Tonton Wayang, Ketik Sini
Wayang dalam bahasa Tamil dari negeri Tamil Nadu, India Selatan. Memaparkan mengenai Sri Bannari Amma yang terkenal dalam kalangan penganut Hindu Ciwa-Cakti. Pengarahnya, S. Bharati Kannan. Para pelakon Laya, Wijayasanti, Nalini, Wadiwel dan Kushboo. Pengeluar wayang, R. Mahalaksmi of Mahalaksmi Productions.
Ringkasan
Cetera menggambarkan bagaimana dewi Sri Bannari Ambha menghapuskan kejahatan dan mengaruniai pemuja baginda. Wijayasanti memainkan peranan sebagai Dewi Sakti ini yang mengambil rupa seorang wanita dalam kampung. Baginda datang merupai wanita bebelian yang menyembuhkan penyakit orang kampung dengan kesaktian baginda.
Wannamalai (Karan), yang ingin menjadi Ketua Menteri negeri Tamil mencari seorang pedanda (Rajan P. Dewa) dan menyuruhnya mengubahsuai pura di kampung itu dan permintaannya itu dipenuhi. Walaupun begitu, parti politik yang diwakili Karan kalah pilihanraya. Cetera ini dilatarkan dengan bagaimana Wannamalai cuba meminta dukun santet bagi mendapat kebaikan bagi kepentingan dirinya.
Wannamalai dinasihatkan membina pura bagi dewi sakti penunggu kota Bannari supaya menang pilihanraya. Tapi kalah jua pilihanraya walaupun dibangunkan pura. Wannamalai dan pedanda hilang kepercayaan kepada dewi. Mereka mula mencari jalan gelap pula dengan menyeru setan Kandasura. Dalam pada itu, dewi sakti penunggu sampai ke kampung sebagai bebelian dan merosakkan rencana jahat. Bagi mengelakkan dikejar dewi sakti, Wannamalai berkahwin dengan Bhawani (Laya), yang mendapat karunia dewi yang suaminya tidak akan mati muda. Namun, Wannamalai berjaya menjadikan Bhawani melawan dewi sakti.
Pura Sri Bannari Ambha
Pura ini menghadap ke Barat. Lungsuran diberi kepada pemuja adalah pasir dari busut tanah di situ. Bukannya abu suci seperti pura Hindu lain. Dewa utama pura, Swayambhu Murthi. Pura terletak di Sathyamangalam, kota Bannari, bhumipada Erode, Tamil Nadu.
Perayaan terbesar bagi pura ini adalah Panguni Kundam iaitu meranduk api yang ramai pemuja akan menjalaninya di sini. Pura ini selalu dikunjungi ramai semasa hari-hari istimewa wulan baru, wara Brahaspatti dan wara Sukra. Selain itu, perayaan Hari Raya Dipawali dan perayaan musim menuai Ponggal serta tahun baru Hindu dan tahun baru Barat disambut di pura ini.
Pura dibuka seawal jam 6:00 sampai jam 12:00. Kemudian rehat dan dibuka semula pukul 16:00 sampai pukul 21:00 malam. Jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi 91-4295-24336, 243442, 243289.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan