Jumaat, 10 Januari 2014

Dewi Jyestha


Jyestha devi ज्येष्ठा dalam cetera merupakan dewi dalam bangsa dewa-dewa tetapi bagi setengah orang termasuk dalam kalangan kebanyakan Brahmana dianggaplah sebagai lambang sial atau malang. Erti Jyestha itu adalah Yang Tua. 

Pandangan Brahmana

Dianggap sebagai kakak tua kepada Laksmi Devi, iaitu dewi lambang bertuah dan kecantikan. Jyestha devi sering lah dikaitkan dengan tempat-tempat tak bertuah dan juga pendosa. Dikatakan dewi ini dikaitkan dengan sikap lembap, lemah longlai, kemiskinan, kemiskinan, kehodohan dan gagak. Kadangkala, dikenal sebagai Alakshmi, iaitu dewi malang. Pemujaan ada dianjurkan kepada kaum wanita yang mahu membuat permohonan supaya dewi ini menjauh dari rumah mereka. Ia muncul dalam tradisi Hindu, seawal kurun ke-3 SM. Pemujaannya berada di kemuncak di Selatan India pada sekita kurun ke-7 sampai ke-8 M. Menjelang kurun ke-10 M, pemujaannya menurun sampai hampir pupus terus. Sampai ke hari ini, ada banyak rupa purwa dewi Jyestha wujud dan dipuja juga cuma kadang-kadang saja.

Sastera yang menceterakan lanjut mengenai perupaan dewi ini adalah agama-agama seperti Amshumadbhedagama, Suprabhedagama dan Purvakarangama. Yang lebih pendek penjelasannya dalam Vishnudharmottara Purana dan Baudhayanagrhyasutram. Digambarkan dewi ini bertangan dua. Hidung panjang dan mancung macam nenek kebayan orang Barat sampai digelarkan muka gajah. Kemudian payudaranya labuh sampai ke pusat, perut menggelebeh, bibir atas tercungit warna seperti dakwat. Perut besarnya dikatakan menyokong payudara lanjutnya. Kulit kehitaman atau kemerahan. Memakai pakaian warna biru kehitaman atau merah. Selalunya digambarkan bersemayam atas takhta dengan kaki atas bumi.

Menurut sastera Brahmana, devi Jyestha memegang bunga teratai biru atau puteh di tangan kanan. Kamandhalu di tangan kiri atau diletakkan dekat takhta atau dipegang di tangan yang membuat mudra abhayam. Tangan kirinya selalunya diletakkan di riba atau di paha. Kadang-kala, devi Jyestha digambarkan memegang penyapu. Devi ini memakai hiasan bermacam-macam pula dan ada tanda tilaka di dahinya, menggambarkan devi beumahtangga. Rambutnya disanggul atas kepala atau dililit keliling kepala dengan gaya Vasikabandha.

Panjinya berlambangkan gagak dan terkenal dalam bahasa Tamil dengan nama Gaggaikkodiyal. Sekumpulan dua devi pengasuh kadangkala digambarkan berada di kesampingnya, biasanya membawa seekor gagak dan penyapu. Ditafsirkan dalam bayangan bahawa kedua-dua pengasuh itu adalah putra dan putrinya. Yang lelaki bermuka lembu memegang tali atau lingkaran. Yang perempuan tegambar sebagai anak gadis bermahkota tunjung. Walaupun digambarkan devi ini menunggang vahana, tapi dalam sastera digambarkan baginda menunggang keldai seperti Alakshmi. Dalam sastera lain, digambarkan baginda berada dalam pedati ditaik singa, diikuti harimau atau menunggang unta atau singa.

Kebanyakan cetera Hindu menceterakan tercetusnya devi ini dalam peristiwa kshir segara manthan. Biasanya baginda digambarkan terjelma apabila racun Halahala meebak dari lautan, sementara lawannya, Lakshmi, terjelma apabila timbulnya amrtam.

Dalam Padma Puranam, apabila kejadian lautan "susu alam semesta" diadun itu bermula, racun mulanya terbit dari lautan itu. Ia kemudian ditelan Betara Guru (Siva) dan devi Jyestha pun terbit dari lautan, memakai pakaian warna merah. Apabila baginda bertanya dewata lain apakah patut dilakukannya? Maka diarahkan supaya baginda itu berdiam dalam tempat-tempat celaka. Baginda digambarkan membawa kesedihan dan sial. Selalunya baginda akan berdiam di rumah atau di negara yang suka bertengkar, apabila bahasa keji dan pembohongan berleluasa, orang jahat berdosa banyak, apabila wujudnya rambut panjang, tulang belulang, abu dan arang yang melambangkan bhiksuka yang dianggap anastika.

Linga Puranam menjelaskan bahawasanya, Betara Wisnu Narayana membahagikan lokamaya ini kepada baik dan burok. Baginda lantas mencetuskan Dewi Sri (Laksmi) dan Jyestha, yang kedua-duanya itu menjelma dari Segara Susu Adunan. Dewi Sri berwiwaha dengan Betara Wisnu, sedang Dewi Jyestha itu berwiwaha dengan Resi Dussagha. Lambat laun, resi tersebut menyedari bahawa bininya itu tak sanggup menahan bunyi atau penglihatan dari benda-benda bertuah dan dibawalah aduan kepada Betara Wisnu (dalam cetera lain dibawa aduan ke Resi Markendeya). Disarankan supaya dibawa dewi itu hanya ke tempat sial saja. Dewi ini digambarkan suka menjauhi orang beragama. Digelarkan nama Alakshmi sebab kecenderungannya ke kesialan. Baginda berdiam di tempat-tempat yang ahli keluarganya bergaduh berantakan atau orang tua yang makan tetapi tidak menghiraukan anak-anak mereka yang juga kelaparan. Lagi disebutkan, dewi ini suka menjadi rakan terdekat dengan bhiksuka palsu, seperti bhiksuka Jina bertelanjang dan bhiksuka Buddha. Penganut agama Hindu umumnya menganggap penganut ajaran Buddha sebagai tidak menurut sastera vedika kerana sikap menjauhi masyarakat. Disebabkan bosan dengan sikap anti-masyarakat Dewi Jyestha, maka suaminya itu meninggalkannya di sebuah tempat upacara Avedika dijalankan. Kemudian baginda bertemu dengan Betara Wisnu meminta semahan. Betara Wisnu mewartakan yang dewi Jyestha bolehlah disemahkan dengan semahan dari kaum wanita. 

Kamba Ramayanam (Kekawin Tamil) pula menceterakan, dewi Jyestha muncul semasa kejadian Segara Mantan. Trimurti lantas mencari baginda dan mengarahkan baginda berdiam di tempat tiada tuah. Dewi Jyestha muncul dulu sebelum Laksmi, maka dianggap ia kakak tua. Sebab itu digelarkan baginda, Mu Devi.

Berlainan dengan Saiva Purana bagi penganut ajaran Betara Siwa, dijelaskan dewi ini merupakan pancaran kelapan dari Adi Parasakti yang mengatur kehidupan manusia tetapi dengan cara berbeda dari cara biasa.

Perkaitan dan Perlambangan

Dewi Jyestha menjadi penunjuk aras kepada ciri burok wanita Hindu yang sudah berkahwin. Dewi Laksmi menggambarkan ciri baik pula. Dikaitkan juga Dewi Jyestha dengan bini tua dalam keluarga yang berbini ramai. Terkait juga nama baginda dengan nakcatram, yang mewarisi ciri negatif dari dewi ini. Jika mempelai masuk ke rumah dengan nakcatram Jyestha, maka nanti dipercayai abang ipar sulong akan mati dan kakak sulong akan jadi janda.

Menurut Leslie, sebab Jyestha digambarkan bermuka semacam gajah dan dipanggil wanita buat membuang halangan, serupalah juga dengan peranan Sang Ganesa, menjadi saingan pula kepadanya. Setengah kawasan India pula, baginda dikaitkan dengan dewi pembawa wabak demam campak, Sitala Dewi. Teratai, abhaya mudra dan hubungan dengan Laksmi menggambarkan hubungan baginda dengan kelompok dewata bahagian Betara Wisnu.

Sisi menakutkan baginda dan perkaitan baginda dengan aliran Sakti pula menunjukkan hubungan dengan kelompok Saiwa. Burung gagak lambang sial itu mengaitkannya dengan Nirriti dan Yama. Kinsley mengaitkan baginda dengan Dhumavati, dewi janda, sebahagian daripada dewi Mahavidya Tantra. Sama seperti dewi Jyestha, dewi Dhumavati pun gelap, hodoh rupa dan dikaitkan dengan gagak. Suka duduk di tempat hiruk pikuk berkelahi, tempat sial, dan tempat banyak naik angin. Laksamana Desika, pengulas Saradatilaka Tantra mengenalpasti Dhumavati sebagai Jyestha jua. 

Dewi Jyestha walaupun bukan jenis dewi Saumya atau yang nampak comel lote dengan tubuh indah terpemanai, tapi baginda pun bukan jenis dewi Ugra atau dewi cengil yang berupa menyeramkan, tubuh yang menyinarkan gelap dan ciri-ciri tak enak. Kehodohan dewi ini dan kegemukannya cuma dikaitkan dengan kemalasan sahaja. Baginda cuma tak bertuah dan mengganggu, tapi bukannya menakutkan.

Pemujaan

Dewi ini merupakan antara dewi awal dalam perjalanan sejarah agama orang Hindu. Baginda muncul mulanya dalam Baudhayanagrhyasutam (300-600 SM). Ukiran rupa baginda masih ada, biasanya di luar sempadan kampung-kampung.

Pemujaan menjadi tekenal pada kurun ke-7 dan ke-8 M, di India Selatan. Tatkala pergerakan kesaktian merebak, baginda mula ditinggalkan dan tak dipuja lagi. Alvar Waisnawa, Sri Thondaradippodi Alvar, sekitar kurun ke-7 sampai ke-9 M, memberi ulasan mengenai ramai penganut "bodoh" yang menyembah ke dewi Jyestha, yang menyebabkan mereka terhindar dari kebenaran. Beliau mewartakan bahawa pemujaan kepada dewi Jyestha itu perbuatan sia-sia. Menjelang kurun ke-10 M, pemujaan terhadap baginda lebih kurangnya pupuslah. Rupa baginda ini sangat jarang disembah orang lagi kini. Biasanya ukiran dewi ini ditinggalkan dan tak dikenali lagi oleh orang di sudut-sudut pura Hindu atau dibuang saja keluar dari kawasan pura. Kalau dikenali orang pun, cuma ditakuti dan dijauhi saja. Pura di Uttara Merur, mempunyai ukiran dewi ini tapi dihalakan mukanya ke bumi. Memandang ke dewi ini pun dipercayai boleh membawa maut kepada kampung itu.  

Pada masa terkenalnya itu, dewi Jyestha masihlah di taraf dewi lagi. Baginda perlu dijaga perasaannya oleh bini yang baik setiap hari. Stri Dharma Paddhati menyatakan bahawa seorang bini itu kena membuat pasemahan buat dewi ini sebelum makan sendiri. Sesiapa bini yang gagal berbuat demikian akan masuk neraka pada kehidupan akan datang; yang membuat pasemahan pula akan mencapai kehidupan yang dikarunia keturunan dan kemakmuran. 

Bodhayana Sutram turut bercakap panjang lebar mengenai pemujaan dewi Jyestha. Menurut cetera Linga Puranam, dipercayai pula rumah wanita yang menyenangkan hati dewi ini menerusi semahan boleh menjauhkannya dari rumah mereka.

Pada kurun ke-13 M, perdana menteri bagi para raja Seuna Yadava dari Devagiri, Hemadri menulis sebuah pustaka berkenaan vratam, dan mencatit bahawa dewi Jyestha mesti dipuja lelaki bagi memberi tuah kepada bininya dan supaya dapat keturunan. Sarada Tilaka Tantra menceterakan bahawa dalam upacara Tantri itu, dewi Jyestha dipuja demi menimbulkan pertelingkahan antaa Vidvesa (rakan baik). Dewi Jyestha merupakan penunggu bagi Vidvesa, dan dipuja sebelum bermulanya upacara pemujaan.

Pandangan Siddha

Dewi Jyestha dianggaplah sebagai dewi tersembunyi. Baginda ini merupakan kakanda tua bagi dewi Sri dan baginda sebenarnya turut menghalau kesialan. Menurut cetera Vedika, Penguasa Kali Yugam (samaya kita kini) menyembunyikan dewi ini supaya mereka mempelajari pelbagai pengajaran dan mencapai keselamatan menerusi pengajaran yang diterima jiwa mereka.

Namun, disebabkan belas kasihan-Nya, maka Dia mendedahkan baginda dewi ini supaya boleh diperbaharui semula pemujaan kepada dewi dan ditemui semula kemakmuran yang ada dalam yuga-yuga sebelum ini. Dalam Dvapara Yugam pun, manusia sudah memuja dewi ini bila berlakunya kebuluran dan untuk kehidupan makmur penuh suka bahagia.

Tebitan Dewi

Cetera masih lagi berkisar kepada Adunan Susu Lautan Alam Semesta ini yang diadun oleh para Devasura dan Asura. Mereka cuba mencari amrtam yang akan memberikan keabadian kepada semua. Dewi Laksmi yang sinaran cahaya indahnya itu melambangkan kebahagian dan kemewahan terbit dari lautan tersebut. Disebutkan baginda Jyestha Dewi terbit dahulu sebelum Dewi Laksmi jadi dianggap dia yang sulung.

Pemujaan

Jika dipuja baginda ini maka hilanglah segala kesialan dalam perniagaan dan menerima kewangan. Baginda ini mampu juga membawakan kemewahan yang boleh dinikmati dalam lokamaya. Perkara ini disebabkan oleh baginda menghalau keluar kesialan yang menghentam si pemuja dan segala kegiatan hariannya. Pujaan dilakukan bagi menghalau 64 jenis kesialan.

Cara Memuja

Pura purwa Sri Bramha Puri Iswarar di Kancipuram terkenal dengan pemujaan kepada dewi ini. Tedapat juga Om Rupa Raya Vigneswara dikenali sebagai Motta Ganesa di pura itu. Dikatakan, baginda Dewi Jyestha sukakan Vigneswaran dan baginda memang memuja menerusi rupa Motta Ganesa di pura itu sehari-hari.  

Para Siddha juga mempunyai hari-hari tertentu supaya pemujaan membuahkan hasil. Hari-hari tertentu itu dikenali sebagai Tri Thina Spuruk menurut sabdavali Vedika yang merujuk kepada hari-hari apabila tiga bintang atau Nakcatram dilihat di langit malam.

Keadaan ini sangat-sangat jarang terjadi dan dianggap sebagai sangat bertuah bagi pemujaan menerusi dewi ini. Selain hari-hari tersebut, disebut juga Adityawara sebagai hari penting buat pemujaan dewi ini. Menurut para Siddha, hari-hari tersebut dibolehkan memuja baginda dewi dan digunakan buat menongkah sial pula. Diadakan juga Alabhya Vratam bagi dewi oleh pengikut para Siddha.

2 ulasan:

  1. These kinds of article are establishing the greatness of the tamil language to all over the world.moreover it shows the importance of tamil education.

    BalasPadam
    Balasan
    1. That is among our points in establishing this site. There are many hidden things in Tamil language or even in South India which should be shared to the world. Thanks for your feedback. Appreciate it much. - Pallavavarman

      Padam