Sabtu, 8 Jun 2013

Sramana dalam Jinagama


Para Biarawan Jinagama biasanya dipanggil juga sebagai Sramana, manakala pengamal umum dipanggil sebagai Srawaka. Agama bagi kaum biarawan dipanggil sebagai Sramana Dharma. Agama-agama berkuatkuasa dipanggil sebagai Acaranga Sutram dan sastera terkemudiannya ada merujuk kepada Sramana. Satu ayat ada memberi paribahasa kepada Sramana yang baik...

"Tanpa menghiraukan segala bencana kesusahan, dia itu hidup bersama biarawan yang cerdik, tak pernah peduli dengan kesakitan mahupun kesenangan, tidak mencederakan barang yang bergerak mahupun yang kaku, tidak membunuh, menanggung semua; makanya ini semua gambaran kepada muniwara agung, resi mulia, sramana yang terbaik!"

Bab berkenaan dengan membebaskan diri daripada loka itu mengandungi sumpah Sramana tidak memiliki barangan lokamaya atau dipunyai sesiapa pun:

"Aku akan menjadi Sramana yang tiada berumah, tiada berharta, tiada anak, tiada lembu sapi, yang memakan dari pemberian dana yang lain; Aku tidak akan melakukan tindakan berdosa; Tuanku, aku tinggalkan dari menerima sebarang benda yang tak diberikan kepada aku. Bersumpah sebegini rupa, maka pengemis tak patutlah masuk ke kampung-kampung mahu pun pekan-pekan bebas, mengambil barangan, atau memujuk yang lain untuk mengambil barangan atau membenarkan yang lain mengambil barangan yang tidak diberikan kepada mereka!

Acaranga Sutram memberi tiga nama merujuk kepada Mahawira, iaitu Thirtankara ke-24 mereka. Salah satunya itu adalah Sramana...

"Tapaswi mulia Mahawira dari gotra Kasyapa. Tiga namanya dirakamkan dalam catitan tradisi. Oleh orang tuanya itu dipanggil Wardhamana kerana baginda itu tiada cinta mau pun benci. Dipanggil Sramana kerana menanggung ketakutan dan marabahaya yang dahsyat serta penderitaan loka ini; Nama Mahawira baginya pula dikarunia kepadanya oleh para dewata".

Dalam Sutra Kertanga pula dijelaskan bahawa Sramana ini adalah yogi pertapa yang mengambil sumpah Mahawratam terdiri daripada lima perkara... 

"Dia itu Sramana atas sebab dia tak pernah tertahan disebabkan halangan, bebas dari kehendak, tidak peduli dengan harta benda, tak membunuh, tak menipu, tak berhubungan jenis; bebas dari murka, bebas dari kebongkakan, bebas ketamakan, bebas cinta, bebas benci: maka dilepaskan segala nafsu keinginan yang menjatuhkan seseorang dalam papa dosa misalnya membunuh jiwa lain. Maka dia itu Sramana, yang menakluki derianya, layak bagi tujuan kerjanya dan meninggalkan tubuhnya".

Dalam perbincangan dengan guru-guru widharma lain, putera Ardraka yang menjadi anak siksya Mahawira memberitahu Makkhali Gosala tentang ciri-ciri seorang Sramana:

"Dia yang mengajarkan mahawratam bagi pertapa yogi dan lima wiralawratam dengan tiga daripadanya itu untuk srawaka, lima Asrawa dan pemberhentian Asrawa, dan kawalan, yang mengelakkan karman dalam kehidupan penuh karunia Sramana semua, dia itulah ku panggil sebagai Sramana".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan