Aliran ini dianggap sebagai aliran tantra yang terkenal bagi pengikut Betara Siwa. Ia mempunyai upacara yang diterima ramai, pandangan jagatnya serta kelompok-kelompok amalan tantri bagi pengikut Saiwa. Falsafahnya itu berbentuk duaan, dan matlamat bagi setiap pengikut Saiwa aliran ini adalah mencapai tahap kerohanian seperti Betara Siwa menerusi karunia-Nya.
Tradisi ini pernah diamalkan di serata India suatu ketika dahulu. Namun, penaklukan Muslim di Utara India menyebabkan aliran ini kemudian berkembang terkenal di Selatan India. Ia kemudian disenyawakan dengan pergerakan Hindu Tamil Saiwa yang digambarkan menerusi kekawin dari para Nayanar.
Dalam konteks sejarah pula, aliran ini dianggap sebagai tradisi orang Selatan, dan masih hidup sampai kini. Thirumurai dipakai bersama dengan Weda suci, Agama Saiwa dan juga Meykanda atau Siddhanta Sastram dalam aliran ini.
Aliran ini mempunyai ramai pengikut berjuta-juta banyaknya terutamanya di Tamil Nadu, Sri Lanka atau di Bali, Indonesia. Sampai ke hari ini, ribuan pura bergiat dengan lancarnya dengan sebilangan tradisi kebiaraan dan tradisi orang sucinya, bersama dengan pedanda Adisaiwa semua yang merupakan mereka yang berkelayakan dalam pengamalan upacara Saiwa Siddhantin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan