Memaparkan catatan dengan label lingayat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lingayat. Papar semua catatan

Sabtu, 12 Oktober 2013

Wirasaiwa Lingayat: Kepercayaan

Om Swastiastu


Penganut Saiwa dari gerakan Lingayat ini dasarnya mengamalkan konsep kedewataan satu sahaja menerusi pemujaan hanya pada Betara Siwa. Mereka memandang bahawa jiwa ini terbit dari-Nya dan berada dalam kesatuan dengan-Nya. 

Pengikut gerakan Lingayat tidak mengamalkan peraturan jati, tiada beda kepercayaan, bahasa, negara atau bangsa bagi mereka. Ia menolak rupakara dalam jati Hindu ortodoks dan juga menolak kemutlakan weda-weda. Mereka memberi kepentingan kepada sastera Wacana Sahitya yang disusun oleh Mpu Basaweswara. Mereka mempunyai lima prinsip utama kelakuan yang bergelar Pancacara, delapan perisai atau Astawarana, dan konsep enam tahap pencapaian yang boleh dicapai pemuja Betara Siwa dikenali sebagai Satsthalam

Pancacara

Yang ini mesti diikuti oleh pengikut gerakan Lingayat sekelian tak mengira tuan lelaki atau wanita:
  • Lingacara atau pemujaan harian perseorangan menggunakan batu geliga Istalingam, sekali ke tiga kali sehari.
  • Sadacara iaitu perhatian terhadap kerja dan dharma, dan menurut tujuh aturan kelakuan dikeluarkan oleh Mpu Basawanna iaitu kalabeda jangan tuan mencuri; kolabeda jangan tuan mencederakan dan membunuh; husiya nudiyalu beda jangan tuan bercakap bohong; thanna bannisabeda jangan angkat bakul sendiri; idira haliyalu beda jangan marah orang lain; muniya beda jangan menyakiti orang lain atau maki orang sekeliling sebab marah; anyarige asahya padabeda jangan jadi tidak bertoleransi dengan yang lain.
  • Siwacara, mengisytihar bahawa Betara Siwa itu Maha Agung dan berpegang dengan kesamarataan serta kebajikan segala manusia.
  • Bhrityaacara iaitu belas kasihan sesama makhluk.
  • Ganacara mempertahan masyarakat Lingayat dan juga ajaran yang disampaikan dalam gerakan ini.
Astawarana

Lapan lapis perisai pelindung pengikut daripada gangguan keduniaan dan luaran:
  • Guru kebaktian tunduk pada Guru, yang menjadi mentor.
  • Linga memakai Istalingam pada tubuh setiap masa.
  • Jangama menghormati semua pertapa Saiwa sebagai jelmaan-Nya.
  • Padodaka mencicip air yang diperguna buat abhisekam batu geliga lingam.
  • Prasada lungsuran suci.
  • Wibhuti memakai abu suci pada tubuh setiap hari.
  • Rudraksa memakai rantai rudraksa suci.
  • Mantra membaca mantra Namah Siwaya.
Konsep Shatsala

Konsep ini merupakan konsep enam tahap atau jalan, yang penting dalam falsafah kaum Lingayat. Ia menyatakan bahawa jiwa akan melalui kemajuan dalam pencarian utamanya bagi menyedari Nya.
  • Bhakta Sthala
  • Prasadi Sthala
  • Pranaligi Sthala
  • Sarana Sthala
  • Aikya Sthala
Aikya Sthala itu adalah bahagian apabila jiwa meninggalkan tubuh kasar dan bersatu dengan-Nya. Sementara asal-usul Shatsthala ini boleh dikesan menerusi agama-agama, utamanya Parameswaratantra, dengan perkembangan Wirasaiwa ini, konsep Shatsthalam pun turut mengalami perkembangan yang memang tak boleh dielakkan.

Mpu Bhassawa memahami Shatsthalam ini sebagai satu proses dengan pelbagai tahap yang dicapai berturut-turut. Tapi, anak saudara beliau, Channa Basawanna pula berbeda pendapat dengan beliau. Beliau berpegang bahawa jiwa boleh sampai ke penyelamatan itu pada mana-mana tahap pun.

Konsep Sunyam

Kesatuan benar dan jati Siwa atau Linga dan jiwa iaitu anga merupakan matlamat hidup dijelaskan sebagai Sunyam atau kekosongan yang bukan kosong semata-mata. Seseorang akan bersatu dengan Betara Siwa menerusi Shatsthalam, kebaktian dan pujaan.
  • Bakti
  • Mahesa bersewah tanpa penting diri
  • Prasada mencari karunia Betara Siwa
  • Pranalingam merasai Betara Siwa dalam semua
  • Sarana iaitu mencari perlindungan dengan Betara Siwa tanpa ego
  • Aikya kesatuan dengan Betara Siwa
Setiap fasa ini membawa pencari kebenaran dekat, sampai jiwa dan Betara Siwa itu bersatu dalam tahap terakhir yang tidak akan terhenti di situ sahaja dengan kesedaran Betara Siwa, bagai sungai-sungai mengalir ke lautan.

Sabtu, 28 September 2013

Wirasaiwa Lingayat

Om Swastiastu!


 

Wirasaiwa ini merupakan aliran Saiwa yang berbeda dengan aliran Saiwa lain. Ia diasaskan pada kurun ke-12 M oleh seorang ahli falsafah, negarawan dan juga pembaharu sosial, Mpu Basawanna. Beliau mempunyai pahaman berbeda sedikit daripada agama orang Hindu biasa dan menekankan pemujaan yang berpusat cuma kepada pemujaan Betara Siwa dalam rupa Istalingam. Beliau turut menolak kemutlakan weda-weda, warnasrama, dan juga kepercayaan Hindu lain seperti jelmaan semula dan karma.

Pengikut ajaran ini dikenali sebagai kaum Lingayat atau dalam bahasa Tamilnya, Yelinggayaatham. Sabdawali ini muncul dari perkataan bahasa Kannada, Lingawantha yang bererti pemakai Istalingam pada tubuh sendiri. Istalinga ini merupakan sejenis batu geliga lonjong yang melambangkan Parasiwam atau Hakikat Mutlak, dan dipakai di badan oleh pengikutnya lalu diikat pada rantai digantung di leher pemakai. Batu linga juga boleh ditemui di dalam kawasan pura. 

Amalan Lingayat ini merupakan gabungan yang menarik hasil pembaharuan keagamaan yang dibawa oleh Mpu Basawa dan juga amalan istiadat penganut Saiwa purwa dengan pengaruhnya di India Selatan utamanya dari negeri Karnataka. Hari ini, penganut dari cawangan Lingayat, Saiwa Siddhanta, Saiwa Kashmir, Natha, Pasupata Nepal, Kapalika dan lain-lain membentuk keseluruhan kependudukan Hindu Saiwa sedunia.

Itihasa Ringkas

Menurut kepada pemimpin-pemimpin kerohanian Wirasaiwa Lingayat ini, ada lima jiwa agung yang memperkaya dharma menurut Lingayat menerusi ajaran mereka dalam pelbagai peredaran samaya. Mereka adalah Mpu Renuka, Mpu Marularadhiya atau Daruka, Mpu Ekormaradhiya, Mpu Panditaradhiya dan Mpu Wiswaradhiya. Dipercayai semua lima guru agung ini dijelmakan dari Linga Siwa yang satu. Mereka membuka lima pusat pengajian Wirasaiwa di Rambhapuri di Mysore, Ujjain, Ukhimatha di Kedarnatha, Sri Saila dan Kasi di Waranasi. Mpu Basawanna memainkan peranan penting dalam pembaharuan tradisi Lingayat Wirasaiwa pada kurun ke-12 M. Beliau sendiri sebenarnya merupakan seorang anak dari keluarga Brahmana yang kaya. Beliau merujuk Mimamsakas yang menyatakan bahawa Sang Rudra itu satunya Sang Hiyang dan yang mencatit weda itu Sang Rudra.

Beliau memberontak terhadap amalan ketat warnasrama yang terkenal dalam masyarakat Hindu ortodoks. Kemudiannya beliau mengajarkan falsafah pandangan beliau sendiri dengan masyarakat tanpa jati itu pada dasarnya. Falsafah persamaan kedudukan taraf dan pergerakan pembaharuan ini menarik ramai orang menyertai beliau. Orang suci seperti Allama Prabhu, Akka Mahadewi dan Channabasawanna turut memainkan peranan besar dalam perkembangan tradisi ini.

Mpu Basawanna hidup dan mengajar di utara negeri Karnataka kini. Gerakan beliau ini bertapak kukuh semasa pemerintahan sekejap di selatan pemerintahan wangsa Kalachuri. Seperti Martin Luther yang muncul hampir 300 tahun selepas beliau, Basawanna mengajarkan kebaktian kepada Sang Hiyang Widdhi dengan hubungan terus tanpa perlu menyusahkan diri pergi bertemu dengan kelompok pedanda. Kelompok Lingayat umumnya tidak mengamalkan pembinaan bangunan pura.