Śila Sutra
Dharmātmā
Y. M. Maha Kotthita berbicara kepada Y. M. Sariputra...
Mitra ku Sariputra, apakah perkara yang dharmikabhiksu patut beri perhatian dengan telitinya?
Mitra Kotthita, bhiksu dharmika itu patutlah memberi perhatian kepada bahan panchaskandha itu sebagai tidak kekal, sebagai penyakit, sebagai barah, sebagai anak panah, sebagai derita, sebagai ujian, sebagai orang asing, sebagai ketidakjalinan, sebagai kosong, sebagai bukan diri....

Apakah yang lima?
Rupa panchaskandha bawah keterikatan itu tak kekal, perasaan bawah keterikatan, persepsi bawah keterikatan, azam terbitan bawah keterikatan, kesedaran bawah keterikatan. Dharmikabhiksu patutlah berhati-hati dengan menyedari bahawa panchaskandha keterikatan itu sebagai tidak kekal, sebagai penyakit, sebagai barah, sebagai anak panah, sebagai derita, sebagai ujian, sebagai orang asing, sebagai ketidajalinan, sebagai kosong, sebagai bukan diri... Bila, wahai mitra, seorang dharmikabhiksu itu teliti dalam menguruskannya maka terbitlah baginya buah srautāprajña.

Namun, mitraku Sariputra, perkara apakah yang patut diperhatikan dengan teliti oleh seorang srautāprajña?
Mitra Kotthita, seorang bhiksu yang mencapai mesti berhati-hati meneliti panchaskandhaitu sebagai tidak kekal, sebagai penyakit, sebagai barah, sebagai anak panah, sebagai derita, sebagai ujian, sebagai orang asing, sebagai ketidakjalinan, sebagai kosong, sebagai bukan diri. Apabila, wahai mitra, seorang srautāprajña meneliti makanya kepada panchaskandha tertakluk kepada keterikatan. Mungkinlah baginya itu menyedari buah yang sakridāgāmi (sekali berpulang).
Namun, mitra Sariputra, apakah perkara yang seorang bhiksu yang sakridāgāmi (sekali berpulang) itu patut perhatikan dengan berhati-hati?
Mitra Kotthita, seorang bhiksu yang sekali berpulang mestilah hati-hati dalam menghadirkan diri pada panchaskandha, tertakluk kepada ketagihan itu sebagai tidak kekal... Bukan diri. Bila, wahai mitra, seorang yang sekali berpulang berhati-hati menanggapi, makanya panchaskandha tertakluk kepada keterikatan. Mungkinlah bahawa dia akan menyedari buah dari anāgāmi (tidak berpulang).
Namun, mitra Sariputra, apakah perkara yang bhiksu anāgāmi mesti hati-hati dalam menanggapinya?
Mitra Kotthita, seorang bhiksu yang anāgāmi mestilah hati-hati dalam menghadirkan diri pada panchaskandha, tertakluk kepada ketagihan itu sebagai tidak kekal... sebagai bukan diri. Bila, wahai mitra, seorang yang sekali berpulang berhati-hati menanggapi, makanya panchaskandha tertakluk kepada keterikatan. Mungkinlah bahawa dia akan menyedari buah dari arhat (lengkap).

Namun, mitra Sariputra, apakah perkara yang bhiksu arhat mesti hati-hati dalam menanggapinya?
Mitra Kotthita, seorang bhiksu yang arhat mestilah hati-hati dalam menghadirkan diri pada panchaskandha, tertakluk kepada ketagihan itu sebagai tidak kekal... sebagai bukan diri. Kerana bagi seorang arhat itu, wahai mitra tak ada apa benda lagi yang perlu diperbuat dan tiada lagi pengulangan bagi yang telah diperbuat. Walau bagaimanapun, apabila semua ini diperkembang dan dituai, maka mereka itu dipandulah ke kehidupan menyenangkan dalam hidup ini jua dan ke kepekaan serta pemahaman jelas.
Rujukan
Bahan terjemahan diperah dari Sila Sutra dalam Dharma Kathika Varga dari Khandavarga, Samyuta Nigaya. Guna contoh sendiri dalam mengkaji dharma jadi pandangan jiwa timbul dalam bhaga tapa anda. Contoh, bila merenung sebagai satu penyakit, bawa ingatanmu ke penyakit yang pernah dihidapi atau yang dihidapi keluargamu.
Perhatikan juga, konsep kekosongan itu sangat luas. Tuan perlu bertapa merenung dengan kuat sekali bila melewati penghujung tapa. Cara terbaik pula adalah dengan meneliti tapa ashtangika marga dulu. Bila anda renung panchaskandha keterikatan, hubungkan bahagian tapa dengan 11 sabdavali berikut.....
Sabdavali
1. अनिच्चतो Ketidakkekalan
2. दुक्खतो Penderitaan
3. रोगतो Penyakit
4. गन्दतो Barah
5. सल्लतो Busur.... Baca सतर अगति Empat Jalan Buruk.
6. अघतो Kesengsaraan.
7. आभाधतो Musibah.
8. परतो Orang asing, yang tergantung pada yang lain, bhiksu tergantung pada dhana pemberian yang lain, dan kita tergantung kepada kerajaan, majikan, petani, dll.
9. पलोकतो Ketidakjalinan... Baca पलोकतो धर्मसुत्रं dalam सलायतनसम्युत्त, चन्नवर्ग.
10. सुञतो Kekosongan
11. अनत्तो Bukan Diri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan