Sabtu, 8 Jun 2013

Falsafah Sramana


Falsafah Hindu merupakan pertemuan antara tradisi-tradisi persendirian Sramana, tradisi Bakti dengan pemujaan semah kepada dewata dan upacara weda dalam pengorbanan. Semua ini wujud secara selari dan saling mempengaruhi sesama sendiri.

Kaum Sramana berpegang dengan pandangan bahawa sengsara itu penderitaan penuh atau duka. Mereka mengamalkan ahimsa dan juga amalan-amalan yang ketat. Mereka percaya karma dan moksa serta melihat jelmaan semula jiwa itu dalam tubuh sebagai sesuatu yang menakutkan. Kaum Brahmana yang berpegang dengan weda pula berpegang dengan keutuhan upacara dan juga pengorbanan yang dijalankan kumpulan pedanda yang terpilih dan boleh meningkatkan lagi taraf kehidupan mereka melalui perbuatan yang menyenangkan dewata tertentu. 

Cara pikiran kaum Sramana memandang kehidupan mengemis dan meninggalkan loka yang dipandang sebagai penuh penderitaan dan mencapai kebebasan memerlukan mereka meninggalkan segala kehendak dan masuk ke dalam kehidupan merenung. Keadaan ini pada satu tahap berlawanan dengan cara pikiran kaum Brahmana, mereka percaya kehidupan ini bertahap-tahap dan dijelmakan menerusi upacara. Kepercayaan weda tradisional ini berpegang bahawa manusia itu dilahirkan dengan kewajiban mempelajari weda-weda, mencetuskan dan memelihara turunan laki-laki bagi mewarisi keluaraga dan juga menjalankan pengorbanan. Hanya dalam kehidupan terkemudiannya sahaja, Brahmana itu akan bertapa semadi merenung rahasia kehidupan. Cara pikiran menumpukan sepenuh kehidupan dalam bentuk mengemis itu nampak seperti memecahkan semua proses kehidupan bermasyarakat kaum penganut ajaran weda dan menjadikan seseorang itu tidak bertanggungjawab. Disebabkan Sramana sekelian menolak weda, maka kelompok pengamal ajaran weda mengecap falsafah Sramana sebagai Darsana Nastika.   

Kepercayaan dan Konsep Falsafah Sramana Umum
  • Menolak Sang Hiyang Tunggal Maha Pencipta
  • Menolah weda-weda sebagai sastera wangsitan
  • Mengakui Karma dan Jelma, Sengsara dan Punarjelma
  • Mengakui pencapaian Moksa itu menerusi Ahimsa, meninggalkan keterikatan dan amalan melampau
  • Menafikan keperluan pengorbanan dan juga upacara penyucian
  • Menolak warna jatiniyam
Akhirnya juga, falsafah Sramana dengan konsep ahimsa, karma, punarjelma, meninggalkan keterikatan, kesengsaraan dan moksa itu diterima juga dan digabungkan dalam kepercayaan dan amalan para Brahmana. Contohnya tiada lagi pengorbanan mergasatwa seperti kuda dan sebagainya.

Menurut Gavin Flood, konsep seperti karma dan punarjelma itu memasuki pemikiran Brahmana arus perdana menerusi tradisi Sramana dan tradisi meninggalkan keterikatan loka. D. R. Bhandarkar menyebut bahawa ahimsa dharma dari buah pikiran kaum Sramana mula memberi kesan kepada penganut ajaran Brahmana dan juga menyerap masuk ke dalam amalan dan juga pustaka dharma sastram kaum Brahmana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan