Bacaan Tiruvaçagam ini merupakan bahagian kecil dari Mahakekawin Çrī Çivapuranam dalam bahasa Tamil. Ia disusun semula oleh Mpu Manikkavaçagar untuk bacaan penganut aliran Betara Siwa semasa upacara pembakaran bakai mereka yang sudah pergi meninggalkan loka kehidupan.
Bacaan yang dihormati, saudari-saudari Çulamangalam....
Ringkasnya bacaan ini dibacakan oleh penganut Saiva dalam kalangan penutur bahasa Tamil bagi menerangkan mengenai kehidupan jiwa di loka maya dan bagi tujuan meminta ampun bagi pihak jiwa yang sudah terhembus habis dari raga. Ia juga memuji dan memuja salah satu daripada ciri Sang Hyam Tunggal yang terpapar dalam loka maya iaitu ciri pemusnahan yang memusnahkan kejahatan dan dosa papa dalam rupa Sang Rudra. Tak pasti jika ada bacaan bahasa Sanskerta juga. Kalau dengar lagi cepat kau paham daripada kau baca saja....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan