Hari wulan purnama suci dalam wulan Waikasi, bawah bintang Wisākam merupakan Waikāsi Purnima atau disebut sebagai Waisāki Paurnima. Cahaya wulan Waikasi membanjiri loka dengan sinaran cemerlang menyoroti langit luas tak terkira. Di langit kita yang tropika ini, wulan, perlahan-lahan dan senyap-senyap berjalan di malam harinya dengan sinaran peraknya itu. Awan cerah nampaknya memberi tabik kepada sang wulan tatkala ia bergerak perlahan-lahan. Ini adalah keindahan alam semulajadi yang terjelma sendirinya dengan keagungan yang bersangatan.
Cahaya suci yang lembut dan rahasia ini, datang menyapa lembut tetapi mendalaam memberi peringatan kepada penganut agama Hindu dan penganut ajaran Buddha bahawa ia hari yang suci. Diketahui ramailah bahawa wulan Wisakam itu dianggap sebagai bintang jelmaan Sang Skandha Murugan, digelar baginda Wisakan. Tompokan bintang Wisaka ini merupakan gabungan tiga bintang yang sinarannya cemerlang di langit dan bentuknya di langit menyerupai torana atau pintu masuk. Ia merupakan tompokan bintang bentuk ke-14 dalam wulan Waikasi tatkala matahari berada dalam garis masuk ke musim bunga, yang hari nya nanti panas sepanjang bulan.
Waikasi Wisakam ini penting bagi penganut agama Saiwa, Waisnawa dan Buddha. Kelompok Saiwa, pada hari ini memandangnya sebagai hari turunnya baginda Skandha Muruga; kelompok Waisnawa pula memandangnya sebagai hari Jayanti Periya Alwar dan penganut ajaran Buddha memandangnya sebagai hari keajaiban Buddha Jayanti, Pencerahan dan Maha Semadhi baginda Buddha.
Sang Skandha Muruga, Guru bagi Jagat Guru
Calon yang menduduki peperiksaan dengan sebaiknya akan dikarunia kurniaan menjadi pelajar cemerlang. Ia merupakan ganjaran bagi persembahan akademik dan pengetahuan yang dicarinya. Dalam keadaan ini, bolehkah kita berteriak bahawa Sang Skandha Muruga itu, lebih cemerlang daripada Ayahanda?
Betara Siwa seringkali digelarkan Jagat Guru dalam rupa Daksinamurti atau Dewata mengadap Selatan sebagai tersebut dalam tradisi Wedika. Tiada siapa mampu menafikan hakikat Betara Siwa itu tinggi melampaui segala Guru. Namun, Sang Skandha Muruga anakanda baginda yang bermuka enam itu juga dikenali sebagai Swaminatha Swami atau Guru bagi Jagat Guru, Betara Siwa.
Cetera menyebut bahawa disebabkan terkena sumpahan, Betara Siwa terlupa akan pengetahuan Suara Azali Tertinggi iaitu "Om". Baginda meminta anakanda, Sang Skandha Muruga mengajar baginda rahasia Om itu. Anakanda segera meminta ayahanda supaya menerima baginda menjadi Guru baginda. Betara Siwa pun menerimnya. Baginda meletakkan Sang Skandha di ribaan baginda, dan suka hatinya mendengar kebijaksanaan ajaran Om di telinga baginda. Kejadian ini berlaku di Swami Malai atau Gunung Swami. Di situ ada sebuah pura ditujukan buat Sang Skandha Muruga di Kumbakonam.
Disebabkan ini, Sang Skandha dikenali sebagai Jnana Pendita atau Pendita yang Arif. Baginda juga dikatakan mengajari bahasa Tamil kepada Maharesi Agastiya dan mewangsitkan Maharesi Aruna Giri Natha bagi mengarang kekawin Thiruppugazh.
Kata-kata gita bakti itu berjudul Mathawan Muruga. Dikarang oleh Dr. Lalgudi G. Jayaraman dan dinyanyikan oleh Dr. M. L. Waçanthakumari.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan