Aliran Pasupata Saiwa atau Pasupatas ini merupakan aliran ajaran Saiwa yang tertua sekali dalam kalangan alirang Saiwa utama.
Falsafahnya disusun semula oleh Lakuliśa atau Nakuliśa dalam kurun ke-2 M. Sastera agamanya itu seperti Gaṇakārika, Pañchārtha Bhāshyadipikā dan Rāśikara Bhāshya.
Penggal
Penggal penubuhan aliran ini tak diketahui dengan tepat. Tapi disebut bahawa Pasupatas sudah wujud dari kurun ke-1 M. Gavin Flood menyatakan mereka muncul pada kurun ke-2 M. Mereka dirujuk juga dalam kekawin Mahabharata yang dikatakan mencapai rupa mutlaknya menjelang kurun ke-4 M. Pergerakan Pasupata ini sangat berpengaruh di India Selatan dalam tempoh antara kurun ke-7 M sampai ke-14 M tapi ia sudah pupus di sana sudah.
Pandangan Sarwa
Pasupata ini merupakan gerakan kebaktian dan sramana (zuhud). Pasu dalam Pasupati itu merujuk kepada kesan (loka tercetus), loka cikal bakal yang bergantung kepada sesuatu yang wujud melampaui yang jelas atau yang diperakui tapi disembunyikan secara sengaja. Pati ertinya, penyebab, yang merujuk kepada Sang Hiyam Widdhi, yang menyebabkan wujudnya jagat raya, Sang Pati, Pemerintah Jagat.
Bagi membebaskan diri mereka dari ikatan lokamaya, pengikut aliran ini diarahkan menjalani Pasupata Wratam. Atharwasiras Upanishad menggambarkan wratam ini sebagai menyapu tubuh sendiri dengan abu, dan pada masa sama membaca mantra, "Agni itu abu, Wayu itu abu, Lagit itu abu, segalanya abu, minda, mata ini semua pun abu!"
Haradattacarya dalam Ganakarika menjelaskan bahwa guru kerohanian merupakan mereka yang mengetahui delapan daripada pecahan panchaprayagam dan tiga gerakannya. Lapan panchaprayagam daripada perkembangan diri (kesan daripada tahap akhir), tidak murni (kotor dalam jiwa), ciri jiwa (jalan penyucian), mandala (bantuan meningkatkan pengetahuan), ketabahan (ketahanan dalam panchaprayagam). Penyucian atau membuang segala tak murni, kenaikan dan kesaktian itu adalah
Tiga fungsi yang berselari dengan cara-cara mendapatkan makanan harian itu adalah, hidup po piang sahaja, hidup bergantung cuma kepada pemberian bakti dana, dan hidup dengan benda yang ada di sekeliling sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan