Bahasa Sanskerta atau Samskerta Vak itu ertinya bahasa yang diperelok bunyi sebutannya. Ia merupakan bahasa yang diselaraskan dan menjadi bahasa semahiyang dalam agama-agama orang Hindu, bahasa falsafah dalam agama orang Hindu, ajaran Buddha, ajaran Jina-Mahavira dan bahasa kesusasteraan. Ia berkembang dari bahasa Sanskerta Vedika yang hari ini disenaraikan sebagai salah satu daripada 22 bahasa Hindu yang dijadualkan. Ia juga merupakan bahasa resmi bagi negeri Uttarakhanda di India dan memegang peranan penting dalam pengajian Hindu dan Caucasia Selatan Eropah.
Tubuh sastera bahasa Sanskerta ini mengandungi tradisi kekawin yang kaya dan lelakon selain daripada sastera dharma, drishti, sains dan teknikal. Ia terus sahaja diperguna meluas sebagai bahasa upacara dalam upacara agama orang Hindu dan amalan penganut ajaran Buddha dalam bentuk mantrakata dan pujai. Bahasa Sanskerta disuburkan di setengah kampung dengan institusi tradisionaal sendiri dan ada juga cubaan untuk menjadikannya terkenal semula.
Terbitan
Kata rupakriyam sáṃskṛta- bolehlah diterjemahakan sebagai, "meletakkan bersama, terbina, bagus atau sempurna bentuknya, disusun semula, dihiasi, sangat berpenjelasan". Ia diterbitkan dari kata akar, sam-skar- yang ertinya "meletakkan bersama, karangan, susunan, sediaan", dengan kata saṃ- bererti "bersama". Orang Barat membandingkan kata tersebut dengan kata "same" dalam bahasa Inggeris. Kemudian gabungannya, skar- membawa pengertian "buat" yang dibandingkan dengan bahasa Norway (Teutonia), sammen skjaer, atau bahasa Afrikaan (Belanda Afrika Selatan), saamskaar.
Sabdavali dalam pengertian umumnya itu adalah, "tersedia, disediakan, sempurna, tuntas" ditemui juga dalam Rgveda. Dalam bahasa Sankerta Vedika, ia merupakan kata tiada jantina yang dipernamakan dengan pengertian, "persediaan, tempat tersedia" dan seterusnya membawa pengertian lanjut, "upacara penutupan, tempat yajna".
Sebagai satu sabdavali bagi pengucapan yang tersusun dan penuh pula, ia menjadi kata rupa yang muncul hanya dalam mahakekawin dan bahasa Sanskerta klasik seperti dalam Manusmrti dan Mahabharata (bahagian kecilnya, Bharata Yuddha, dibaca di prahwayangan Hindu di Jawa). Bahasa ini dirujuk sebagai samskrta, "bahasa berbudaya" dan dipengertikan dengan pengertian yang "suci pavitra" dan bahasa canggih, diperguna buat upacara keagamaan dan perbincangan orang terpelajar di rantau Arya Vartta dan yang berdekatan seperti India Selatan, India Timur (Asia Tenggara), dan lain-lain. Ia merupakan lawan kepada bahasa prakrta- yang ertinya, "dasar, tiada seni, biasa-biasa saja". Bahasa Pali dalam sastera agama ajaran Buddha Theravada merupakan bahasa jenis prakrta...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan