Isnin, 30 September 2013

Siddha Sampradayam: Tujuan dan Kenaikan

Om Swastiastu!


Tujuan Para Siddha Natha

Menurut Muller-Ortega (1989: ms. 37), tujuan utama para Siddha Natha ini adalah bagi mencapai Mukti Jiwa dalam hidup kini. Menurut guru yang kini, Sri Gurudewa Mahendranatha, tujuan lain itu bagi mengelakkan jelmaan semula. Dalam Jalan Tantra Luarbiasa, beliau menulis tentang beberapa tujuan para Natha"

"Tujuan kita dalam hidup ini adalah untuk menikmati ketenangan, kebebasan, dan kebahagiaan hidup ini. Dalam pada itu, kita juga cuba mengelakkan penjelmaan semula di lapangan Bumi ini. Perkara ini semua bergantung kepada belas kasihan Yang Maha Tinggi dalam perjalanan hidup kita, tindakan kita dan pemikiran".

Kenaikan

Sampradaya Natha ini merupakan tradisi kenaikan Guru-Siksya. Keahlian dalam sampradaya ini selalunya dijalankan dalam upacara diksa oleh guru sama ada menerusi pemegang parampara atau lain-lain ahli dalam sampradayam yang mampu mengangkat sesiapa sahaja dan diiktiraf oleh diksa guru.

Kenaikan Natha ini sendiri dijalankan dalam upacara resmi yang setengah bahagian kesedaran dan kesaktian rohani dari Sang Guru disebarkan kepada Siksya (anak murid). Ahli baru yang naik menjadi Sang Natha itu akan mendapat nama baru, yang akan mendukung jati diri barunya. Penyebaran atau "sentuhan" Guru akan dijalankan dengan lumuran abu wibuthi pada beberapa bahagian tubuh Sang Natha baru itu.

Phantastikos, Seri Gurudewa Mahendranatha, Guru Adinatha Sampradayam menulis:

"Laluan kebijaksanaan dan pengetahuan menerusi keturunan parampara ini memerulukan fenomena kenaikan yang tersembunyi puka, ia akan sah sehingga hari ini dalam penyebaran kenaikan dari guru bertelanjang kepada pelajar bertelanjang menerusi sentuhan, tanda dan mantra. Dalam upacara ringkas ini, yang menaikkan itu menghantar sesuatu dari dirinya kepada yang diangkat. Kenaikan ini bermula dengan perubahan orang biasa itu naik menjadi Natha baru. Jangan dilupai pula bahawa kenaikan ini diwariskan dari parampara yang tidak pernah putus beribu-ribu tahun lamanya. Sekali tuan menerima kenaikan Natha, maka ia akan menjadi milikan tuan selamanya. Tiada siapa pun mampu merampasnya dari tuan lagi dan tuan sendiri pun tidak boleh berpatah balik. Inilah suatu yang kekal dalam kehidupan yang kekal".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan