Isnin, 23 Disember 2013

Teka-Teki Nasib: Petunjuk


Petunjuk

Murid: Jadi, adakah maksud tuan itu kita mesti berserah kepada nasib?

Guru: Tentunya tidak. Bahkan, di samping itu juga kau mesti juga menumpukan diri mu untuk kebebasan dalam memilih.

Murid: Bagaimana pula itu, tuan? Aku bingung...

Guru: Seperti sudah ku beritakan kepada engkau. Nasib itu adalah kesan daripada amalan masa lampau engkau dan amalan itu kau perbuat atas pilihan kau sendiri. Menerusi karma kau yang dijalankan di masa lampau, kau membawa kesan ke masa depan. Dengan menggerakkan karma kau berdasarkan pilihan kau itu masa kini, aku mau kau menyapu bersih segala catitan buruk kau yang menyakiti engkau. Atau menambahkan kepada nya jika engkau dapati yang ia menyukakan. Dalam sebarang keadaan pun, sama ada bagi mencari bahagia atau mengurangkan kedukaan, kau mestilah menjalankan kebebasan memilih kau itu di masa yang kini.  

Murid: Tapi menggerakkan kebebasan memilih itu walaupun begitu baik ia diarahkan pun, selalunya gagal jua memberikan kesan yang baik. Apabila nasib memainkan peranannya, ia menghapuskan juga karma kebebasan memilih.

Guru: Kau sekali lagi mengabaikan nirwacana nasib. Nasib bukan benda luaran dan benda baru yang menapak masuk ke dalam lantas membatalkan kebebasan memilih kau. Ia sebenarnya berada di dalam diri engkau sendiri.

Murid: Ia boleh jadi begitu, tapi kewujudannya cum dirasakan apabila ia bertelingkah dengan kebebasan memilih. Bagaimana kita mungkin boleh menyapu catitan lama apabila kita tak tahu atau tidak mempunyai cara bagi mengetahuinya?

Guru: Kecuali beberapa roh yang sangat-sangat maju itu, pastilah masa lampau itu tinggal tak diketahui. Namun, kejahilan kita pun selalunya merupakan satu kebaikan pula bagi kita.

Karena, jika kita tahu segala keputusan yang dikumpulkan oleh karma kita dalam kehidupan kini dan masa lampau, pastilah akan terdapat banyak kejutan yang mungkin menjadikan kita terus putus asa kecewa enggan mengharungi segala dugaan dan menyelesaikan masalah. Dalam hidup ini pun, kelupaan itu pun satu punyam, yang dengan sukacitanya dikaruniai Sang Hiyam Widdhi ke atas kita, maka kita tak terbeban dengan mengingati segala yang terjadi di masa lampau. Begitu juga, cetusan api jiwa dalam diri kita cerah dengan harapan dan menjadikannya mungkin untuk kita menjalankan kebebasan memilih kehendak dengan yakin. Tak bolehlah kita memperkecil kepentingan dua punyam iaitu kelupaan masa lampau dan harapan demi masa depan.  

Murid: Kejahilan kita tentang masa lampau mungkin berguna dalam perkara ia tak mengganggu pengamalan pemilihan kehendak, dan harapan pula boleh menjana pengamalan itu. Semuanya sama, tak boleh dinafikan bahawa takdir itu selalu mempersembah halangan yang bersangatan dalam jalan pengamalan itu.

Guru: Tak begitu tepat juga jika anda katakan bahawa takdir meletakkan halangan dalam jalan kebebasan memilih nasib sendiri. Dalam pada itu juga, dengan nampak melawan usaha kita itu, ia memberitahu kita mengenai tahap kebebasan menentukan nasib sendiri itu penting sekarang ini bagi menuai buahnya di masa depan.

Secara biasanya juga bagi tujuan menyediakan satu kebajikan, kegiatan tertentu itu diperuntukkan; tapi kita tidak tau berapa intensifnya atau berapa ulangan kegiatan itu diperbuat atau ditekankan. Jika kita tak berjaya pada percubaan pertama, kita boleh saja mudah-mudah membuat rumusan logik bahawa kita sudah menentukan nasib kita dengan arah yang berlawanan, bahawa kesan kepada kegiatan lampau itu harus dilupuskan dulu dan usaha masa kini kita mestilah berselari dengan kegiatan lampau. Makanya, halangan yang tampaknya dibuat oleh takdir itu seperti besar yang dengannya kita perlu pula memberi petunjuk bagi kegiatan masa kini kita.

Halangan dilihat hanya selepas kita menjalankan pemilihan ketentuan nasib kita sahaja; bagaimana ia membantu ita dalam kegiatan kita di permulaannya? Ia tak perlu memberi petunjuk pun kepada kita pada permulaan kegiatan. Pada mulanya, jangan obses dengan pikiran bahawa tak ada halangan dalam jalan engkau. Mula dengan harapan tak bersempadan dan dengan tanggapan bahawa tak ada benda pun yang menghalang engkau dalam kebebasan memilih. Kalau kau tak mampu, yakinkan diri kau bahawa ada pengaruh masa lampau yang berlawanan yang dibawa oleh diri engkau menerusi perlaksanaan kebebasan memilih dalam arah yang lain, dan makanya pula, kau kini melaksanakan kebebasan memilih dengan gandaan kesungguhan serta ketekunan bagi mencapai matlamat engkau.

Beritahu diri kau, sebanyak mana yang kelihatan seperti halangan itu sebenarnya buatan engkau sendiri, makanya ia memerlukan saingan dirimu sendiri buat mengatasinya. Jika kau tak berjaya walaupun selepas usaha yang diperbaharui itu, kau sebenarnya tak sepatutnya menjadikannya sebagai satu bahan hukuman buat kau bersedih hati kecewa.

Kerana, takdir itu merupakan makhluk cetusan dari kebebasan memilih yang sepatutnya lebih lemah daripada kebebasan memilih engkau. Kegagalan engkau hanya bererti bahawa kebebasan kau memilih pada masa kini tak cukup bagi melawan kesan bagi perlaksanaan yang lampau. Dalam lain kata, tak ada pun persoalan keterbahagian berkait antara takdir dan kebebasan memilih yang dianggap sebagai faktor berbeda dalam hidup kau itu. 

Keterbahagian terkait itu cuma antara kelampauan tindakan masa lampau engkau dan kelampauan bagi tindakan kini engkau sahaja.

Murid: Kalau begitu pun, kelampauan terkait boleh disedari hanya pada penghujung usaha kita yang kini dalam arah tertentu.

Guru: Keadaan memang begitu dalam kejadian semua perkara yang adresta atau yang ghaib. Contohnya lah, paku yang dihentam dalam tiang kayu. Apabila engkau nampaknya kali pertama, kau sebenarnya nampak, katakanlah, seinci daripada paku itu tembus keluar dari tiang itu. Yang selebihnya lagi masuk ke dalam kayu dan kau tidak nampak kepanjangan sebenar paku yang terpacak dalam tiang tersebut.

Panjang paku itu, makanya adalah yang ghaib atau adresta. Tiang yang kelihatan cantik dicatkan dengan pengilat itu, langsung kau tidak ketahui apakah isi yang terdapat dalam kayunya yang ditembusi oleh paku. Kandungan kayu pun adalah adresta kecuali lah jika kau berusaha mengkajinya. Kini, katakanlah kalau kau hendak mencabut paku keluar, boleh beritahukah berapa banyakkah tarikan yang kau akan lakukan dan berapa banyak tenaga pula diguna pakai semasa hendak mencabutnya?

Murid: Bagaimana mungkin aku lakukannya? Bilangan dan kelampauan tarikan paku itu akan bergantung pula kepada kepanjangan paku yang terbenam dalam tiang itu.

Guru: Tahu pun kamu. Dan kepanjangan yang terbenam dalam kayu itu pun tidaklah sendirinya begitu, tapi bergantung pula kepada bilangan hentaman yang membenamkannya ke dalam kayu, dan tenaga yang dikenakan kepada hentaman tersebut serta ketahanan kayu itu yang menghalang benaman paku ke dalamnya.

Murid: Begitu lah...

Guru: Bilangan dan kelampauan tarikan yang diperlukan bagi mencabut keluar benaman paku itu bergantung makanya kepada bilangan dan tenaga yang dikenakan kepada hentaman yang menolaknya sampai terbenam ke dalam kayu.

Murid: Benarlah tuan guru.

Guru: Tapi hentaman yang membenamkan paku itu, kini tidak kelihatan kepada kita dan makanya ia ghaib. Ia merupakan perkara lampau, makanya ia adresta atau ghaib pada masa kini.

Murid: Benar, guru.

Guru: Adakah kita akan berhenti menarik paku keluar hanya semata-mata sebab kita ini jahil tak mengetahui kepanjangan paku yang berada dalam kayu atau bilangan dan kelampauan hentaman yang dikenakan ke atas paku semasa ia terbenam dalam kayu? Atau, adakah kita akan bertekun menariknya keluar dengan melipatgandakan usaha kita?

Murid: Pastinya, yang praktikal itu kita akan bertekun mencabutnya juga.

Guru: Jadi, buatlah yang sama dalam setiap "usaha" engkau. Gerakkan diri engkau semampu boleh. Kehendak dan keazaman kau itu akan berjaya jua pada penghujungnya!

Satyam... Çiwam... Çundaram....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan