Rama Bahadur Bamjan tidak kelihatan semasa penyelesaian upuwasah dan tapa beliau bagi makan atau minum. Orang yang skeptik mendakwa bahawa tak mungkinlah seseorang itu mampu berpuasa berbulan-bulan lamanya tanpa makan sesuatu apa pun. Diperkatakan juga, beliau selalu tidak diperhatikan pada awal pagi dan senjakala. Dakwa mereka, di samping kekurangan bukti, bentuk jaya begitu secara fizikalnya adalah mustahil. Rama selama diperhatikan cuma berada di pokok tersebut sekurang-kurang pada siang hari walaupun tak ada sesiapa dibenar mendekati beliau. Dalam keadaan sebegitu, kemungkinan beliau makan sedikit pada malam harinya bila tak ada sesiapa melihat beliau berbuat begitu. Aku sebenarnya agak condong ke pendapat skeptik yang ini. Kerana Phra Buddha pernah sekali upuwasah sampai kering isi baginda sebelum baginda menyedari yang perkara begitu sia-sia sahaja.
Setengah lagi mendakwa bahawa upuwasah kurang relevan jika dibandingkan dengan kemampuan tak diragui Rama yang langsung tak bergerak dalam kedudukan berdiam hari demi hari, tanpa menghiraukan cuaca termasuk hujan musim sejuk atau hujan angin monsun. Contohnya, seorang penulis Amerika, George Saunders melawat Rama dan memerhatikan beliau sepanjang malam. Beliau kagum melihat Rama duduk dengan sempurnya sepanjang malam. Walaupun cuaca petang itu sebenarnya sejuk sampai menyerap ke baju wartawan itu.
Pada Dis 2005, sembilan jawatankuasa kerajaan diketuai oleh Lama Gunjaman pergi memerhatikan Rama dengan teliti selama dua hari. Mereka mengesahkan bahawa Rama langsung tak makan atau minum dalam dua hari itu. Video dirakam juga diperbuat dengan diletakkan pada jarak tiga meter dari beliau. Kerajaan Nepal merancang untuk mengadakan lebih banyak pengkajian secara saintifik bagi mengkaji Rama.
Pada 2006, Discovery Channel menunujukkan dokumentari selama 45 minit berjudul The Boy with Divine Powers. Satu tujuannya adalah untuk mengesahkan sama ada Rama benar-benar mengelakkan makanan atau minuman. Rakaman berterusan selama empat hari dan empat malam. Cubaan pertama pada Jan 2006, dengan kru filem diminta menunggu di luar lingkaran dawai. Kamera dan sinar merah kamera tak mendapat sebarang bukti pun pada tubuh manusida di dasar akar pokok kayu tempat Rama bertapa. Cubaan kedua diperbuat beberapa minggu kemudian. Tapi kru filem dapat merakam Rama berterusan selama 96 jam siang dan malam. Dilihat beliau langsung tak berubah kedudukan dan tak minum sedikit pun cecair atau makan makanana.
Pengulas dalam Discovery Channel merumuskan bahawa, "Selepas 96 jam perfileman itu, Rama didapati telah jaya atas sains moden dengan tapa upawasah tanpa makanan minuman selama 96 jam berterusan dan masih hidup". Menurut saintis dalam dokumentari, orang yang secara pukul ratanya pastilah akan mati kerana kegagalan fungsi buah pinggang lepas empat hari puasa tanpa makan atau minum walaupun ada saja kes upuwasah selama seminggu dijalankan. Rama tak menunjukkan sebarang kesan kekeringan pada tubuh beliau. Pemeriksaan cara dekat di kawasan itu pun mendapati tak ada sebarang makanan atau paip air.
Pada 2008, Min Bahadur Sakya dari Institut Nagarjuna untuk Kaedah Sebenarnya di Kathmandu menyatakan bahawa bhikkhu Buddha belum lagi memeriksa Rama.
Muncul Semula di Hutan Ratanpuri
Pada 10 Nov 2008, Rama kelihatan semula memberi restu kepada 400,000 pelawat selama 12 hari di hutan tebal di Ratanpuri, 150 km (93 batu) ke tenggara Kathmandu dekat Nijagadha. Rambut beliau sudah mencecah bagu dan tubuh beliau berbalut kain putih. Beliau memberi dua ucapan yang meminta orang ramai mengenalpasti sikap belas kasihan dalam hati mereka dan hubungan mereka dengan yang lain menerusi "roh" yang mencakupi semua.
Hilang pada 2009 di Gadhi Mai Mela
Rama merancang untuk memberi restu pada 18-23 Nov 2009 di tapak perayaan Gadhi Mai Mela. Perayaan ini merupakan perayaan Hindu waidika yang memberi korban binatang sembelihan beratus ribu banyaknya dan perkara ini dikutuk oleh Rama yang menurut ajaran Buddha. Tapi, atas sebab keselamatan dan ketenteraman juga, para pedanda Hindu di situ tidak mahu memberi ruang kepada beliau.
Kontroversi
BBC melaporkan dari warta berita surat khabar Nepal yang mendakwa bahawa Rama ada mengaku menampar beberapa orang kampung yang cuba mengganggu beliau pada 22 Jul 2010. Menurut kepada dakwaan itu, kejadian berlaku di Bara dan polis turut terlibat dalam penyiasatan selepas 17 laporan polis dibuat.
Rama dipetik berkata bahawa orang-orang itu mengganggu tapa semadhi beliau dengan memanjat para pertapaan, meniru dan memperolok beliau serta cuba meraba-raba kemaluan beliau. Keadaan itu memaksa beliau memukul mereka kerana perbuatan mereka keji! Menurut akhbar lagi, beliau mendakwa menampar orang-orang itu dua atau tiga kali. Penyerang tersebut menyatakan bahawa mereka dikasari dengan lebih teruk lagi. Rama telah pun mula berpuasa sebelum pertengkaran itu terjadi. Seorang wanita Slovakia pernah diculik oleh pengikut Rama sebelum dilepaskan pada 25 Mac 2012.
Peringatan aku juga. Jangan bersikap biadab dengan para pertapa dan ajar-ajar. Tolonglah hormati mereka. Mereka sebenarnya ada di mana-mana sahaja. Mungkin berpakaian sama seperti tuan-tuan dan bekerja sebelah menyebelah dengan tuan. Cara terbaik nya untuk hidup ini wahai tuan budiman adalah menjadi pertapa ajar-ajar juga. Jika tidak mampu pun, cukup sahaja menghormati mereka sewajarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan