Sastera Tamil Sangam
Sastera
Tolgappiyam yang kemungkinannya antara yang terpurwa dalam
kesusasteraan agung Sangam, sejak dari kurun ke-3 SM dan kurun ke-5 Sm
sudah pun mencatit pujian terhadap baginda Skandha, "dewata merah bersinggahsana atas sang merak kahiyangan biru, muda remaja selamanya seri gemilang" serta menyatakan bahawa baginda ini sangatlah disanjungi oleh masyarakat Tamil.
Kekawin Sangam membahagikan ruangan dan tanah Tamil kepada lima rantau tergambar yang disebut sebagai tinai dan menurut kepada Thirumurugaruppadai
(400-450 M) dikaitkanlah dengan para kawi Sangam yang agung Nakiirar.
Tersebut bahawa baginda Sang Hiyang Muruga atau Skandha ini merupakan
dewata penunggu di rantau Kurinji atau rantau berbukit bukau.
Kawi Thirumuragaruppadai ini merupakan kawi diwiyam tinggi yang
tergolong dalam 10 Pattupattu dalam samaya ketiga sastera Sangam Tamil.
Karya sangam lain dalam bahasa Tamil merujuk baginda Skandha ini secara terperinci adalah karya Paripaadal, Aghananuru dan Purananuru. Salah satu kawi dalam Paripaadal menyatakan tabik kepada Sang Skandha:
"Kita melutut di sini bukannya demi pahala dalam rupa kesukaan atau kemewahan, tapi demi kasih sayang mu, cinta dan perbuatan kebajikan moga kita berkemampuan menjalankannya".
Karya Thiruppugazh pula menyatakan, "Sang Murugan tak pernah ragu mendatangi pemuja yang bakti membantunya tatkala diseru dengan penuh rasa hati dan ketika dilanda kesusahan". Thirumurukkarruppadai menyatakan bahawa baginda ini senantiasa muda remaja, "Sinaran gemilang muka baginda itu menyinari kegelapan dalam loka ini".
Rujukan kepada baginda ini boleh disusuri sampai ke kurun pertama SM. Ada rujukan kepada baginda dalam karya bahasa Sanskerta seperti karya Arthasastram oleh Mpu Kautilya, serta karya Patanjali, dan dalam karya Mpu Kalidasa, Sri Kumarasambhawam. Orang Kusana yang mentadbir rantau Peshawar hari ini dan orang Yaudheya yang merupakan kelompok republikan dalam rantau Punjab pernah mengecap matawang mereka dengan rupa baginda Skandha, dewa perang. Baginda mendapat tabik juga di dalam wangsa Andhra keluarga Ikswaku dan dalam kalangan orang wangsa Gupta. Pemujaan kepada baginda Kumara ini merupakan salah satu aliran pemujaan dalam agama orang Hindu semasa samaya kehidupan Mpu Adi Sankara. Rupakara Shanmata disebarkan oleh beliau turut memasukkan aliran ini sebagai bahan ajaran. Dalam kebanyakan pura Siwa dan pura Dewi di negara Tamil, wigraha baginda ini dipasak di sebelah kiri dewata utama.
Kimwadanti menyatakan bahawa dewi Sati membakar diri baginda tatkala ayahanda baginda mencaci maki Betara Guru. Lantas, baginda dewi Sati dijelmakan kembali menjadi dewi Uma Parwati, puteri kepada raja Himawan pemerintah Himalaya. Takalanya, dewa sura sekelian sedang menghadapi ancaman bahaya para asura yang diketuai oleh Surapadman. Surapadman mendapat pahala bahawasanya hanya Betara Siwa atau jelmaan baginda sahaja yang mampu membunuhnya. Tanpa rasa bimbang dia menyembelih dewata menyeksa mereka dan memperhamba mereka. Para dewa sura lantas menyembah kepada Betara Wisnu meminta bantuan. Baginda berfirman bahawa keadaan ini adalah kesan karma mereka menghadiri Daksa Yagna suatu ketika dahulu tanpa memanggil Betara Siwa. Lalu mereka menemuilah Betara Siwa dan Betara Siwa pun mengambil tindakan terhadap Surapadman yang melampau itu.
Baginda memalingkan muka baginda dan trinetram baginda penuh widyam itu mula bersinar-sinar. Ada enam sinaran semuanya. Sang Agni membawa semua sinaran itu ke Tasik Sarawana. Semasa membawa sinaran itu, ia mula menjadi panas sehingga baginda Sang Agni yang merupakan dewa jelmaan api pun tak tahan dengan habanya. Tak lama lepas itu, menjelmalah baginda Skandha pada bunga teratai Tasik Sarawana dengan enam muka, digelarlah baginda Arumugam dewata Enam Muka.
Betara Siwa suka hati dan dewi Parwati pun berkenan melawat anakanda baginda berdua. Ayu tak terpermanai anakanda baginda berdua. Diserahkan baginda Skandha ke bawah jagaan kakanda berenam Sri Kartika dewi. Baginda membesar menjadi jejaka tampan, bijaksana, sakti dan cerdik. Dewa sura sekelian bergembira semuanya kerana penyelamat mereka akan membebaskan mereka daripada pengaruh asura. Dewa Skandha Murugan menjadi Senopati tentera separa dewata dan diikuti oleh para dewata mengalahkan segala asura dengan jaya nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan