Kelompok Saiwa Pashupata ini menolak kepercayaan Waisnawa, yang terkenal dengan ajaran perhambaan jiwa kepada Yang Maha Tinggi, dengan dasar bahawa kebergantungan terhadap sesautu itu tak boleh menerusi cara menghilangkan kesakitan dan mengakhiri keinginan.
Kelompok penganut Saiwa Pashupata mengenalpasti kebergantungan sesama sendiri dan keinginan bagi kemerdekaan tak akan tercapai pun kerana yang tercipta itu masih bergantung kepada benda lain selain daripada dirinya. Menurut kelompok Pashupata, semangat dan jiwa ini mengandungi ciri-ciri Yang Maha Tinggi apabila ia dibebaskan daripada "kuman setiap kesakitan".
Dalam rupakara yang ini, penghapusan kesengsaraan itu terbahagi dua jenis iaitu bukan diri dan persendirian. Yang bukan diri mengandungi penghapusan bagi semua penderitaan yang mutlak sedangkan yang persendirian itu mengandungi perkembangan kesaktian pada pandangan dan kesaktian giat seperti cepat berpikir, mengambil rupa ikut kehendak dan lain-lain. Tuhan Yang Maha Tinggi jugalah yang memegang segala kesaktian giat, pemandangan dan tak terbatas kesaktian-Nya.
Pañchārtha Bhāshyadipikā membahagikan loka tercipta kepada yang berhati nurani dan tak berhati nurani. Yang tak berhati nurani itu adalah yang tak sedar dan bergantung dalam sedar. Kemudian ia terbahagi pula kepada kesan dan penyebab. Kesan itu 10 jenisnya iaitu bumi, empat ciri dan kualitinya, warna dan seterusnya. Penyebab itu 13 jenisnya, lima deria pemikiran, lima anggota tindakan, tiga anggota dalaman, buddhi, prinsip ahamkara, dan prinsip manas. Penyebab kepada ketiadaan hati nurani ini bertanggungjawab bagi jati maya Jiwa yang bukan Jiwa sebenar.
Makhluk yang berhati nurani pula tertakluk kepada perpindahan alam terbahagi dua jenis, yang nafsu besar dan tak bernafsu besar. Yang nafsu besar itu adalah roh yang dikaitkan dengan organisme dan anggota deria, manakala yang tak bernafsu besar itu adalah roh yang tak ada itu semua.
Kesatuan dalam rupakara Pashupata ini adalah persimpangan masuk antara roh dengan Tuhan menerusi buddhi. Ia dicapai dalam dua hala, tindakan dan penghapusan tindakan. Kesatuan menerusi tindakan mengandungi bacaan mantra, bacaan baik-baik di mulut itu, tapa semadhi dan lain-lain. Kesatuan menerusi penghapusan tindakan sedikit demi sedikit itu dilakukan menerusi kesedaran.
Beda dengan Aliran Hindu Lain
Penghapusan dalam rupakara lain seperti Samkhya terjadi menerusi penghapusan sahaja-sahaja kesengsaraan, namun dalam aliran Pashupata Saiwa ia merupakan pencapaian diwiya sempurna dan ketinggian diwiyam.
Dalam falsafah lain, loka tercetus ini adalah benda yang masuk dalam kewujudan, tapi dalam rupakara ini loka tercetus juga abadi. Dalam aliran pemikiran lain, jelmaan dalam sorga melibatkan kembali semula dalam samsara, tapi dalam rupakara ini keadaan itu memberi kesan lebih dekat pula kepada Sang Hiyam Widdhi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan