, Mpu Kaphinath, Mpu Gahninath, Mpu Bhartarinatha, Mpu Rewanath, Mpu Carpatinath, dan Mpu Naganath. Semua ini merupakan jelmaan Sanga Narayana yang membantu Betara Wisnu Narayana dalam memantau kegiatan loka maya. Betara Kresna perna menyeru semua mereka ini ke istana baginda bagi menubuhkan Natha Sampradayam.

Sambung....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan