Sang Hiyang Tertinggi
Kepercayaan umum bagi aliran Waisnawa ini adalah pengenalan Betara Wisnu Narayana itu sendiri sebagai jelmaan Sang Hiyang Widdhi. Kepercayaan ini berlawanan pula dengan tradisi Kresna, seperti Wallabha, Nimbaraga dan Wallabha yang berpandangan Begawan Kresna itu tetesan Betara Wisnu. Kepercayaan kepada keagungan Betara Wisnu berdasarkan pula kepada awatara Betara Wisnu yang digariskan dalam sastera Purana, yang berbeda daripada dewata Hindu lain seperti Sang Ganesa, Sang Surya dan Durga Dewi.
Menurut pengikut Waisnawa, ketiga jenis dewa itu cuma separa dewa sahaja. Dalam Ramayana, Sri Rama, jelmaan ketujoh Betara Wisnu, dipercayai memuja Betara Siwa di Rameswaran bagi menghancurkan segala dosa baginda yang mungkin tak sengaja dilakukan dalam perang melawan asura Rawana di Lanka. Bagi pemujaan tersebut, Sri Rama meminta lingam yang besar. Diarahkan Sang Hanuman dan bala tentera pergi mendapatkannya di Himalaya sana. Beratlah Siwa Lingam itu, masa diambil pun lama membawanya turun ke selatan. Maka Sita Dewi membuat lingam kecil yang dipercayai sebagai lingam terpasak dalam ruangan suci di Rameswaram itu. Dewa penunggu pura situ adalah Betara Siwa bergelar Ramanatha Swami dalam rupa lingam. Ada dua lingam dalam ruangan suci, satu dibina Sita Dewi berdiam sebagai dewa utama bergelar Ramalingam dan satu lagi yang dibawa Sang Hanuman dari puncak Kailasa, bergelar Wiswalingam.
Sri Rama mengarahkan Wiswalingam itu mesti dipuja dulu kerana ia dibawa oleh Sang Hanuman menurut perintah. Tradisi itu berlanjutan sampai hari ini. Namun, kelompok Waisnawa menolak dakwaan itu dengan memetik sebab dari Ramayana Walmiki sendiri dan dari sastera wedika lain. Mpu Swami Narayana, yang menemukan kepercayaan Swami Narayana, berbeda pandangan pula dan beranggapan bahawa Betara Wisnu dan Betara Siwa itu adalah dua ciri berbeda dari Tuhan yang sama.
Kenaikan
Kelompok Waisnawa mengikut proses kenaikan yang disebut sebagai diksha, diberi oleh guru parampara, yang kemudian akan melatih penganut Hindu yang masuk ke aliran ini dengan amalan Waisnawa termasuk kepentingan pada penerimaan Betara Wisnu sebagai Sang Hiyang Agung tak kira bagi lelaki mau pun wanita. Pada masa kenaikan itu, pelajar dalam aliran ini akan diberi bija mantra, dan mesti dibaca berulang sama ada secara mental atau suara lantang, sebagai pujaan kepada Betara Wisnu atau jelmaan baginda. Amalan ini kita sebut sebagai japam. Rupkara kenaikan dan latehan menerusi guru itu berdasarkan aturan agama sendiri yang menyatakan ia adalah parampara suci Waisnawa tapi bukan suatu kemestian:
"Cubalah pelajari kebenaran dengan mendekati guru kejiwaan. Tanya beliau dengan rendah hati dan letakkan bakti kepada beliau. Jiwa yang sedar diri itu boleh memindahkan pengetahuan kepadamu kerana mereka nampak kebenaran". (Bhagawadgitam)
"Yang sudah naik ke mantra Waisnawa dan yang bakti pada pemujaan baginda Wisnu itu seorang Waisnawa lah dia. Yang tak mengikut amalan begini bukanlah dia Waisnawa". (Padma Purana).
Agama yang tentunya dari kumpulan Gaudiya Waisnawa juga menyatakan bahawa seorang yang mengamalkan amalan pemujaan semudah membaca japa nama Betara Wisnu atau Begawan Kresna cukuplah sudah dia dianggap sebagai Waisnawa pada amalan:
"Yang membaca nama suci Begawan Kresna walau sekali pun dianggap Waisnawa. Orang begini bolehlah dia dipuja juga dan dianggap manusia teratas". (Caitanya Caritamrita)
Sikap terhadap Sasteragama
Parampara Waisnawa ini merujuk kepada penulisan guru-guru lampau dalam sampradayam mereka bagi menafsirkan sastera agama berkanun. Aliran lain seperti Smarta dan Adwaita pula menggalakkan penafsiran sastera agama menurut cara falsafah dan perlambangan dan tak terlampau ketat pada menurut sebiji-sebiji ayatnya. Aliran ini menekankan Mukhya Writti atau maksud terus sebagai makna asas dan Gauna Writti sebagai makna kedua: sakshad upadesas tu shrutih. Ertinya, "arahan sastera sruti itu mesti diterima pada makna ayatnya terus, bukannya ditafsir dengan tafsiran umpama atau yang sesuka hatinya".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan