Isnin, 30 September 2013

Siddha Sampradayam: Guru Besar

Om Swastiastu!


Bagi rujukan tuan-tuan penganut ajaran Saiwa yang berminat dengan tradisi Sang Natha dan tradisi Siddha Utara India ini maka kita persembahkan ringkasan samacara mengenai guru besar tradisi ini.

Mpu Macendranatha

Pengasasan tradisi Natha ini sebagai aliran menurut itihasa bermula sekitar kurun ke-8 atau ke-9 M dengan seorang nelayan yang dikenali sebagai Macendranatha. Satu cetera asal terbitan ajaran ini bahawa Mpu Macendranatha ditelan seekor ikan. Dalam perut ikan tersebut, beliau terdengar ajaran Betara Siwa yang diturunkan kepada Parwati Dewi.  

Menurut cetera, baginda Betara Siwa menyampaikan ajaran di dasar lautan supaya tidak didengar oleh yang lain. Dalam rupa ikan itu, Mpu Macendranatha dapat mendengar ajaran Betara Siwa itu yang meresap ke ikan yang berenang berdekatan dengan tempat Betara Siwa melimpahkan ajaran baginda. Selepas itu, Mpu Macendranatha diselamatkan oleh nelayan lain. Beliau terus naik menjadi Sannyasin menerusi Siddha Carapatti. Melalui Mpu Macendranatha lah, kelompok yogi ajar-ajar dari Natha Sampradayam datang.

Mpu Caurangi dan Mpu Goraksanatha

Mpu Macendranatha mempunyai dua pelajar pula iaitu Mpu Caurangi dan Mpu Goraksanatha. Mpu Goraksanatha ini pula mengembangkan lagi banyak cawangan dan cawangan kecil Natha Sampradayam. Sampai hari ini, beliau inilah yang dianggap sangat berpengaruh dalam kalangan kelompok Natha purwa. Mpu Goraksanatha menulis pustaka pertama berbicara mengenai Laya Yoga dan juga mengangkat Sakti Kundalini.

Ada beberapa tapak, asrama dan pura di India yang dibangunkan bagi merumahkan bahan-bahan Mpu Goraksanatha. Kebanyakannya dibina pada tapak tempat tinggal beliau dan pada tapak semadhi dan sadhana lain. Cetera menyatakan bahawa, semadhi (permakaman) beliau dan gaddi (singgahsana) berada di Goraksapura di Uttara Pradesh. Tapi ada dakwaan kelompok penganut Waisnawa Nittiyananda bahawa semadhi-semadhi bagi Mpu Macendranatha dan Mpu Goraksanatha berada di Mandel Natha dekat dengan Pura Wajreswari dekat dengan Ganesapuri di Maharastra, India.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan