Loka Sangkom (dunia Sangha) di Thailand mengandungi kira-kira 200,000 bhikkhu dan 85,000 nera dalam kebanyakan masa setahun. Bilangan ini akan bertambah terutamanya semasa hari-hari agama ke 300,000 bhikkhu dengan 100,000 nera.
Budak kecil boleh menjadi nera tak mengira umurnya, tetapi lelaki tak boleh menjadi bhikkhu sampailah usianya mencapai 20 tahun. Dia boleh memilih menjadi bhikkhu selama mana pun dia mahu, walaupun cuma sehari. Tiga bulan merupakan tempoh biasa, walaupun setengahnya memilih terus menjadi bhikkhu sampai seluruh hidupnya.
Ada kira-kira 29,000 biara di Thailand dan rutin harian bhikkhu dalam kebanyakan mereka sebenarnya banyak nak sama sahaja.
4.00 a.m Para bhikkhu akan bangun dan bertapa selama sejam, diikuti sejam pula bacaan katha.
6.00 a.m Bhikkhu berjalan tak pakai kasut sekitar perumahan sementara upasaka membuat pahala dengan memberi semahan makanan kepada mereka.
8.00 a.m Kembali ke biara, bhikkhu akan duduk bersama menyerok, kemudian nanti akan membaca bacaan semoga loka aman sahaja.
Sebelum 12.00 p.m Setengah bhikkhu nanti makan makanan ringan sikit. Ini sahajalah makanan pepejal yang dibenarkan makan sampai terbit matahari ke hari berikutnya.
13.00 p.m Kelas kelas pengajaran Dharma bermula. Setengah bhikkhu mungkin akan ke sekolah di luar biara.
18.00 p.m Tapa dan puja selama dua jam bermula.
20.00 Selesai sahaja bhikkhu bersurai buat kerja rumah.
Di samping semua tugasan ini, semua bhikkhu diberi peranan khusus buat menjaga dan menggerakkan bahagian-bahagian dalam kawasan biara.
Selepas menjadi bhikkhu beberapa tahun dan menunjukkan dedikasi bersangatan terhadap kerja sosial dan pengajian kerohanian dan kejiwaan, bhikkhu bolehlah dinaikkan secara berkala sampai dia mencapai Majlis Sangha Tertinggi, iaitu badan pentadbiran yang dipantau oleh Bapa Tertinggi Biara.
Semua bhikkhu kena mengikut 227 Pratimoksha. Kebanyakannya berkaitan dengan hubungan bhikkhu dengan rakan-rakan biara yang berlainan jantina. Apabila bhikkhu ditahbiskan, dia dikatakan sudah menjelma semula ke kehidupan baru dan kehidupan lamanya itu sudah tidak dikira lagi walaupun sebenarnya dia sudah kahwin.
Wanita sama sekali dilarang menyentuh bhikkhu dan tak patut duduk berseorangan bersama dengan seorang bhikkhu dalam satu bilik. Jika seorang wanita itu ingin menyemahkan bahan kepada bhikkhu, mestilah dia gunakan bahan ketiga sebagai pelapik contohnya gunakan sehelai kain.
Dalam kebanyakan masa, bhikkhu pun ada membawa sehelai kain bagi tujuan itu. Bhikkhu akan menghampar kain atas tanah atau atas meja, dan memegang hujungnya. Wanita akan menyemahkan bahan atas kain dan bhikku menariknya. Bhikkhu Siam boleh dilihat memakai berjenis-jenis warna kain, dari kuning gelap sampai ke warna kuning yang biasa dilihat. Tak ada peraturan bagi warna kain, tetapi warna gelap biasanya mewakili aliran Dharmayutha dan Thu-Dong atau bhikkhu ajar-ajar hutan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan