Kata Aviyakartam ini bererti persoalan-persoalan yang tidak dijawab atau yang tidak diperisytihar dalam ajaran Buddha. Ia merujuk kepada persoalan falsafah yang baginda Buddha tolak untuk menjawab. Dalam sastera suci Pali kita, cuma ada 10 sahaja yang disebutkan sedangkan lagi empat tiada....
Menurut kepada penggulungan tajuk pelajaran, persoalan bolehlah dibahagikan kepada empat gulungan semuanya...........
Persoalan berkenaan kewujudan alam dalam kala
1. Sama ada dunia ini abadi?
2. Sama dunia ini tak abadi?
3. Sama ada dunia ini abadi dan tak abadi?
4. Sama ada dunia ini kedua-duanya pun tidak.
(Sastera Pali tak sebut pun perkara ke.3 dan ke.4)
Persoalan merujuk kepada jati jiwa perseorangan
9. Adakah jiwa itu serupa dengan tubuh?
10. Adakah jiwa itu berbeda daripada tubuh?
Persoalan merujuk kepada hidup selepas kematian
11. Adakah Buddha Tathagata wujud lagi selepas mati?
12. Adakah Buddha Tathagata tak wujud lagi selepas mati?
13. Adakah Buddha Tathagata wujud dan tak wujud selepas mati?
14. Adakah Buddha Tathagata tak terlibat dengan kedua-duanya?
Ringkasan Sastera Pali
Majjhima Nigaya 63 dan 72 dalam sastera Pali mengandungi senarai 10 persoalan yang baginda Buddha tidak mahu cakap berkenaan beberapa pandangan atau driṣti.
- Sama ada dunia ini abadi.
- Sama ada dunia ini tidak abadi.
- Sama ada dunia ini abadi di ruangan?
- Sama ada dunia ini tidak abadi dalam ruangan.
- Apa jiva itu sebenarnya tubuh.
- Apa jiva itu bukan sebenarnya tubuh.
- Tathagata (makhluk dicerahi sempurna, insan kamil) wujud selepas mati.
- Tathagata tak wujud lagi selepas mati.
- Tathagata kedua-duanya wujud dan tak wujud lepas mati.
- Tathatagata kedua-duanya tak pernah wujud atau tak wujud pun lepas mati.
Menurut agama, baginda Buddha berdiam diri sahaja bila ditanya semua empat belas persoalan ini. Baginda menggambarkan semua itu sebagai jaringan atau serkap dan menolah untuk diserkap dalam jala yang berbentuk teori, spekulasi atau dogma! Baginda bersabda bahawasanya disebabkan kebebasan baginda daripada ikatan teori dan dogma itu semualah maka baginda mencapai nirvana (keluar dari hutan kusut kepala otak dengan yang tidak-tidak). Spekulasi begitu, sabda baginda, diikuti pula oleh kekusutan kepala otak, menyakitkan urat saraf, ketidaksenangan, menyebabkan tidak tenang dan sengsara. Apabila dibebaskan jiwa kita daripada semua ini maka kita mencapai kebebasan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan