Penganut Saiwa dari gerakan Lingayat ini dasarnya mengamalkan konsep kedewataan satu sahaja menerusi pemujaan hanya pada Betara Siwa. Mereka memandang bahawa jiwa ini terbit dari-Nya dan berada dalam kesatuan dengan-Nya.
Pengikut gerakan Lingayat tidak mengamalkan peraturan jati, tiada beda kepercayaan, bahasa, negara atau bangsa bagi mereka. Ia menolak rupakara dalam jati Hindu ortodoks dan juga menolak kemutlakan weda-weda. Mereka memberi kepentingan kepada sastera Wacana Sahitya yang disusun oleh Mpu Basaweswara. Mereka mempunyai lima prinsip utama kelakuan yang bergelar Pancacara, delapan perisai atau Astawarana, dan konsep enam tahap pencapaian yang boleh dicapai pemuja Betara Siwa dikenali sebagai Satsthalam.
Pancacara
Yang ini mesti diikuti oleh pengikut gerakan Lingayat sekelian tak mengira tuan lelaki atau wanita:
- Lingacara atau pemujaan harian perseorangan menggunakan batu geliga Istalingam, sekali ke tiga kali sehari.
- Sadacara iaitu perhatian terhadap kerja dan dharma, dan menurut tujuh aturan kelakuan dikeluarkan oleh Mpu Basawanna iaitu kalabeda jangan tuan mencuri; kolabeda jangan tuan mencederakan dan membunuh; husiya nudiyalu beda jangan tuan bercakap bohong; thanna bannisabeda jangan angkat bakul sendiri; idira haliyalu beda jangan marah orang lain; muniya beda jangan menyakiti orang lain atau maki orang sekeliling sebab marah; anyarige asahya padabeda jangan jadi tidak bertoleransi dengan yang lain.
- Siwacara, mengisytihar bahawa Betara Siwa itu Maha Agung dan berpegang dengan kesamarataan serta kebajikan segala manusia.
- Bhrityaacara iaitu belas kasihan sesama makhluk.
- Ganacara mempertahan masyarakat Lingayat dan juga ajaran yang disampaikan dalam gerakan ini.
Lapan lapis perisai pelindung pengikut daripada gangguan keduniaan dan luaran:
- Guru kebaktian tunduk pada Guru, yang menjadi mentor.
- Linga memakai Istalingam pada tubuh setiap masa.
- Jangama menghormati semua pertapa Saiwa sebagai jelmaan-Nya.
- Padodaka mencicip air yang diperguna buat abhisekam batu geliga lingam.
- Prasada lungsuran suci.
- Wibhuti memakai abu suci pada tubuh setiap hari.
- Rudraksa memakai rantai rudraksa suci.
- Mantra membaca mantra Namah Siwaya.
Konsep ini merupakan konsep enam tahap atau jalan, yang penting dalam falsafah kaum Lingayat. Ia menyatakan bahawa jiwa akan melalui kemajuan dalam pencarian utamanya bagi menyedari Nya.
- Bhakta Sthala
- Prasadi Sthala
- Pranaligi Sthala
- Sarana Sthala
- Aikya Sthala
Aikya Sthala itu adalah bahagian apabila jiwa meninggalkan tubuh kasar dan bersatu dengan-Nya. Sementara asal-usul Shatsthala ini boleh dikesan menerusi agama-agama, utamanya Parameswaratantra, dengan perkembangan Wirasaiwa ini, konsep Shatsthalam pun turut mengalami perkembangan yang memang tak boleh dielakkan.
Mpu Bhassawa memahami Shatsthalam ini sebagai satu proses dengan pelbagai tahap yang dicapai berturut-turut. Tapi, anak saudara beliau, Channa Basawanna pula berbeda pendapat dengan beliau. Beliau berpegang bahawa jiwa boleh sampai ke penyelamatan itu pada mana-mana tahap pun.
Konsep Sunyam
Kesatuan benar dan jati Siwa atau Linga dan jiwa iaitu anga merupakan matlamat hidup dijelaskan sebagai Sunyam atau kekosongan yang bukan kosong semata-mata. Seseorang akan bersatu dengan Betara Siwa menerusi Shatsthalam, kebaktian dan pujaan.
- Bakti
- Mahesa bersewah tanpa penting diri
- Prasada mencari karunia Betara Siwa
- Pranalingam merasai Betara Siwa dalam semua
- Sarana iaitu mencari perlindungan dengan Betara Siwa tanpa ego
- Aikya kesatuan dengan Betara Siwa
Setiap fasa ini membawa pencari kebenaran dekat, sampai jiwa dan Betara Siwa itu bersatu dalam tahap terakhir yang tidak akan terhenti di situ sahaja dengan kesedaran Betara Siwa, bagai sungai-sungai mengalir ke lautan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan