Om Swastiastu!
Mahabharata dan Ramayana
Penceteraan yang terperinci pada mula sekali berkenaan dengan terbitnya baginda Skandha ini ada dalam Mahabharata. Ceteranya rumit sekali. Diceterakan bahawa baginda ini dijelmakan dari Sang Agni dan Swaha selepas baginda Swaha ini menjelma dari tetesan enam daripada tujuh isteri Saptaresi. Isteri-isteri yang sebenar kemudian menjadi bintang Kartika. Baginda Skandha Kartikeyan ini dijelmakan bertujuan bagi menghapuskan Mahesasura. Dalam cetera lanjutannya, Mahesasura menjadi seteru dewi Durga.
Betara Indera melihat baginda Skandha ini sebagai ancaman bagi kedudukannya lalu diserang Sang Skandha. Betara Siwa masuk campur lalu melantik baginda Kartikeya sebagai senapati dalam tentera dewata. Baginda diwiwahakan dengan Dewasena, puteri Betara Indera. Cetusan pewiwahan mereka ini mungkin datang dari sebutan Dewasenapati yang merupakan gelaran baginda Skandha.
Cetera dalam Ramayana hampir serupa dengan cetera purana yang akan datang dalam cetera berikutnya pula.
Weda-Weda
Atharwaweda menggambarkan baginda Kumara Skandha sebagai Agnibhuh atau anakanda Agni. Satapatha Brahmana merujuk baginda sebagai anakanda Sang Rudra dan rupa kesanga sang Agni. Taittiriya Aranyaka pula mengandungi Gayattri Mantra ditujukan kepada baginda Shanmuka Skandha.
Chandogya Upanishad merujuk baginda Skandha sebagai "jalan yang membawa kepada kewicaksanaan". Baudhayana Dharmasutra pula menyebut baginda sebagai Mahasena dan Subramanyam. Kandam Aranya Parwam dalam Mahabharata mengaitkan kimwadanti Kartikeya Skandha ini dengan lanjutnya. Skandha Purana pun menumpukan kepada penceteraan Kartikeya. Upanishad juga merujuk kepada Yang Maha Agung itu dengan panggilan Guha, yang berdiam di dalam rongga ciptaan.
Purana-Purana
Ada sedikit perbedaan antra purana, tapi bentuk ceteranya masih sama. Dalam samaya purana ini, pengenalan Betara Siwa dengan Agni boleh dikesan semula datang dari weda-weda dan brahmana. Skandha Purana mencatatkan bahawa Betara Siwa mulanya berwiwaha dengan dewi Daksayani atau Dewi Sati. Dewi Sati ini adalah jelmaan mulaan Adi Parasakti cucunda Sang Brahma, anakanda raja Daksa. Raja Daksa ini pemuja Wisnu yang tegar, baginda tak suka akan Betara Siwa yang dipandangnya tak semenggah dan tak setaraf sedangkan baginda cuma hidup kehidupan yang ringkas dan menolak keterikatan lokamaya menghancurkan kejahatan.
Raja Daksa mencaci Betara Siwa dalam upacara yagna sehingga jatuh muka dewi Daksayani lalu dibakarlah dirinya sendiri. Betara Siwa menghancurkan yagna tersebut walaupun ia dilindungi oleh dewa sura sekelian dan para resi. Sang Taraka percaya bahawa disebabkan baginda Betara Siwa ini adalah seorang ajar-ajar pertapa serta pewiwahan baginda yang mulanya itu pun sangat sukar diatur maka pewiwahan baginda yang seterusnya pun pastilah lebih sukar. Tapi perlu pula kepada jelmaan dari Betara Siwa lagi kerana pahala kepada asura memerlukan baginda sendiri atau anakanda baginda yang membunuhnya.
Dewata meminta bantuan Sang Kama, Manmatha supaya memanah panah asmara kepada baginda dan menyedarkan baginda Betara Siwa dari pertapaan baginda. Tapi keadaan menjadi lebih buruk pula apabila trinetram mata ketiga Betara Siwa terbuka lalu menghancurkan Manmatha menjadi debu. Kemudian ia dihidupkan semula.
Betara Siwa menyerahkan cetusan api pada mata ketiga baginda yang tadinya menghapuskan Manmatha kepada Sang Agni sebelum ia menjadi anakanda baginda. Tapi Agni tak mampu menahan haba cetusan api itu lalu diserahkan cetusan api itu kepada dewi Ganga yang kemudian menancapkan cetusan api itu dalam Sarawanam atau hutan paya. Dewi Parwati mengambil rupa air bagi menjinakkan teja-teja Betara Siwa. Putera Betara Siwa menjelma lah dalam Sarawanam bermuka enam dengan namanya:
1. Yisanam
2. Sathpurusham
3. Wamadewam
4. Agoram
5. Sathiyojatham
6. Adhomugam
Arumugam Skandha dipelihara pula enam perupaan Kartika. Lalu baginda dipanggil Kartikeya. Baginda menghapuskan Tarakasura semasa remajanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan