Sabtu, 8 Jun 2013

Dua Jenis Falsafah Sramana


Falsafah Jinagama

Jinagama terbit dari ajaran dan falsafah hidup 24 Thirtankara yang Mahawira itu merupakan Thirtankara terakhir bagi penganut Jinagama. Acarya seperti Umasuwati (Umasuwami), Kundakunda, Haribhadra, Yasowijaya Ganni dan lain-lain turut menyusun semula falsafah Jinagama dalam bentuknya sekarang. Ciri-ciri pembeda bagi falsafah Jinagama ini adalah kepercayaan kepada kewujudan bebas jiwa dan matabenda, kepentingan karma, penafian Sang Hyang Pencetus dan Maha Kuasa, kepercayaan bahawa Jagat Raya ini abadi dan tidak dicipta sesiapa, penekanan kepada ahimsa ketat, penekanan kepada perkaitan dan lapisan-lapisan pelbagai kebenaran, aryadharma dan silsila berdasarkan kepada pembebasan jiwa. Falsafah Jinagama dari Anekantawada dan Siyawada memaparkan kebenaran atau hakikat itu dilihat dengan sudut pandangan pelbagai, dan tak ada suatu pun sudut pandangan itu benar mutlak. Epistemologi begini merupakan sumbangan terbesar tradisi Sramana dalam falsafah Hindu purwa, utamanya dalam lapangan skeptisme dan perkaitan.

Falsafah Buddha

Falsafah Buddha ini meluas bukan semestinya di bumi Hindu sahaja tapi di bumi China, Jepun, Korea dan lain-lain tempat seperti Asia Tengah. Falsafah ini tercetus daripada ajaran baginda putera Siddhartha Gautama (480-400 SM) yang merupakan anakanda kepada kesatria puak Sakya. Kemudian baginda dipanggil sebagai Buddha kerana baginda menerima Pencerahan. Pencerahan di Eropah itu lambatlah daripada Pencerahan yang diterima Sang Buddha di benua Hindu purwa. Baginda Buddha menemui Jalan Tengah yang menolak amalan-amalan melampau dalam agama kaum Sramana. Falsafah Buddha banyak bercakap tentang asal kebergantungan dan sunyata.

Pengaruh pada Brahmana

Sramana turut mencetuskan beberapa unsur yang kemudiannya diterimapakai oleh agama-agama Hindu lain. Konsep punarjelma, konsep sengsara, konsep moksa dan yoga memang berasal dari tradisi Sramana. Tata Jiwittam Asrama merupakan satu cubaan untuk menginstitusikan buah pikiran Sramana dalam susunan kemasyarakatan Brahmana. Pergerakan kaum Sramana ini mempengaruhi sastera Aranyaka dan Upanishad dalam tradisi kaum Brahmana. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan