Rabu, 6 November 2013

Buddha Mantrayana: Amalan Harian Upasaka

Swasti Srih


Seperti yang dicadangkan oleh Institut Mantrayana Antrawangsa, upasaka sebelum bermula bolehlah berkumur-kumur mulut itu. Bersihkan tangan dan basuh tangan. Kemudian semahkan lilin dan colok wangian bagi Phra Buddha Chao.

Duduk dengan kedudukan betul, tenangkan pemikiran dengan anjali. Pembacaan sutra itu jangan cepat sangat atau lambat sangat, jangan kuat sangat atau jangan terlalu perlahan sangat suara itu. Semuanya sederhana sahaja. Ayat yang bertanda "ketua" itu hanya bagi mereka yang menjadi kepala kumpulan semahiyang yang mengikut pembacaan semahiyang.

Penting diingati penganut aliran Mantrayana sekelian bahawa pembacaan sutra ini merupakan satu peristiwa yang Tiga Rahasia seperti tubuh, minda dan pengucapan Buddha bergandingan dengan ketiga-tiga fungsi tubuh, minda dan pengucapan kita lantas bersatu dalam kesatuan tapa!

Tabik

Om sarwa Tathagata pada wandanam karomi. Om sarwa Tathagata pada wandanam karomi. Om sarwa Tathagata pada wandanam karomi.

Pengertiannya: Om, aku tunduk pada kaki para Tathagata sekelian.

Minta Ampun

Ketua: Segala karma-karma lampau kita itu.

Kumpulan: Yang tercetus daripada loba, kebencian, dan kejahilan itu adalah hasil buatan tubuh kami, kata-kata kami dan juga pemikiran kami yang salah. Kami meminta ampun atas kesilapan yang diperbuat tubuh, mulut dan pemikiran kami.

Triratna

Ketua: Kami meletakkan kepercayaan kami kepada Phra Guru, Buddha.

Kumpulan: Moga kami bersama-sama mencapai pencerahan dan mencapai kesedaran.

Ketua: Kami meletakkan kepercayaan kami kepada Dharma.

Kumpulan: Moga kami bersama-sama tinggal dalam ajaran Buddha dan mencapai kebijaksanaan tiada batasan.

Ketua: Kami meletakkan kepercayaan kami kepada Samgha.

Kumpulan: Moga kami bersama-sama menjadi Satu belaka berselaras dan suka bahagia dan hidup dalam kehidupan penuh persaudaraan sejagat.

Tiga Lapis Ratna

Ketua: Aku berlindung dengan Trirattana.

Kumpulan:

Buddham saranam gacchami.
Dharmam saranam gacchami.
Samgham saranam gacchami.

Ulangi bacaan semua tiga kali nya.

Sepuloh Perjanjian

Ketua: Bermula hari ini ke hadapan...

Kumpulan: Aku akan cuba yang terbaik dalam menjalani 10 janji...
  1. Tidak akan merosakkan nyawa.
  2. Tidak akan mencuri.
  3. Tidak akan bermukah.
  4. Tidak akan bercakap bohong.
  5. Tidak akan melebih-lebih.
  6. Tidak akan bercakap kasar dan kotor.
  7. Tidak akan cuba menyembunyikan kebenaran.
  8. Tidak akan loba.
  9. Tidak akan bersikap membenci.
  10. Tidak akan hilang pandangan terhadap Kebenaran.
Menggerakkan Pemikiran Dicerahi

Ketua: Dalam kepercayaan murni...

Kumpulan: Aku menggerakkan pemikiran dicerahi. Aku mengarahkan jiwaku, bersama dengan yang lain, untuk merentasi lautan samsara kelahiran dan kematian, dan segera mencapai pantai moksa. 

Om bodhicittam utpadayami... Om aku mengarahkan jiwa aku bagi mengembangkan pemikiran yang dicerahi. Om bodhicittam utpadayami. Om bodhicittam utpadayami.

Wratam Samaya

Ketua: Aku, anak Sang Mahawairocana Buddha...
Kumpulan: Akan bersama dengan kaseh sayang Buddha yang agung dan kebijaksanaan. Sebagai perupaan Kebijaksanaan Buddha, akan ku perbuat segala usaha dengan setulus hatiku bagi membantu yang lain.

Om samaya sattwam. Om samaya sattwam. Om samaya sattwam. Om aku bersatu dengan samaya aku.

Mula

Ketua: Prajna Paramita Sutra itu adalah...
Kumpulan: Dasar bagi ajaran Buddha dan juga ajaran rahasia Buddha utamanya. Jika aku berpegang, membacanya dan mengajarkan sutra ini serta menyemahkannya kepada yang lain, aku akan terbebaslah dari samsara dan mencapai pencerahan. Jika aku mengamalkan ajaran yang terdapat dalamnya dan merenung pengertiannya, maka akan ku temui Jalan Kebangkitan.

Sutra itu pelita lokamaya yang menyinari di atas kegelapan. Ia adalah perahu yang membawa segala makhluk berhati nurani itu menyeberangi lautan samsara dengan selamat.

Moga aku bermasuk mendalam ke dalam pengertian sutra dan ku baca dengan sesunggohnya.

Ketua: Kebenaran yang tak terkalahkan, yang mendasar dan yang jelas itu...
Kumpulan: Sukarlah hendak dihadapi, walaupun dalam berjuta kalpa. Kini, kami akan melihat, mendengar dan memegang sutra yang mengandungi Kebenaran. Moga kami memahami pengertian sebenar bagi pesanan baginda Buddha.

Prajna Paramita Hrdaya Sutram

Ketua: Prajna Paramita Hrdaya Sutram...
Kumpulan:  Aryawalokiteswara bodhisattwo. Gambhiram prajnaparamita caryam caramano wiyawalokayati. Sma panca skandhas tams ca swa bhawa sunyam. Pasyati sma iha Sariputra. Rupam, sunyata... wa rupam rupan na prithak. Sunyata na prithak rupam. Yad rupam sa sunyata ya sunyata sa rupam. Ewam ewa wedana samjna samskara wijnanam. Iha Sariputra sarwa dharma sunyata. Laksana anutpanna anruddha awmala anuna aparpurna. Ta... Sariputra sunyatayam. Na rupam na wedana na samjna na samskara na wijnana. Na caksuh srotam na ghrana jihwa kaya manah. Na rupa sabda gandha rasa spistawiya dharmah. Na caksur dhatur ya wan na mano wijnanam dhatur. Na widya na widya na widya ksayo na widya kasyo. 

Ya wan jaramaranam na jaramarana ksayo. Na duhkha samudaya nirodha margajna. Na jnanam na prapti na bhismaya tasmai na prapti. Twad bodhisattwa prajnaparamita asritya. Wiha ratya citta warano widya ksayo na widya ksayo. Ya wan jaramaranam na jaramarana ksayo. Na duhka samudaya nirodha margajna.

Na jnanam na prapti na bhismaya tasmai na prapti. Twad bodhisattwanam prajnaparamita asritya. Wiha ratya citta warano citta warano. Na siddhitwad wipa ryasa ti kranto. Ni stha nirwana tya dha wiyawa sthitah. Sarwa buddhah prajnaparamitam asritya. Anuttaram samyaksambodhim abdhisambuddhah. Tasmai jnata wiyam. Prajna paramita maha mantram maha widyamantram. Anuttara mantram asmasama mantram. Sarwa duhkha prasa manam sa tyam ami thyatwat. Prajna paramita yam ukto mantrah tadyatha

Gate gate paragate parasamgate bodhi swahah!

Mantra 13 Buddha Mantrayana

Setiap satunya itu diulangi tujohnya kali... Kalau secara berkumpulan boleh dibaca beramai-ramai sahaja. Kalau seorang pun boleh juga tiada masalah...

Acalanatha Widyaraja

Namah samanta wajranam canda maharosana sphotaya hum trat ham mam.

Tabik buat wajra yang melanda semua arah! Wahai Yang Maha Ganas yang Maha Murka! Hapuskan! Hum trat ham mam!

Sakyamuni Tathagata

Namah samanta buddhanam bhah.

Tabik buat segala Buddha! bhah.

Manjusri Bodhisattwa

Om arapacana!

Samantabhadra Bodhisattwa

Om sammaya sattwam.

Om aku (engkau) ini perupaan janji.

Ksitigarbha Bodhisattwa

Om ha ha ha wismaye swaha!

Om wahai yang menakjubkan!

Maitreya Bodhisattwa

Om Maitreya swaha!

Om yang berkasih sayang! 

Bhaisajya Guru Tathagata

Om huru huru candali matangi swaha!

Om sembuh! sembuh! Candali matangi swaha! 

Bodhisattwa Awalokiteswara

Om Arolik swaha!

Om Yang Tak Perlu Pemelihara swaha!

Bodhisattwa Mahasthamaprapta

Om sam jam jam sah swaha!

Om semoga pencemaran dihapuskan swaha!  

Thatagata Amitabha dan Amitayuh

Om amrta teja hara hum!

Om selamatkan kami dalam kemuliaan Yang Tak Pernah Mati hum!

Tathagata Aksobhya

Om aksobhya hum!

Om Yang Tak Pernah Berganjak hum!

Tathagata Mahawairocana

Om awira hum kham, wajra dhatu wam!

Om Yang Terpencar Merata, Yang Tak Pernah Terhapus!

Bodhisattwa Akasagarbha

Namo Akasagarbhaya om arya kamari mauli swaha!

Namo kepada Penanggung Angkasa yang memegang bunga dan berbunga malai dengan mahkota permata swaha!

Mantra Cahaya

Ketua: Mantra Cahaya itu terkandung....
Kumpulan: Dalamnya suku kata, seluruh kuasa bagi Mahawairocana Buddha yang berada di mana sahaja. Bila dibaca kita akan mantra itu setulus hati; Cahaya Sang Buddha akan memeluk kita. Maya akan hilang terus, bagaikan bulan yang cerah daripada selaput kabus.

Om amogha wairocana mahamudra mani padma jwala prawarttaya hum. Om Wairocana tidak terkalahkan, mudra agung madi, padma, jwala (cahaya), berkembanglah hum!!! - Baca tujoh kali

Seru

Ketua: Biarlah kami berlindung bersama dengan guru kami, Tuan Kobo...
Kumpulan: Namo Guru Wajra segala sinaran jiwa pencaran suci... Namo Guru Wajra - Baca tujoh kali

Semahiyang

Ketua: Kita dengan penuh rendah hati bersemahiyang...
Kumpulan: Bagi ketenangan selamanya dalam jagat. Moga kita mencapai pencerahan dalam kehidupan yang ini juga dan dalam alam Mahawairocana ghaib. Moga cuaca menjadi bermusim, moga segala tanaman berhasil, moga segala negara itu tenang senantiasa, semoga semua orang bergembira suka nya. Moga kebajikan itu dikongsi bersama....

Semahiyang Jagat

Ketua: Moga pahala dikumpulkan...
Kumpulan: Dipanjangkan lagi ke seluruh jagat kepada segala makhluk berhati nurani, moga mereka bersama kita semua, sama-sama mencapai kesedaran!

Tabik

Om sarwa Tathagata pada wandanam karomi.... Om, aku sujud pada kaki segala Tathagata sekelian.... - Baca tiga nya kali yang berbahasa Sanskerta itu....

Punca

Institut Penganut Buddha Mantrayana Antarawangsa, 1999

Tiada ulasan:

Catat Ulasan