Jumaat, 15 November 2013

Aliran Wajrayana Tibet: Enam Alam Antara


Enam Alam Antara

Fremantle (2001) menyatakan bahawa ada enam tahap perantaraan yang dipanggil sebagai Six Bardos: the Bardo of This Life (m.s 55); the Bardo of Meditation (m.s 58); the Bardo of Dream (m.s 62); the Bardo of Dying (m.s 64); the Bardo of Dharmata (m.s 65); dan the Bardo of Existence (m.s 66).

Shugchang, et al. (2000: m.s 5) membincangkan ajaran-ajaran Karling Zhikro yang menyerap Bardo Thodol dan menyebut mengenai Karma Lingpa, terma dan Padmasambhawa dengan senarai: "Alam awal bermula apabila roh kita dilahirkan dan bertahan dalam tubuh selagi kita masih hidup. Kedua pula alam antara mimpi. Ketiga itu alam antara tapa semadhi. Keempat terjadi pada ketika menghembuskan nafas terakhir. Kelima dikenali sebagai alam kecerahan ciri sebenar. Keenam pula alam perpindahan atau terjadinya karma".

Shinai Bardo

Bardo pertama antara kelahiran dan kehidupan. Bardo ini bermula dari kelahiran sampai ke putus nyawa kau, apabila aliran pikiran tercabut dari tubuh.

Bardo Milam

Bardo kedua dalam tahap mimpi. Bardo ini merupakan cawangan kecil bagi bardo permulaan itu. Yoga Mimpi ini berkembang pengamalannya dengan jalinan keadaan mimpi ke dalam sadhana penganut ajaran Buddha sekelian.

Bardo Samten

Bardo tapa semadhi. Ia umumnya hanya dialami oleh orang yang terlibat dalam pertapaan, walaupun kadangkala orang perseorangan pun tak sengaja merasainya. Bardo ini adalah juga cawangan kecil bardo pertama.

Bardo Chikkhai

Bardo pada ketika nak mati. Menurut tradisi, bardo ini dikatakan bermula apabila tanda luaran dan dalaman yang menandakan seorang itu dah nak mati terjadi, dan berterusan menerusi perubahan Mahabhuta sampai nyawa dalaman dan luaran pun sempurna.

Bardo Chonyid

Tahap ini adalah tahap kecerahan ciri sebenar yang bermula apabila pranawayu atau nafas dalaman berakhir. Dalam tahap ini terjadinya fenomena pandangan-pandangan dan pendengaran. Dalam ajaran Dzongchen, ia dikenali sebagai penjelmaan spontan pandangan Thodgal. Berikutan dengan pandangan-pandangan ini nanti, ada ketenangan yang membuak-buak dan kesedaran murni. Makhluk berhati nurani yang tak beramal semasa hayatnya itu atau tak mengenalpasti cahaya cerah pada saat kematiannya itu selalu sahaja akan meracau-racau bila melalui tahap kecerahan ini.

Bardo Sidpa

Tahap ini adalah tahap menjadi atau perpindahan. Bardo ini akan bertahan sampai pernafasan dalaman bermula dalam rupa perpindahan baru yang dijana oleh "biji benih karma" dalam kesedaran Ālāya Wijñāna.

Tafsiran

Fremantle (2001: m.s 53-54) membuat cakaran perkembangan konsep bardo ini menerusi tradisi Himalaya:

Asalnya bardo atau antarabhawa ini merujuk hanya kepada tahap-tahap antara kehidupan seseorang itu ke tahap seterusnya, dan ia masih lagi berada dalam pengertian biasanya apabila disebut tanpa sebarang pencirian. Ada beberapa pertelagahan juga mengenai teori ini semasa kurun awal ajaran Buddha bergerak, dengan satu pihak menghujahkan bahawa jelmaan semula (atau kelahiran) akan berlaku sebaik sahaja putus nyawa, dan satu pihak lagi menyebut ada masa senggang antara kelahiran dan kematian.

Dengan timbulnya aliran Mahayana, kepercayaan mengenai alam perantaraan ini turut menjadi terkenal. Ajaran Buddha kemudian mengembangkan lagi konsep ini dengan perbedaan enam tahap atau tahap-tahap yang serupa dengannya, meliputi samsara, kematian dan jelmaan semula.

Keadaan ini boleh juga ditafsirkan sebagai pengalaman fasa perubahan, sebarang tahap yang berada antara dua keadaan. Pengertian asalnya itu, pengalaman antara kematian dan kelahiran, merupakan jenis lama bagi pengalaman alam pertengahan, sementara enam alam pertengahan dalam pahaman tradisional ini menunjukkan tentang bagaimana ciri-ciri dasar pengalaman itu juga ada dalam fasa perubahan.

Dengan memperbaiki pemahaman dalaman tentang ciri-ciri dasar alam pertengahan ini, ia boleh juga diperguna pakai bagi setiap tahap perubahan atau fasa perubahan dalam kehidupan makhluk yang masih bernyawa. Ketika kini, sekarang, merupakan alam pertengahan yang berterusan, selalu juga tergantung antara masa lampau dan masa depan.

Walau bagaimanapun, seperti yang dijelaskan, pikiran Fremantle bahawa ia pada asalnya cuma dimengertikan dengan "antara hidup ini ke kehidupan seterusnya dalam kehidupan makhluk" bukanlah seperti pemahaman penganut ajaran Buddha aliran Sarwastiwada. Begitu jua, pikiran tentang kenaikan daripada pikiran ini disebabkan oleh aliran Mahayana tak ditemui pun dasarnya. Ia nampak seperti lebih kepada pengaruh aliran Sarwastiwada beberapa kurun lamanya sebelum aliran Mahayana naik cemerlangnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan