Svasti Srih!
Arya Muṇi merupakan sabdavali yang dikaitkan dengan baginda Buddha Gautama untuk maklumbalas baginda kepada beberapa persoalan mengenai hakikat. Dalam situasi yang sama, baginda selalu memberi maklumbalas kepada penerangan-penerangan berdasarkan antinomi (melawan hukum) berkaitan hakikat dengan menyatakan bahawa kedua-dua pilihan antitetikal dipersembah kepada beliau itu sebenarnya tak sesuai.
Perkara ini tidaklah menunjukkan kepada kebencian kepada sebab-musabab atau memandang rendah kepada dreśti (falsafah) di pihak baginda Buddha. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa baginda Buddha memandang segala persoalan ini sebagai tak membawa kepada pengetahuan yang benar.
Terbitan kebergantungan atau Pratītyasamutpāda merupakan salah satu daripada sumbangan baginda Buddha terhadap bidang dreśti dan baginda menyediakan rangka kerja pula bagi penelitian hakikat yang tidak berdasarkan kepada tanggapan-tanggapan metafizik (ghaib) berkenaan kewujudan atau ketidakwujudan, tetapi berkenaan dengan tindakan akal secara terus atau perjalanan akal dalam mendapatkan pengetahuan dan pemahaman menerusi pemikiran, pengalaman hidup, dan deria-deria seperti yang terpapar kepada akal.
Keadaan ini selanjutnya memberi samacara dan dokongan pula kepada pendekatan baginda Buddha kepada pembebasan menerusi latihan susila dan latihan tapa yang kini kau duk sebutnya sebagai, Ashtanga Arya Marga, Jalan Mulia Lapan Lapis.
Kata-kata baginda Buddha yang aku terlupa dari mana aku dengarnya berkenaan dengan diam diri itu ada menyebutkan....
Kau diamkanlah yang pemarah itu dengan cinta. Diamkan yang berperangai tak semenggah itu dengan kebaikan. Diamkan yang terseksa itu dengan kemurahan hati. Diamkan yang berbohong itu dengan kebenaran.
Sadhu... Sadhu... Sadhu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan