Sabtu, 11 Januari 2014

Dharma Vacanam: Naik Jatuhnya Ajaran Buddha


Terjemahan NG
Oleh Bhante Balacitra
Rumah Puan Long

Terdapat sebuah ikat-ikat yang ditulis di empayar China lebih daripada 500 tahun lampau digelarkanlah sebagai Sam Kuk atau Cetera Tiga Negara. Sastera ini sangatlah menarik tapi haruslah diingat bahawa ajaran yang ada dalamnya ada juga yang tidak semenggah maka berhati-hatilah dengan perbuatan memerangkap makhluk lain dengan muslihat.

Ayat pertama dalam sastera tersebut menyatakan bahawa kerajaan muncul, dan kerajaan jatuh. Seluruh karya tersebut menunjukkan tentang bagaimana sebuah kerajaan itu muncul dan jatuh pula kemudian harinya. Jelas sekali menunjukkan mengenai tidak kekal

Dalam lokamaya ini, tak pernah ada pun tercatat bahawa ada "kerajaan yang tak pernah berakhir". Semua kerajaan akan jatuh jua suatu hari nanti. Kejatuhan boleh terjadi disebabkan oleh pemerintah yang cuai dalam menjalankan Dharma nya atau disebabkan oleh serangan luar atau kedua-duanya sekali. Namun, jika kerajaan itu bertuah diperintah oleh seorang Dharmaraja dan bijaksana, maka kejatuhan negara tidaklah akan mudah!

Hukum yang sama dalam ketidakkekalan juga turut terpakai buat ajaran Buddha wahai kakang budiman. Ajaran Buddha bermula di rantau Arya Varttam kira-kira pada kurun ke-5 SM dan berkembang selama lebih daripada satu setengah milenia tetapi pada pada penghujung kurun ke-12 M dan permulaan kurun ke-13 M, ajaran Buddha pun mula mengalami kejatuhan terutamanya di rantau yang berpegang dengan Dharma seperti rantau Kepulauan Selatan termasuklah Indonesia dan Tanah Melayu (dari hulunya di Selatan Thailand). Namun, di pertengahan kurun yang akhir-akhir ini, ajaran Buddha mula bersinar kembali apabila terdapatnya Bodhisatva yang berdiam dalam jiwa manusia-manusia yang cuba mempertahankan Dharma Vinayam daripada tenggelam seperti raja-raja varmana menjadi perisai ajaran Buddha di rantau Indochina dan beberapa tempat. Semua ini sebenarnya menandakan ketidakkekalan belaka.

Ajaran Buddha di negara kita ini menjadi begitu terkenal juga kebelakangan ini terutamanya dalam kalangan orang Cina yang bukan bangsa Hindu. Boleh dilihat apabila masyarakat Buddha terbentuk, banyak viharam dan pusat pertapaan dibuka semula, ramai orang mengamalkan tapa dhyana, ramai yang memberi dana kebaktian kepada bhiksuka dan ramai orang muda yang bijaksana cuba untuk masuk ke viharam menyumbang tenaga kebijaksanaan dengan menjadi bhiksu. Semua ini menunjukkan bahawa ajaran Buddha bersinar sedikit demi sedikit dalam negara kita selepas kejatuhannya apabila pelindung Dharma sendiri beralih angin ke ajaran lain kerana pengaruh duniawi seperti perdagangan, perwiwahan dengan kerabat diraja yang tidak bakti ke Phra Guru atau peristiwa ajaib dalam sejarah ditonjolkan oleh penyebar agama lain. Semua ini pun nanti akan tenggelam kembali apabila bhiksu, bhiksuni dan upasaka semua hidup tanpa menghormati Phra Guru, Dharma Vinayam, Samgha, Latihan dan Semadhi. Rujuk saja dalam Samyutta Nigaya 16.13 wahai kakang budiman....

Sebagai penganut ajaran Buddha, Dharma Vinayam yang diikuti kita semua itu tidak lain dan tidak bukan adalah ajaran Duli Yang Maha Mulia, baginda Siddharta Gautama, manusia dicerahi yang memang ada dalam rentetan lipatan sejarah hidup lebih kurang 2500 tahun lampau. Baginda yang mengajarkan kita Empat Kebenaran Mulia dan Lapan Jalan Arya itu. Ajaran baginda ini semuanya didapati menerusi pengalaman rohaniah baginda walaupun baginda sebenarnya turut mempunyai Divyacaksus dan lain-lain perkara ajaib cuma baginda tidak mahu membesarkan diri dan meminta para pengikut supaya jangan melanggar perkara ini. Maka penganut ajaran Buddha seringkali mati kutu apabila orang beragama lain bercakap mengenai hal mukjizat dan sebagainya membesar-besar diri di hadapan penganut Buddha.

Jika bhiksu, bhiksuni dan upasaka semua teguh berpegang dengan pandangan yang berlawanan dengan Empat Kebenaran Mulia, dan diketahui pula mencapai sesuatu itu dengan perkara berlawanan dengan Jalan Para Arya, maka bolehlah dikatakan bahawa mereka sudah tidak hormaty lagi dengan Phra Guru. Keadaan ini seterusnya menyumbang kepada kejatuhan Buddha Sasana! Sangat besar pahalanya jika kita boleh membantu dalam memperbetul pandangan mereka itu supaya kembali ke pangkal jalan.

Terdapat salah paham yang biasa juga dalam kalangan penganut ajaran Buddha termasuklah dalam kalangan bhiksu, bhiksuni dan upasaka sekelian dengan menyamakan Nirvana yang menjadi matlamat tertinggi ajaran Buddha itu dengan ajaran setengah Brahmana mengenai Pencerahan. Iaitu bersatunya Jiva dengan Brahma. Setengah yang lain mungkin hairan lantas bertanya, apakah masalahnya dengan persamaan begini? Bukannya nama itu sahaja berbeda tetapi juga matlamatnya sama saja. Semua jalan pun membawa ke Roma bukan? Cuma bengkang-bengkoknya sahaja berlainan menyebabkan wujudnya jarak yang pelbagai. Jika anda itu bukan penganut ajaran Buddha, maka mungkin saya akan menganggukkan kepala saja. Senyum sedikit dan berdiam diri sampai kepada masa yang betul untuk berbicara sebab dengan cara ini sahaja kita akan hidup tanpa bertakek berhumbas sampai berdarah-darah. Namun, jika anda sudah memegang Trairattana, maka inilah yang saya akan ceterakan berdasarkan pemahaman saya.

Jalan menuju ke arah Penceahan menurut baginda Siddhartha Gautama itu adalah menerusi pencapaian Lapan Lapis Jalan Arya dan jika pengikut ajaran Brahmana pun berbuat benda yang sama maka dia itu tak kiralah dalam apa jua panggilan pun akan mencapai benda yang sama, namun seperti tercatat dalam sastera agama kita, itu bukanlah halnya.

Ajaran Brahmana itu adalah ajaran yang terbangun dari dasar Vedika. Veda itu semua adalah ajaran dari mulut ke mulut yang pada mulanya tidak dicatatkan pun tetapi diwariskan kepada turunan seterusnya menerusi bacaan yang dihafal sejak sebelum kelahiran baginda Siddartha Gautama lagi. Guru-guru yang mengajarkan Veda itu mengajarkan persatuan antara Jiva makhluk dengan Brahma (Pencipta). Brahma ini sebenarnya difahami dalam ajaran Buddha sebagai "makhluk" yang bersemayam dalam satah alam semesta yang digelarkanlah alam tersebut sebagai Rupa Lokam. Rupa Lokam ini bukanlah tahap Nirvana (keluar dari kekusutan) yang dimaksudkan dalam ajaan Buddha kerana alam tesebut pun ada jangka hayat. Ia tidak kekal juga. 

Beberapa sutra Pali menyatakan bahawa Jalan menuju kepada Brahma ini hanya boleh didapati menerusi pencapaian tapa Brahma Viharam. Tapa Brahma Viharam itu mengandungi cinta kebajikan, belas kasihan, kesukaan memberi belas kasihan dan tapa mencari ketenangan.

Pada samaya kehidupan baginda Siddartha Gautama, dicatatkan dalam salah satu Sutra, Dirgha Nigaya 13, bahawa sudah ada dalam kewujudan itu ramai guru Brahmana, setiap satunya itu mengisytiharkan bahawa "Jalan" yang diajarkan mereka itu akan membawa kepada bersatunya Jiva dengan "Brahma". Kadangkala orang-orang beragama dalam kalangan Brahmana (Brahmin) pun bertengkar sesama sendiri mengenai Jalan mana yang akan membawa seseorang itu ke matlamat yang sama, iaitu "bersatunya Jiva dengan Brahma". Tolong ambil perhatian di sini tuan budiman sekelian cubalah fahamkan juga!!!

Keadaan ini pun terjadi sekarang. Cuba anda lihat kepada orang Muslim menempelkan video-video Ahmad Deedat, Zakir Naik, dan imam-imam Arabia mereka untuk mendebatkan bahawa Jalan mereka yang paling benar paling satyam! Begitu juga dengan orang Kristian yang menempelkan video perdebatan, pengakuan dan sebagainya mengenai betapa benarnya mereka di "Jalan" begawan al-Maseh mereka dalam menuju kepada yang disebutkan sebagai "Pencipta" atau "Bapa" dalam konsep orang Kristian itu bagi mendapatkan tambahan penganut serta memuaskan ego masing-masing.

Kejadian begini pun pernah terjadi kepada baginda Siddartha Gautama. Baginda langsung tidak menjawab kepada Brahmana yang bertanya kepada baginda sebaliknya bertanya kembali kepada Brahmana itu sama ada guru atau guru-guru kepada Brahmana itu, atau guru yang mula sekali mengajarkan Veda semua itu pernah bertemu muka dengan Brahma???! Bila dijawab bahawa tiada siapa pun pernah bertemu atau bersua muka dengan Brahma itu, lantas baginda Siddartha Gautama menjawa kepada Brahmana bahawa mustahil bagi mereka untuk bersatu dengan Brahma. Penghujung perbincangan, baginda Siddartha Gautama menyatakan kepada mereka bahawa "Jalan" menuju ke Brahmalokam itu hanya boleh dicapai menerusi perkembangan daripada salah satu daripada empat tapa Brahma Viharam. Jadi, dapat dilihat bahawa "bersatunya Jiva dengan Brahma" itu berbeda dengan Nirvana kerana Jalannya pun berbeda.  

Dalam Sutra dari Anguttara Nigaya 4:125 disebutkan sabda baginda Siddartha Gautama bahawa orang-orang maju keduniaannya yang beramal dengan empat tapa Brahma Viharam pada masa nazaknya hendak tercabut nyawa nanti jika masih kekal dalam keadaan itu, akan dijelmakan Jiva nya itu dalam Brahmalokam (Dunia Sang Pencipta) namun nanti apabila ajal mereka tamat di Brahmalokam, maka mereka akan jatuh semula ke destinasi yang buruk. Di samping itu, para pelajar Arya dari Siddharta Gautama akan masuk Nirvana di Brahmalokam juga. Makanya, keadaan ini menunjukkan bahawa penyatuan (berdampingan) dengan Brahma itu tidak kekal juga dan tidak boleh sama sekali dikatakan keluar dari kekusutan (nirvana) kerana jelmaan itu bukan sahaja menyangkut hal jisim di dunia manusia ini sebaliknya ia menyangkut mengenai hal roh dan jiwa

Tak disebutkan pula dalam Sutra kenapa orang-orang yang maju keduniaannya dan tidak dipandu itu jatuh dan kenapa pelajar Arya itu masuk ke Nirvana namun seseorang itu dapat mencari penyebabnya dengan mudah berdasarkan rangka pemikiran bahawa orang-orang yang maju duniawinya itu walaupun beramal tetapi tidak mempunyai kebijaksanaan hikmah dari pencapaian Lapan Jalan Arya. Mereka cuma mencapai tapa Brahma Viharam. Keadaan bertapa dhyana itu sebentar sahaja dan tidak kekal. Nanti seseorang itu akan jatuh semula bila tapa tersebut berakhir. Mereka yang menurut Jalan Arya itu sekurang-kurangnya menjadi seorang Srotapana (yang masuk ke aliran) seperti tersebut dalam Samyutta Nigaya 55:5. Seorang Srotapana, seperti dicatatkan dalam sastera Pali suci, tidak akan jatuh dalam destinasi buruk! 

Saya sudahlah menunjukkan beda dalam "Jalan" dan tahap antara Nirvana dan Brahmalokam. Walaupun ada pebedaan banyak, tapi janganlah kita memandang rendah kepada kedua-duanya, kerana pencapaian Brahma Viharam pun sebenarnya digalakkan dalam banyak Sutra kita. Namun, boleh pula kita memandang rendah sesiapa sahaja yang dipanggil sebagai orang alim yang dicerahi tetapi bertindak seperti binatang!               

Sejak mulanya lagi, saya sudah bercakap mengenai naik jatuhnya kerajaan-kerajaan yang terjadi di dunia luaran (yang kenampakan dan kedengaran). Pengetahuan ini semua boleh tuan dapati dengan membaca buku-buku sejarah. Ada juga terbit dan terbenam yang lebih utama bagi kita untuk dipelajari, iaitu terbit dan terbenamnya dunia dalaman, pancaskandha, disebut ia sebagai jasad dan akal. Bagi memahami sebetulnya benda-benda ini, haruslah kita memperkembang Samyak Smṛti (ingatan atau kesedaran benar). Belajar yang ini membawa seseorang itu kepada bebasnya dari keterikatan hati terhadap yang tidak-tidak. Apabila bebas dari benda ini semua, maka segala yang terjadi di dunia deria kakang itu, tidaklah lagi memberi kesan ke pemikiran kakang! Sentiasa tenang hati dan perasaan itu, tiada terkocak.

Bhante Aggacitta ada memberi pelajaran kepada ajar-ajar yang berminat bagi pengembangan kesedaran dan daya ingatan di SBS. Anda dijemputlah untuk beramal bersama-sama jika kelapangan. Mungkin setengah daripada anda boleh belajar cara tapa tapi masihlah berguna juga buat masa depan. Sangat baguslah jika kakang sekelian berdampingan dengan orang-orang berkejiwaan kerana mereka akan berpikir mengenai benda baik-baik selanjutnya mempengaruhi kakang sekelian. Mereka senantiasa akan mengharapkan kakang dalam keadaan baik, tak mengira dalam perkembangan kejiwaan (kerohanian, psikologi) mahupun kesukaan. Yang ini sahajalah peringatan saya buat kakang sekelian. Semoga semua pun menemui ketenangan sebenar, kesukaan sebenar.... Bhavatu Sarwa Mangalam.....   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan