Cap Mohor
Sebelah rantau Siam, pengaruhnya itu ada lah pada budaya dan bangsawan istana negeri tengah. Dipakai cap trapendin khong Thai, Phra Garuda iaitu wahana Betara Wisnu. Garuda dipakai menjadi lambang kebangsaan Siam oleh Maharaja Wajirawudh, bergelar baginda Rama ke-4 pada 1911. Namun, lambang ini sudah dipakai menjadi lambang diraja Siam berkurun lamanya. Cap Garuda pada mohor kerajaan Thailand dan maharaja Thailand kini digunakan bagi mengesahkan dokumen kerajaan dan lambang utama pada dokumen.
Garuda
Baginda Betara Wisnu digelar Phra Narayana dalam bahasa Siam. Jika dibaca tulisannya, pasti disebut Phra Narai saja tapi ejaan penuhnya, Phra Narayana. Maharaja-maharaja empayar Siam lampau menjalani upacara dewaraja, dan hamba rakyat memandang mereka sebagai jelmaan Phra Narayana di lokamaya. Garuda makanya menjadi lambang kekuasaan dan kemaharajaan. Dalam sastera Buddha di Siam, Traiphum Phra Ruang, kurun ke-14 M, digambarkan Garuda bertubuh sepanjang 150 yojana (1 yojana = 16 km), sayap kiri dan kanannya 150 yojana. Ekornya 60 yojana, leher 30 yojana, paruh, 90 yojana, dan cengkamnya 12 yojana tiap satu.
Kekuatan sakti Garuda dan kebolehan pertahanan dirinya disebut dalam purana Hindu. Dalam cetera digambarkan raja segala burung. Sastera Buddha menyatakan, burung Garuda berdiam di hutan Himawanta dan dianggap separa bunian. Tradisi Buddha menekankan kepada karma Garuda, digambarkan berkebajikan tinggi dan berbelas kasihan. Menurut Mahabharata, Garuda itu saktinya tiada terlawan dengan dewa dalam perang. Sampai masuk campur Betara Wisnu. Dijadikan Betara Wisnu dia itu sebagai kekal dan dijadikan wahana baginda. Hubungan Garuda dengan Betara Wisnu Narayana itu sangat erat. Dewaraja Siam sangat-sangat rapat dengan rupakara Brahmana. Raja itu jelmaan Nya. Sama seperti Sri Rama itu jelmaan Betara Wisnu dalam Ramayana. Wangsa demi wangsa di Siam, Garuda dan Betara Wisnu itu lah yang menjadi mohor diraja Siam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan