Memaparkan catatan dengan label sramana. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sramana. Papar semua catatan

Isnin, 18 November 2013

Pashupata Saiwa


Aliran Pasupata Saiwa atau Pasupatas ini merupakan aliran ajaran Saiwa yang tertua sekali dalam kalangan alirang Saiwa utama.

Falsafahnya disusun semula oleh Lakuliśa atau Nakuliśa dalam kurun ke-2 M. Sastera agamanya itu seperti Gaṇakārika, Pañchārtha Bhāshyadipikā dan Rāśikara Bhāshya.

Penggal

Penggal penubuhan aliran ini tak diketahui dengan tepat. Tapi disebut bahawa Pasupatas sudah wujud dari kurun ke-1 M. Gavin Flood menyatakan mereka muncul pada kurun ke-2 M. Mereka dirujuk juga dalam kekawin Mahabharata yang dikatakan mencapai rupa mutlaknya menjelang kurun ke-4 M. Pergerakan Pasupata ini sangat berpengaruh di India Selatan dalam tempoh antara kurun ke-7 M sampai ke-14 M tapi ia sudah pupus di sana sudah.

Pandangan Sarwa

Pasupata ini merupakan gerakan kebaktian dan sramana (zuhud). Pasu dalam Pasupati itu merujuk kepada kesan (loka tercetus), loka cikal bakal yang bergantung kepada sesuatu yang  wujud melampaui yang jelas atau yang diperakui tapi disembunyikan secara sengaja. Pati ertinya, penyebab, yang merujuk kepada Sang Hiyam Widdhi, yang menyebabkan wujudnya jagat raya, Sang Pati, Pemerintah Jagat.

Bagi membebaskan diri mereka dari ikatan lokamaya, pengikut aliran ini diarahkan menjalani Pasupata Wratam. Atharwasiras Upanishad menggambarkan wratam ini sebagai menyapu tubuh sendiri dengan abu, dan pada masa sama membaca mantra, "Agni itu abu, Wayu itu abu, Lagit itu abu, segalanya abu, minda, mata ini semua pun abu!"

Haradattacarya dalam Ganakarika menjelaskan bahwa guru kerohanian merupakan mereka yang mengetahui delapan daripada pecahan panchaprayagam dan tiga gerakannya. Lapan panchaprayagam daripada perkembangan diri (kesan daripada tahap akhir), tidak murni (kotor dalam jiwa), ciri jiwa (jalan penyucian), mandala (bantuan meningkatkan pengetahuan), ketabahan (ketahanan dalam panchaprayagam). Penyucian atau membuang segala tak murni, kenaikan dan kesaktian itu adalah

Perolehan pengetahuan
penebusan kekekalan tubuh kemalaran
kesucian
Tak Murni
konsep salah buang penebusan keterikatan minat lokamaya kejatuhan
Suai Kebaikan guna tempat tinggal bacaan suci tapa semadhi pemusatan terusan terhadap Sri Rudra kebimbangan
Mandala guru kerohanian gua tempat istimewa tapak pembakaran mayat Sri Rudra
Ketabahan yang dibedakan yang tak dibedakan kumat-kamitan penerimaan kebaktian
Penyucian hilang kejahilan hilang pemusnah pahala hilang keterikatan hilang minat pada lokamaya hilang kejatuhan
Kenaikan
bahan masa sesuai samskara rupa petunjuk kerohanian
Sakti-Sakti kebaktian kepada penunjuk rohani kejernihan akal jaya pada suka duka pahala ketelitian dan hati-hati

Tiga fungsi yang berselari dengan cara-cara mendapatkan makanan harian itu adalah, hidup po piang sahaja, hidup bergantung cuma kepada pemberian bakti dana, dan hidup dengan benda yang ada di sekeliling sahaja.  

Sabtu, 12 Oktober 2013

Mahawira Jina: Ajaran dan Jelmaan

Jaya Jinendra!


Selepas mencapai Kewala Jnana, selama 30 tahun pula baginda Mahawira mengembara serata-rata benua India mengajar pandangan falsafah baginda. Falsafah baginda itu terbahagi kepada delapan prinsip dengan tiga daripadanya itu berkaitan dengan benda ghaib dan lima pula berkaitan susila. Matlamatnya itu, meningkatkan tahap kehidupan seseorang manusia.

Prinsip Asas Susila Jina

1. Ahimsa atau jangan ganas jangan keras. Mahawira mengajarkan bahawa setiap makhluk hidup itu mempunyai maruah dan kesucian jiwa sendiri maka haruslah ia dihormati seperti mana kita pun menjangkakan kehormatan terhadap kesucian jiwa dan maruah kita dihormati yang lain. Ringkasnya itu, bersopan santun seboleh-bolehnya, dan bertindak baik termasuk terhadap perasaan makhluk lain.

2. Satya iaitu kebenaran yang membawa kepada prinsip kejiranan baik dalam masyarakat. Seseorang itu mestilah bercakap kebenaran dan menghormati hak milikan sesama sendiri dalam masyarakat. Seseorang mesti benar dalam pemikiran sendiri, kata-kata dan perbuatan bagi menghasilkan suasana keyakinan bersama dalam masyarakat.

3. Asteya iaitu jangan mencuri merampok iaitu keadaan yang mana seseorang itu takkan mengambil benda yang tak diberikan kepadanya dengan cara yang benar. 

4. Bramhacarya iaitu kesucian diri yang menekankan keteguhan tetapi juga menahan diri daripada tanha keinginan sentuhan atau kesenangan yang membawa kepada hubungan jenis. Yang ini terpakai dalam golongan yang menjadi Jina penakluk jiwa.

5. Apagriham iaitu tidak memiliki harta, tiada terikat dengan kebendaan yang memerlukan juga seseorang itu mengelakkan dirinya daripada terikat dengan manusia lain, tempat dan barangan kebendaan.

Baginda mengajarkan bahawa pencarian kepada kesenangan dan keseronokan itu permainan yang tak pernah akan berkahir. Jadi, mestilah manusia melatih pemikiran bagi mengatasi keinginan persendirian dan rasa syahwat. Dengan cara begitu, seseorang akan mencapai ketenangan minda, tumpuan minda dan keseimbangan rohani. 

Seseorang itu patutlah membataskan pemilikan harta sebagai satu ahli masyarakat yang berkebajikan dan menghasilkan keadilan sosial menerusi pengagihan adil komoditi prasarana. Yang kuat dan kaya janganlah cuba menekan yang lemah dan miskin menerusi pengumpulan harta tak terbatas sampai menjadikan rupakara pengagihan kemewahan dalam masyarakat itu kacau-bilau dan menyebabkan kemiskinan yang lain. 

Cubaan bagi menguatkuasakan lima prinsip ini menerusi kekuasaan dalaman negeri, peruntukan perundangan atau luaran pula akan membawa kepada kemunafikan atau kecenderungan melakukan jenayah dalam diam. Maka orang perseorangan atau ahli masyarakat itu sendiri mesti mengamalkan menahan hawa nafsu bagi mencapai ketenangan sosial, keselamatan dan masyarakat yang dicerahi minda mereka. Baginda mencapai nirwana pada usia 72 tahun sekitar 527 SM. Digambarkan baginda sebagai duduk atau berdiri bersemadi dengan lambang singa di bawah duduknya atau berdirinya baginda.      

Penjelmaan Semula

Kelahiran sebelum baginda ada dibincangkan dalam sastera Jinagama seperti dalam Ceritera Trisastisalakapurusa dan Jinasena oleh Mahapurana. Sementara jiwa itu melalui pelbagai jelamaan dalam putaran tengahan antara sengsara hidup dan mati, kelahiran sebagai Thirtankara diperkirakan dari masa dia itu diperkatakan mambawa penyebab karma dan mengembangkan Ratna Trayah. Sastera agama membincangkan 26 kelahiran jiwa Mahawira sebelum kelahiran baginda menjadi seorang Thirtankara.

Ada pelbagai sastera agama lagi mengenai kehidupan baginda. Yang utama adalah Kalpa Sutra oleh Mpu Bhadrabahu. Yang pertama dalam bahasa Sanskerta pula adalah biografi hidup baginda bertajuk Cetera Wadhamana oleh Mpu Asaga pada 853 M.

Mahawira dikaitkan dengan Thirtankara pertama oleh lagenda Jina, iaitu Risabha. Baginda lahir mulanya sebagai seorang cucu kepada Risabha dikenali sebagai Marici. Marici ini tak mengikut agama benar pada mulanya. Semasa samaya baginda, ramai orang yang mengaku-ngaku menjadi Thirtankara ke-24. Antaranya, Puran Kachapa, Makhali Goshala, Ajit Kesakambli, Pakuda Kachchhayan dan Sanjaya Wellaputra. Namun semua mereka langsung tiada tempat istimewa dalam Jinagama kecuali Mahawira jua.

Ahad, 9 Jun 2013

Pengaruh Pemikiran Sramana


Hindu Dharma hari ini bolehlah dianggap sebagai satu gabungan antara tradisi weda-weda yang diwangsitkan para dewata kepada para Maharesi serta tradisi kaum Sramana yang kedua-duanya saling mempengaruhi perjalanan falsafah dharma.

Dalam aliran Astika Hindu Dharma itu ada Wedanta, Sangkhiya dan Yoga. Aliran-aliran awal Hindu Dharma kita ini turut mempengaruhi dan juga dipengaruhi oleh falsafah kaum Sramana dengan asal-usul tercetusnya di Lembangan Indus dalam samaya 3000-2000 SM.

Yoga menurut kepada falsafah Sangkhiya dalam membebaskan diri seseorang itu daripada cengkaman prakerti (alam semulajadi) melalui usaha persendirian. Proses panjang yang digariskan dalam yoga bagi mencapai kebebasan perseorangan itu dijalankan menerusi pranayama atau pun cara bernyawa, asana atau kedudukan dan dhiyana iaitu tapa semadi mencari gnana. Salah satu sumber bagi pelajaran falsafah yang ini, tuan dan puan boleh carinya dalam Yoga Sutra Patanjali. Aliran yoga yang lain serta tradisi tantra (animisme) juga penting dalam terbitan dan juga cawangan amalan kaum Sramana. Yang aku ketahui, di Nusantara dan Tanah Besar Asia Tenggara ini; tradisi tantra sangatlah berpengaruh tidak mengira sama ada kita ini adalah pengamal ajaran Brahmana atau ajaran baginda Buddha.  

Pergerakan Sramana ini menjadi lebih pesat ketika samaya Mahawira dan Siddharta Gautama apabila adat istiadat weda menjadi tradisi utama di beberapa bahagian di tanah Hindu. Kaum Sramana memakai jalan lain bagi menggantikan upacara weda dalam tujuan mencapai kebebasan jiwa sambil meninggalkan kehidupan berumah tangga. Biasanya, mereka itu akan melibatkan diri dalam kegiatan seperti amalan disiplin ketat, pertapaan dan juga pandangan teori yang berkaitan. Bagi penguatkuasaan kerohanian, Sramana merupakan sudut pandangan lain bagi Brahmana tradisional. Ada juga kaum Brahmana yang menyertai kelompok Sramana seperti Canakya dan juga Sariputra. Sariputra merupakan anak siksya kepada baginda Siddharta Gautama yang dicerahi sedangkan beliau berjati Brahmana manakala baginda Siddhartha Gautama berjati Kesatria. Dalam Jinagama pun begitu lah juga. Ada kaum Brahmana yang menerima Mahawira dan menjadi Gandhara atau kepala anak siksa baginda sedangkan baginda Mahawira itu seorang Kesatria.

Berkenaan dengan ajaran Buddha pula, Randall Collins berpendapat bahawa ajaran Buddha itu merupakan pergerakan pembaharuan yang berlaku dalam kalangan golongan terpelajar Hindu. Dalam gerakan itu ada juga kaum Brahmana, lebih ramai daripada pergerakan yang lain, dengan bilangan bhikkhunya dalam kalangan puak Brahmana ramai sekali. Kebanyakan bhikkhu Buddha pun dilatih dalam kalangan puak Brahmana dan puak Kesatria.

Mahawira yang merupakan Jina ke-24 dan juga baginda Siddhartha Gautama merupakan pemimpin kepada susunan puak Sramana. Menurut kepada sastera Jinagama dan sastera Bali Buddha, ada lagi beberapa kepala puak Sramana lain pada masa itu. Dalam Mahaparinirwana Sutram (DN 16) disebut tentang Sramana bernama Subhadra:

"... dalam kalangan orang alim itu, Sramana dan Brahmana yang mempunyai tata kemasyarakatan dan juga pengikut, yang menjadi guru, terkenal sebagai pemula aliran, dan terkenal sekali sebagai orang suci, seperti Purana Kassapa, Makkhali Gosala, Ajita Kesakambali, Pakudha Kaccayana, Sanjaya Belatthaputta dan juga Nigantha Nataputta..."    

Nigantha Nataputta di sini merujuk kepada Mahawira atau nama Sanskertanya, Nirgrantha Gnataputra. Yang lain-lain itu merujuk kepada guru-guru yang dikenalpasti melalui sastera Bali dan Jinagama seperti Purana Kassapa, Makkhali Ghosala dan Sanjaya Belatthaputta. Ajita Kesakambali dan Pakudha Kaccayana hanya disebut dalam sastera Bali.

Baginda Siddhartha Gautama menganggap perbuatan amalan melampau serta menyeksa diri sebagai tak ada manfaat pun atau tak perlu bagi mencapai pencerahan. Baginda cuma mencadangkan orang ramai memilih jalan tengah antara hiburan lokamaya melampau dengan dengan seksaan diri melampau. Sebenarnya aku bersetuju dengan baginda Siddhartha Gautama yang dicerahi tetapi aku tak pula berpandangan seperti orang lain yang setengahnya itu sampai mencerca amalan atau kepercayaan orang lain kerana pada pandangan aku perkara sebegitu cuma dilakukan oleh orang-orang yang tidak tahu erti kesabaran atau kebijaksanaan.

Dewadatta yang merupakan sepupu kepada Siddhartha Gautama menyebabkan Sanghom Buddha terpecah dengan menyuruh amalan melampau dijalankan oleh penganut ajaran Buddha. Penganut Jinagama yang mengikuti baginda Mahawira pula masih meneruskan amalan puasa dan juga amalan-amalan lain menurut guru-guru Jina lain. 

Buah pikiran Sramana mengenai melilau berkeliaran ini mula berubah dalam ajaran Buddha yang awal. Pada awal ajaran Buddha, para bhikkhu atau ajar-ajar yogi semua bertapa semadi dalam hutan-hutan. Dalam bahasa kami di Siam, mereka ini digelar sebagai Chao Phanawa. Samaya seterusnya, bhikkhu Buddha mula tinggal di biara atau wiharam. Pada mulanya, dalam musim hujan sahaja para ajar-ajar Buddha berdiam dalam biara dan kemudian keluar mengembara semula. Tetapi kini mereka bertempat tinggal terus dalam biara. Kini di Siam masih wujud lagi ajar-ajar yang bertapa dalam hutan dan tidak berdiam langsung dalam biara. Di tempat lain aku kurang pasti. Aku pun biasa dengan tradisi ajar-ajar dalam hutan ini tetapi bila masuk ke masyarakat ramai aku terpaksa melaraskan diri supaya tidak menakutkan orang lain.

Dalam Jinagama samaya pertengahan pun, tradisi mengembara melewar sudah hilang tetapi pada abad ke-19 M dihidupkan semula amalan ini. Keadaan ini pun berlaku dalam Dharma Buddha. Yang lain yang aku tahu, tradisi Hindu Saiwa pun ada juga pertapa yogi. 

Sabtu, 8 Jun 2013

Falsafah Sramana


Falsafah Hindu merupakan pertemuan antara tradisi-tradisi persendirian Sramana, tradisi Bakti dengan pemujaan semah kepada dewata dan upacara weda dalam pengorbanan. Semua ini wujud secara selari dan saling mempengaruhi sesama sendiri.

Kaum Sramana berpegang dengan pandangan bahawa sengsara itu penderitaan penuh atau duka. Mereka mengamalkan ahimsa dan juga amalan-amalan yang ketat. Mereka percaya karma dan moksa serta melihat jelmaan semula jiwa itu dalam tubuh sebagai sesuatu yang menakutkan. Kaum Brahmana yang berpegang dengan weda pula berpegang dengan keutuhan upacara dan juga pengorbanan yang dijalankan kumpulan pedanda yang terpilih dan boleh meningkatkan lagi taraf kehidupan mereka melalui perbuatan yang menyenangkan dewata tertentu. 

Cara pikiran kaum Sramana memandang kehidupan mengemis dan meninggalkan loka yang dipandang sebagai penuh penderitaan dan mencapai kebebasan memerlukan mereka meninggalkan segala kehendak dan masuk ke dalam kehidupan merenung. Keadaan ini pada satu tahap berlawanan dengan cara pikiran kaum Brahmana, mereka percaya kehidupan ini bertahap-tahap dan dijelmakan menerusi upacara. Kepercayaan weda tradisional ini berpegang bahawa manusia itu dilahirkan dengan kewajiban mempelajari weda-weda, mencetuskan dan memelihara turunan laki-laki bagi mewarisi keluaraga dan juga menjalankan pengorbanan. Hanya dalam kehidupan terkemudiannya sahaja, Brahmana itu akan bertapa semadi merenung rahasia kehidupan. Cara pikiran menumpukan sepenuh kehidupan dalam bentuk mengemis itu nampak seperti memecahkan semua proses kehidupan bermasyarakat kaum penganut ajaran weda dan menjadikan seseorang itu tidak bertanggungjawab. Disebabkan Sramana sekelian menolak weda, maka kelompok pengamal ajaran weda mengecap falsafah Sramana sebagai Darsana Nastika.   

Kepercayaan dan Konsep Falsafah Sramana Umum
  • Menolak Sang Hiyang Tunggal Maha Pencipta
  • Menolah weda-weda sebagai sastera wangsitan
  • Mengakui Karma dan Jelma, Sengsara dan Punarjelma
  • Mengakui pencapaian Moksa itu menerusi Ahimsa, meninggalkan keterikatan dan amalan melampau
  • Menafikan keperluan pengorbanan dan juga upacara penyucian
  • Menolak warna jatiniyam
Akhirnya juga, falsafah Sramana dengan konsep ahimsa, karma, punarjelma, meninggalkan keterikatan, kesengsaraan dan moksa itu diterima juga dan digabungkan dalam kepercayaan dan amalan para Brahmana. Contohnya tiada lagi pengorbanan mergasatwa seperti kuda dan sebagainya.

Menurut Gavin Flood, konsep seperti karma dan punarjelma itu memasuki pemikiran Brahmana arus perdana menerusi tradisi Sramana dan tradisi meninggalkan keterikatan loka. D. R. Bhandarkar menyebut bahawa ahimsa dharma dari buah pikiran kaum Sramana mula memberi kesan kepada penganut ajaran Brahmana dan juga menyerap masuk ke dalam amalan dan juga pustaka dharma sastram kaum Brahmana.

Pandangan Sramana dalam Ajaran Buddha

Swasti Srih!


Yang ini jadual mengenai pandangan enam Sramana tentang karma atau kejadian berkaitan dengan nasib dalam Pustaka Bali berdasarkan kepada Sramanaphala Sutram....

Pandangan Enam Sramana dalam Pustaka Bali
(berdasarkan kepada Srāmaññaphala Sutra)
Soalan: "Mungkinkah untuk menunjukkan buah dari kehidupan renungan itu, kenampakan di sini dan
sekarang???"
samaṇa pandangan (dresi)
Pūraṇa
Kassapa
Tiada Aryadharma: menafikan sebarang pahala atau seksaan
untuk kedua-dua tindakan baik atau buruk.
.
Makkhali
Gosāla
Tidak Terlepas Takdir: kita ini tak berkuasa;
sengsara itu memang sudah ditentukan.
Ajita
Kesakambalī
Kebendaan:
dengan kematian, segalanya pun musnah.
Pakudha
Kaccāyana
Keabadian: Mata benda, suka, sakit dan
jiwa itu abadi serta tak bersemuka.
Nigaṇṭha
Nātaputta
Kawalan: kukuhkanlah dirimu dengan menyucikannya
melalui mengelak dosa semua sedikit demi sedikit.
Sañjaya
Belaṭṭhaputta
Tak Ketahuan: "Aku tak pikir begitu. Aku tak pikir
dengan cara itu atau sebaliknya. Aku tak pikir bukan atau bukan-bukan."
Notes: 1. DN 2 (Thanissaro, 1997; Walshe, 1995, ms. 91-109).
2. DN-a (Ñāṇamoli & Bodhi, 1995, ms. 1258-59, n. 585).

Pergerakan Sramana


Hanya ada dua rujukan sahaja bagi kata Sramana ini dalam sastera weda. Satunya dalam Brighadaranyaka Upanishad iaitu ia dicatatkan selepas sabdawali tapasa yang membayangkan bahawa seorang Sramana itu seperti juga kelompok tapasa digolongkan dalam kelompok besar kaum pengemis. Sebenarnya, menolak keduniaan bukanlah sesuatu yang asing dalam kebudayaan pengamal ajaran weda kerana ada kaum Munni dan juga Yati dalam kalangan pengamal ajaran weda.

Selalunya, mereka yang menolak keduniaan ini akan bertapa semadi merenung kematian, hubungan antara kematian dan jelmaan yang disyaratkan dengan keterikatan terhadap hawa nafsu. Latarbelakang ini semua ada disebut untuk pertama kalinya dalam sastera weda seperti upanishad-upanishad. Selepas melalui samaya kepercayaan kepada Sang Hiyang Tertinggi dan juga penembusan Sang Hiyang dalam segala mata benda, pemerupaan weda-weda masuklah pula ke samaya bahawa jagat raya ini pada hakikatnya Satu jua dengan Sang Hiyang Widhi Wasa yang diterangkan menerusi upanishad segala. Dalam samaya upanishad inilah teori-teori yang dijelaskan menerusi buah pikiran kaum Sramana itu bertautan dengan buah pikiran kaum Brahmana.

Menurut Ananda Guruge yang merupakan seorang pemimpin kaum Buddha terkenal, pergerakan Sramana ini memberi kesan kepada pendidikan kewedaan melalui upanishad. Dengan segala mak nenek debatnya dan perbincangan mula muncul jika dibandingkan dengan sebelumnya orang cuma membaca mantra weda berulang-ulang seperti burung kakak tua tak ketahuan erti suruhan-Nya. 

Banyak upanishad mengumpulkan kedudukan-kedudukan yang gaya debatnya itu mengajukan persoalan kepada orang lain sehingga dia tidak mampu menjawabnya lagi. Hujah-hujah dalam upanishad tak melibatkan pencarian yang berkaitan dengan pertentangan logik dalam ajaran-ajaran yang bertentangan. Sifat kepelbagaian dalam upanishad ini menunjukkan peredaman unsur kemasyarakatan dan juga unsur falsafah yang menunjukkan perkembangan ajaran-ajaran baru yang tercetus dari sumber-sumber bukan Brahmana. Sementara ajaran mengenai Brahman dan Atman boleh dikesan datang dari weda-weda dan brahmana-brahmana, namun ajaran mengenai punarjelma, karma dan juga moksa tak menurut pula keselarasan dari tradisi weda kerana kesemua perkara ini merupakan asas kepada agama-agama Sarmana. 

Setengah pergerakan Sramana yang diketahui wujud di benua Hindu purwa, sejak sebelum abad ke-6 SM lagi mempengaruhi kedua-dua tradisi Astika dan Nastika dalam falsafah darsana Hindu. Baginda Phra Buddha Chao meninggalkan istana keluarganya serta mengamalkan kelampauan amalan sebagai seorang Sarmana. Sutra Brahmajalam juga menyebut bahawa baginda Phra Buddha Chao pun tak bersetuju dengan ramai orang Sarmana. 

Setengah sarjana berpendapat bahawa Sarmana dari tradisi Jinagama banyak sekali tersebar di lembangan Indus dengan sarira yang ditemui di ketamadunan lembangan Indus banyak memaparkan kebudayaan tradisi Jina seperti rupa tokoh lelaki bertelanjang dikenali sebagai Jaina Kayotsargah, berhala dalam kedudukan Padmasana dan rupa-rupa kepala ular di samping lambang lembu Wersahabadewa. Sarjana lain-lain pula berpendapat bahawa kebudayaan Sarmana ini muncul dan berkembang di sekitar Sungai Gangga, berbanding dengan lembangan Indus. Tambahan lagi, setengah sarjana pula berpendapat bahawa kaum Sarmana ini muncul dalam teks agama Brahmana sebagai salah satu susuhunan keagamaan yang tercetus di luar tradisi weda, disebut sebagai Astika.

Tradisi Sarmana yang dianggap tertua sekali adalah tradisi Jinagama, yang muncul sebelum ajaran Buddha muncul (Bhaskara, 1972). Dicadangkan juga bahawa sudah ada sejak sebelum kemunculan kebudayaan Brahmana tersusun. Dari pacakan prasasti, ditemui bahawa kaum Brahmana dan juga kaum Sarmana Buddha menerima kehormatan yang serupa dan setara.   

Walaupun tradisi Sramana ini dikaitkan dengan kerohanian, setengah tradisi Sarmana lain pula lebih cenderung ke arah kebendaan dan mereka mengajarkan mengenai kewujudan lokamaya dan menjatuhkan serta mencerca kelompok Brahmana ortodoks dengan melampaunya. Tradisi Sarmana ini mempunyai banyak jenis kepercayaan seperti yang dipunyai kaum Carwaka yang pada penghujung pandangan kehidupan hidup secara bermewah-mewah, sehingga kepada kepercayaan kaum Jina, yang mengembangkan teori kekangan diri melampau. Setengah kaum Sarmana dengan terbukanya mencerca tradisi pengorbanan kaum Brahmana dan mengutuk konsep karma dengan dakwaan bahawa ia cuma satu bohongan...  
"Jangan engkau percayainya, bahawasanya bila engkau mati, maka engkau mati. Semua kata-kata tentang karman itu bohong belaka. Satu dari kaum Carwaka berkata, 'Kalau seorang itu pergi ke utara Sungai Gangga lalu membunuh, menyeksa, mencuri, menjarah dan membakar bangunan, maka dia tak berbuat karma buruk pun. Jika seorang lelaki itu pergi ke selatan Sungai Gangga, memberi dana kebajikan membantu yang lemah menyembuhkan yang sakit, tidak dia perbuat karma baik pun. Kamu itu hidup sebagai gabungan empat unsur, tapi apabila engkau mati maka segalanya pun berakhir. Makanya, pinjamlah wang dan hidup sukalah. Kerana bila engkau mati, karma tak pernah menghantui kau pun!"
Lokayata Carwaka menekankan pemahaman semulajadi yang murni, mendakwa bahawa loka ini hanya mengandungi unsur-unsur yang berlegar-legar. Pertelingkahan lain boleh juga ditemui dalam karya Dharmakirti yang merupakan ahli logik Buddha abad ke-7 M dari Nalanda Mahawidyalayam.

Wedapramanyam kasyacit karterwadah. Snane dharmeccha jatiwadawalepah. Santaparambhah papahanaya ceti. Dhuwastaprajnanam pancalirigani jadye.

Kekuasaan weda tak tersanggah; kepercayaan kepada pencipta loka; usaha menyucikan menerusi mandi merendam diri dalam air; pembahagian jati yang angkuh; amalan menyeksa diri bagi menyucikan dosa. Ini lima perkara merupakan tanda orang tak berakal lagi mangkuk ayun. 

Erm, aku agak tersinggung dengan kenyataan Dharmakirtti ini kerana aku percaya kepada Sang Pencipta, mengamalkan juga penyucian merendam mandi dalam air dan percaya dengan jatiniyam. Aku cuma tak mengamalkan penyeksaan diri melampau sahaja. Dharmakirti boleh dikatakan sebagai salah seorang daripada kelompok Sarmana juga.    

Dalam tradisi Sramana inilah konsep Karma dan Sengsara menjadi latarbelakang utama dalam perdebatan. Terdapat pendapat menyatakan bahawa perkara ini mungkin diperkenal ke umum oleh kaum Kesatria. Dalam Jinagama, karma ini berdasarkan kepada unsur darsana kebendaan, yang menyatakan bahawa karma itu merupakan buah kepada tindakan seseorang yang dipandang sebagai manik-manik kebendaan yang melekat pada jiwa dan menyebabkan jiwa terhalang daripada sarwa pengetahuan yang semulajadi. Baginda Phra Buddha Chao melihat karma sebagai satu rantaian penyebab yang membawa kepada keterikatan kepada loka benda dan menyebabkan penjelmaan semula. 

Ajiwika dari Makkhali Ghosa merupakan pergerakan ketiga yang berjaya ketika itu. Mereka merupakan kelompok yang percaya bahawa takdir tak boleh diubah lagi dan mengangkat karma menjadi takdir yang tak boleh dilepasi sesiapa pun, kehidupan seseorang itu melalui rantaian akibat dan menjelma sehingga ke penghujungnya nanti. Setengah ahli falsafah ketika itu seperti Pakkudha Kaccayana dan Purana Kachapa menafikan kewujudan karma. Ia dikatakan sebagai ciptaan turunan Sarmana dari kurun ke-5 dan ke-4 SM. Ajaran karma ini menjadi tumpuan utama, yang meletakan akibat yang meluas ke dalaam gaya kehidupan dan pemikiran masyarakat Hindu sampai hari ini. Pendapat aku, karma ini merupakan satu konsep yang digunakan bagi menerangkan mengenai perkara yang terjadi dalam lokamaya. Aku memahami perkara ini menerusi pemahaman seorang Buddha dan Brahmana.

Dalam samaya terekemudian, kelompok penganut Jinagama berhijrah ke Barat dan Selatan India. Mereka membangunkan masyarakat yang makmur di negara Chalukya dan Rastrakuta. Digambara Jina tak boleh mengajar ajaran yang melawan susunan kemsayarakatan disebabkan mengelakkan pemusnahan mereka oleh kelompok masyarakat. Untuk mengikut pustaka-pustaka perundangan Brahmana pun mereka tak boleh kerana hal ini melanggar ajaran agama mereka pula. Maka dalam abad ke-8 M, Jinasena menghasilkan pustaka perundangan Jina dalam rupa purana yang memuji Thirtankara Jina semua serta mengomkarakan bahawasa Warna itu bukan cetusan Brahmana sebaliknya diajarkan oleh Thirtankara Jina pertama daripada semua 24 Thirthankara iaitu Wersabha pada permulaan kalpa kini. Wersabha turut mengajarkan upacara kelahiran, perwiwahan, kematian dan juga mewujudkan kelompok Brahmana dalam Jinagama bagi memberi kehormatan kepada golongan Brahmana yang menganuti Jinagama.    

Tradisi Sramana


Sramana merupakan pergerakan agama Hindu purwa, yang selari dengan agama Weda tetapi bukan sebahagian daripada wangsit Weda. Tradisi ini mencetuskan agama seperti agama Jina, agama Buddha dan Yoga serta banyak membicarakan mengenai konsep seperti sengsara dan moksa. 

Cetusan Kata

Kata Sramana ini merujuk kepada tradisi pertapaan yang meninggalkan keduniaan dari pertengahan abad pertama sebelum masehi. Pengamal tradisi ini merupakan orang perseorangan yang mengamalkan pelbagai amalan secara bebas dan mengalami segala pengalaman rohaniah sendiri. Mereka seringkali bersaingan dengan kelompok pedanda Brahmana, yang kebanyakan masanya menentang kelompok Sramana dengan penekanan mereka terhadap penguasaan sastera weda dan juga upacara.

Kata Sramana ini mungkin berasal dari kata kerja akar srama, yang bererti "menumpukan usaha dan kerjaan atau melaksanakan amalan melampaui batasan". Jadi, Sramana bererti "orang yang berusaha" atau "bekerja" dalam bahasa Sanskerta. Sabdawali ini terpakai kepada sesiapa yang sepenuh hatinya mengamalkan amalan-amalan demi pencerahan dan digunakan juga bagi merujuk kepada sami-sami. Tradisi ini boleh juga diterangkan menerusi kata pariwrajaka yang bererti si melewar berkelana. Sejarah pertapa berkelana di benua Hindu purwa hampir tak dapat dikesan. Sabdawali pariwrajaka ini juga mungkin digunakan bagi merujuk semua pertapa yang berkelana dari benua Hindu.

Jurutatabahasa Sanskerta menggunakan sabdawali "Sramana" dan "Brahmana" bagi menggambarkan pertentangan sengit antara kedua-dua kelompok yang datang dari pelbagai contoh agama. Bahagian daripada tradisi Sramana ini berada di luar dari lipatan agama Hindu disebabkan oleh tidak menggunapakai weda-weda misalnya seperti kaum Jina, kaum Buddha, kaum Ajiwika dan lain-lain kelompok yang keluar dari lipatan ajaran Brahmana. Sebahagian lain daripada tradisi Sramana ada juga diserap ke dalam sastera Hindu dharma contohnya tradisi Sannyasi dan empat tahap jiwittam atau asrama.

Perkataan ini dikesan digunakan awalnya dalam Taittiriya Aranyaka (2-7-1) dengan erti "pengamal amalan melampau". Ulasan ajaran Buddha mengaitkan kata ini dengan samita papam atau meninggalkan dosa seperti ayat dalam Dhammapadam ayat 265 berbunyi, "Samitatta papanam 'samano' pawuccati". Ertinya, "Seseorang yang mengamankan dosa kejahatan itu digelarlah dia Samana". 

Aku tidak pasti sekiranya rencana mengenai ini sudah aku siarkan. Jika sudah diulang tayang aku memohon ampun pula kepada tuan-tuan sekelian kerana merasai jemu, hahaha... Aku cuba mempelbagai siaran masukan supaya rakan-rakan kehinduan mendapat manfaat lebih. Untuk masukan selanjutnya aku cuba juga mengumpulkan bahan-bahan mengenai bahasa Melayu Hindu-Buddha atau bahasa Melayu Purwa. Aku tak pandai bahasa Jawa atau bahasa Bali tetapi aku tahu bahasa Melayu Utara yang dituturkan di kawasan Selatan Thailand dan juga di Burma Bawah menurut langgam Hindu-Buddha tempatan.