Memang semulajadi manusia itu perlu memuaskan keinginannya seperti lapar, dahaga dan mempunyai tempat untuk berehat. Setiap orang itu ada tanggungjawab kepada dirinya, kumpulan masyarakatnya dan bangsanya juga. Biasanya juga, semua tugasan ini akan menaikkan seseorang ke tahap kerohanian itu sendiri. Tugasan dan tanggungjawab ini lah dharma.
Dharma seorang mahakesatria atau negeri itu adalah untuk memantau hamba rakyatnya dan memastikan bahawa mereka mendapat peluang secukupnya untuk menikmati kenaikan kerohanian dan juga melalui perjalanan hidup dengan baik. Inilah pengertian bagi pepatah, "Raja dharmasya karanam".
Upasana itu dhyana atau tumpuan tapa semadhi. Satu bentuk rupa itu diperlukan buat semadhi penumpuan. Hakikat ini selalunya sama dan tak berubah pun. Tuhan pula, sebagai Hakikat Terakhir, itu tiadak berupa. Namun upasana dengan rupa itu dijalankan atas sebab juga bukannya sesuka hatinya. Ia mampu memberi faedah pula kepada yang menjalani upasana.
Tujuan yang dicapai dengan pemujaan atau semadhi pada satu rupa itu pun berbeda satunya dengan yang lain. Sasteragama menceterakan mengenai cara bertapa dan mengenai rupa apa yang boleh ditapakan serta kesannya. Bagi Upasana, haruslah diikut dengan baik sastera segala agama. Upasana yang berbeda semua itu merupakan bantuan dalam jalan mencapai matlamat terakhir, iaitu memahami Hakikat itu. Sasteragama memberi nasehat mengenai pengamalan Upasana itu demi melateh minda untuk bersemadhi dan membuat tumpuan. Upasana itu suatu perkara yang diperbuat secara perseorangan sahaja, tak ada pun secara berjemaah beramai-ramai.
Sama ada buah mentah atau pokok tak ada lah mereka itu mahu ditanggalkan dari sesama sendiri. Namun, apabila buah sudah ranum, maka keterikatannya akan hilang sendiri. Manusia memerlukan pengalaman marah, dengki, nafsu berahi, minat dan lain-lain samalah seperti buah itu melalui pelbagai tahap tumbesaran dan rasa yang selalu berubah-rubah sehingga ia masak ranum dan sendirinya tercabut dari tangkai pokok. Kita tak mampu mengatasi segala pengalaman ini pada mulanya. Namun kita harus merenung hakikat kenapa kita mesti melalui pengalaman ini semua. Kalau tidak maka merugi lah kita. Kita akan menjadi hamba kepada pengalaman tersebut dan tak akan mencapai kepuasan atau kesukaan pun.
Bila kita ini dilanda kesusahan, kita menyalahkan Tuhan dan mencerca-Nya bahawa Dia itu buta tak nampak kita sedang menderita sengsara ini. Namun, kalau kita cuba merenung sedikit sahaja, dapatlah kita sedari bahawa kesilapan kita itu sangat besar dan bahawasanya kita ini tak layak menerima anugerah-Nya pun. Namun, kita masih ada mendapat makanan, tempat berteduh dan juga pakaian. Keadaan ini kerana belas kasihan-Nya yang tak bertepian itu lah. Haruslah kita menganggap kesusahan hidup yang menimpa kita itu sebagai restu dan rahmat tersembunyi di balik kecelakaan.
Ibu mungkin mengikat tangan anaknya yang cenderung ke arah mengutip lumpur kotor untuk dimakannya. Nampak ibu itu kejam tak perikemanusiaan tapi ia demi kebajikan sang anak. Begitulah juga masalah bala yang menimpa itu adalah karunia Tuhan demi menyelamatkan kita daripada hanyut. Dalam gambaran seluruh kehidupan, masalah dan bencana itu cuma membentuk satu titik halus sahaja pun. Dalam ketidakmampuan kita melihat masa lampau dan masa depan anakhotra, kita ini kerjanya merungut sahajalah yang kita ini menderita di kala kini. Pandangan yang betul pastinya membolehkan kita memahami keadaan celaka kini itu dengan kedudukannya yang betul.
Apabila sebarang kemuliaan itu berlaki kepada seorang itu, maka dia yang menerima mestilah ingat bahawa punca diwiya bagi kelayakannya menerima kemuliaan itu siapa, dan merendah hati lah dan jangan perasan diri itu penting dan bagus sangat.
Kembangkanlah sikap peramah mesra demi jayanya atas minda manusia; Lihat kepada yang lain itu sebagai dirimu; Hentikanlah berperang berbalah; Tinggalkan penyakit dengki khianat; Jangan menceroboh tanpa sebab-musabab yang kukuh; Ibu Pertiwi itu bagaikan Kama Dhenu menunaikan hajat; Tuhan itu bagaikan Bapa yang memandikan belas kasihan....
Wahai manusia seluruh loka! Hiduplah dengan disiplin! Hiduplah dengan kebajikan! Hiduplah dengan belas kasihan! Nescaya semua pun akan menerima kebajikan yang maha besarnya!!!!
Om shanti... shanti... shanti... Om!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan