Makhluk halus ini berada di merata-rata namun mata manusia biasa tidak dapat melihatnya. Hanya yang mempunyai cakra mata ketiga separa terbuka, yang berkejiwaan dan juga yang dianugerahi sahaja yang boleh melihatnya.
Namun, kita tak dapat melihat pun tetapi masihlah kita boleh merasai kehadiran makhluk di sekeliling atau boleh menghidunya. Sama ada makhluk halus tersebut jahat atau baik.
Jika anda dilahirkan di negara Komunis, yang mana segala agama diharamkan pun, namun perkara ini masihlah boleh membuka sedikit keraguan buat anda. Bahawasanya pemahaman anda terhadap dunia ini pun bukannya menyeluruh. Dunia makhluk halus yang dipenuhi oleh entiti ghaib dan ilmu hitam seperti santet, santau, sihir, setan, raksasa, hantu, pretam, bayangan, pisacha, churail, jin dan sebagainya yang terbatas pada pengertian dalam sabdakosa (kamus).
Kalau anda menganuti mana-mana satu agama terkenal dalam lokamaya ini, contohnya, agama Hindu, ajaran Buddha, ajaran Jina, ajaran Sikh, agama Zaratosht, agama Yahudi, agama Kristian atau agama Islam serta masih percaya bahawa makhluk halus tidak wujud atau kata seperti sihir dan ilmu hitam itu cuma direkayasa buat mencetuskan rasa takut atau keraguan dalam akal manusia, maka dirasakan bahawa suatu hari nanti anda akan terkejut besar pula.
Percayalah bahawa anda mesti bangkit dari kelalaian. Cuba cari samacara berkenaan perkara ini dalam agama anda sendiri. Tak usah hendak melihat jauh-jauh pun. Contohnya bolehlah dilihat secara ringkas seperti berikut mengenai perkataan agama-agama yang terpilih sahaja mengenai dunia makhluk halus atau bhuta loka...
Tradisi Hindu
Yajurveda ada mengajarkan mantra dan upacara ilmu hitam serta ilmu putih untuk menyakiti atau menyembuhkan orang terkena buatan orang. Sastera agama ini jelas sedang berbicara mengenai dunia makhluk halus.
Ajaran Buddha
Sudah berbuih-buih kita bicarakan mengenai perkara alam ghaib dalam laman ini. Lihat sahaja petikan-petikan di bahagian bahan aku di laman ini.
Agama Sikh
Guru Grantha Sahib ada menyebut mengenai dunia makhluk halus dalam pelbagai bahagiannya. Ada satu cetera apabila Guru Nanak Deva menyelamatkan anak muridnya, Si Mardana yang ditukarkan oleh seorang tukang sihir menjadi seekor kambing. Kejadian tersebut berlaku semasa Guru Nanak berkelana bersama dua anak muridnya, Si Mardana dan Si Bala di negeri Assam (India Timur).
Vamacara: Ilmu Hitam
Ilmu hitam ini bagaikan setitis air limau. Apabila ia menitis dalam susu (kepercayaan dan rohani) anda maka susu kau itu akan menjadi benda lain pula. Kecuali lah jika kepercayaan engkau itu terhadap Sang Penguasa Alam Semesta kuat atau jika yang menyihir menyantet itu berundur.
Jika keadaannya pula berlaku dengan yang membuang santet atau menyudi engkau dengan santau itu merupakan kaum keluarga kau sendiri, rakan sekerja dan rakan-rakan yang mempunyai tujuan kuat buat menjatuhkan engkau disebabkan kedengkiannya, berkemahiran dalam amalan santau-menyantau, atau mengupah tuk bomoh yang lain pula buat menyantet kau dan keluarga engkau maka kau semua pun akan kehilangan arah nanti. Kesannya nanti akan bergantung pula kepada karma, ketinggian akal, kerohanian dan keazaman kau sendiri untuk keluar dari keadaan tersebut. Berapa banyak kesedaran engkau dan berapa lamakah masa engkau ambil untuk menyedari yang engkau sedang terjatuh dalam pengaruh dunia makhluk halus sebelum mencari orang berkemahiran buat membantu engkau itu yang akan menentukan keadaan kau di masa depan.
Hakikatnya, perkara pertama yang diperbuat oleh tukang santet bagi merosakkan kehidupan orang lain adalah dengan menanam "abu orang mati" dalam tubuh engkau. Perbuatan ini membantunya memutuskan kepercayaan dan perhubungan engkau dengan Tuhan. Kau nanti akan diikat dengan "abu orang mati" sebagai titik tengah kerana orang mati sudah tiada kepercayaan. Kemudian dia akan menutup punca rezeki engkau. Selepas itu baru dia akan menguasai tubuh dan akal engkau sekaligus memecahkan rupakara tenaga engkau dengan menyalurkan makhluk halus (darah pontianak) dalam tubuh engkau yang kemudian akan memakan darah engkau pula. Apabila makhluk tersebut mengotori darah engkau maka anggota tubuh kau akan mula mengalami kegagalan tetapi tidak pula dapat dikesan oleh perubatan moden... Keadaan ini seterusnya memerangkap anda terus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan