Ramai orang kalau pikir mengenai Hindu purwa, mereka akan sebutkan bahawa perkara yang terdapat dalam cetera lisan orang-orang tua di kampung itu sebagai satu dongengan tiada masuk dek akal. Sebenarnya benda-benda itu ada berlaku di samaya purwa. Dunia ini sudah global sejak sebelum wujudnya internet lagi. Hari ini dunia menjadi global disebabkan internet, dahulu pun manusia sudah mengembara ke serata pelosok dunia dengan pelbagai bentuk wahana mahupun dengan berjalan kaki sahaja. Mengenai Sramana ini, ada rujukannya dalam kesusasteraan orang Barat samaya purwa tetapi mungkin dengan ejaan yang sedikit salah. Dalam masukan rencana aku ini, aku akan mengejanya secara betul sahaja....
Nikolaus dari Damaskus (10 M)
Nikolaus dari Damaskus di Syria menulis catitan semasa rajaduta dihantar oleh seorang raja Hindu bernama Pandion (Pandiyan?) atau menurut yang lain, raja Porus kepada maharaja Augustus sekitar abad ke-13 M. Ditemuinya rajaduta itu di Antiokia. Rajaduta itu membawa aksara sasana (surat hubungan diraja) dalam bahasa Yunani dan salah seorang yang ikut rombongan rajaduta dikenali sebagai Sarmano (Sramana) yang membakar dirinya hidup-hidup di Athena bagi memberi gambaran mengenai kepercayaan agamanya. Kejadian tersebut menyebabkan gempar seluruh tanah Yunani dan disebut juga sejarawan Yunani seperti Strabo dan Dio Cassius. Semadi diperbuat untuk Sarmano tersebut dan masih kelihatan pada samaya Plutarch. Di semadi itu tertulis dalam bahasa Yunani, "Zarmanochegas indos apo bargoses" bererti "Tuan Sramana dari Barygaza di tanah Hindu". Barygaza merujuk kepada suatu kota di negara Gujerat di India kini.
Clementus dari Aleksandria (150-211)
Ada juga tokoh ini menyebut mengenai Sramana, dalam konteks Baktria dan juga Hindu....
"Makanya falsafah, yang tertinggi kegunaanya, berkembang di samaya purwa dalam kalangan orang-orang asing tak bertamadun, memberi sedikit gambaran mengenai suku bangsa dunia. Selepas itu ia datang ke Yunani. Yang awalnya dalam kedudukan dari nabi-nabi orang Mesir, dari kaum Kaldan (ahli nujum) bangsa Suryani, dan dari kaum Drawid dalam kalangan orang Gaul, serta kaum Sramana dari Baktria; Ahli falsafah orang Celt; dan kaum Magi tanah Parsi, yang memberitahukan mengenai kelahiran Penyelamat, dan seterusnya sampai ke tanah Judea dipandu bintang. Ahli falsafah Hindu yang telanjang pun ramai juga, dan lain-lain ahli falsafah orang tidak bertamadun lain. Dan dalam kalangan orang Hindu itu, ada pula kau Saranai dan Brahmanai".
Yang dimaksudkan oleh Clementus dari Aleksandria mengenai Baktria itu sebenarnya merujuk kepada orang Yunani Timur di Asia Tengah. Kebanyakan mereka itu beragama Hindu-Buddha berbeda pula dengan orang Yunani Barat yang beragama Kristian. Dalam ayat Stromata disebut:
"Selepas beberapa samaya berlalu, manusia memuja rupa-rupa bentuk manusia, amalan ini diperkenal oleh Artaxerxes anakanda Darius dan bapa kepada Ochus yang mula-mula sekali membangunkan rupa Afrodit Anaitis di Babilon dan Susa; dan Ektabana yang menjadi contoh ikutan pula kepada orang Parsi; orang Baktria; orang Damaskus dan orang di Sardis".
Orang tak bertamadun bagi orang Kristian itu merujuk kepada orang-orang timur yang tidak menganut agama mereka atau menurut kebudayaan Romawi-Yunani.
Poriphirus (233-305)
Beliau menggambarkan panjang lebar mengenai tabiat kaum Sramana yang dipanggilnya sebagai Samanea dalam bukunya, "Mengenai Mengelakkan Makanan dari Binatang" bahagian ke-4. Katanya dalam maklumat yang diperolehi dari "Bardesanes orang Babilon yang hidup pada samaya nenek moyangnya, dan biasa dengan orang-orang Hindu itu, bersama dengan Damadamis, dihantar kepada Kaisar".
"Dek kerana tanah Hindu itu terbahagi ke banyak bahagian, ada satu puak dalam kalangan mereka yang bijaksana, yang dipanggil oleh orang Yunani sebagai ahli falsafah bogel kerana tak berbaju dan tak memakai seluar. Daripada mereka itu terbahagi dua aliran pula. Satunya kaum Brahmana dan satu lagi kaum Sramana. Bangsa Brahmana itu, menerima kebijaksanaan dewata itu menerusi turunan, sama juga keadaannya dengan kepedandaan. Namun, Sramana itu dipilih dan mereka itu orang-orang yang ingin mempunyai pengetahuan alam ghaib
Brahmana semua itu berasal dari satu bangsa dan turunan; kerana mereka itu datang dari satu bapa satu ibu. Namun Sramana bukan dari turunan satu keluarga, tetapi terkumpul dalamnya itu semua bangsa Hindu..."
Mengenai masuknya orang itu ke dalam susunan Sramana:
"Kaum Sramana itu sebagai disebutkan, adalah yang dipilih. Barangsiapa yang ingin masuk ke dalam kaum ini, pergilah dia ke adhipatti kota; meninggalkan pekan atau kampung tempat tinggalnya bersama dengan segala kemewahan dan segala harta kepunyaannya. Lalu ditinggalkan segala yang tidak penting dari badannya dipotong habis yang tak perlu, menerima pakaian pengemis, lalu pergi kepada kaum Sramana tidak pulang-pulang lagi kepada anak bini jika mereka berkeluarga, tidak lagi dipedulikannya mereka, tidak lagi dianggap mereka itu mempunyai perkaitan. Bagi anak-anak seorang Sramana itu, maka adhipatti akan memberi bantuan yang perlu kepada mereka, serta bagi bini si Sramana itu dibantulah dia oleh sanak saudaranya. Begitulah hidup seorang Sramana. Mereka tinggal di luar kota, menghabiskan masa berbual mengenai perkara ghaib. Mereka mempunyai gubuk-gubuk dan juga kuil, dibina sang adhipatti".
Berkenaan hidup dan kematian kaum Sramana:
"Mereka juga dikebumikan apabila mati, kerana mereka itu tak berkehendak menahan seluruh masa dalam kehidupan yang kini, bersewah kepada alam semulajadi, dana oleh itu mereka menyegerakan kebebasan jiwa mereka dari tubuh (yang dengannya itu dihubungkan mereka dengan lokamaya). Selalunya juga, mereka dilihat berkeadaan baik, tak pernah ditindas, tak pernah kecewa disebabkan oleh dosa, lalu mereka pun meninggalkan kehidupan".

Tiada ulasan:
Catat Ulasan