Sloka kekawin bahasa Tamil ini dipetik dari Abirami Pathigham oleh Abirami Bhattar (Subramaniya Iyyer). Bhattar mengutuk raja dan membawa murthi dewi Parwati dan Betara Siva ke Thirukadavūr. Nyanyian kekawin ini dilontarkan Dr. Sīrgāzhi Govinda Rajan. Lagu ini menunjukkan tentang seseorang itu mesti hidup dengan bermaruah!
Latar Cetera
Brahmana Sri Subramaniya Iyyer
Beliau dilahirkan di Amirthalinga Iyyer di kampung Thirukkadaiyur. Thirukkadaiyur merupakan perkampungan bangsa Brahmana terkenal dekat dengan pura. Agrahara mereka semua dibangunkan sri raja Maratha, Serfoji I. Baginda berminat dengan karya kekawin para pendita dan biduanda. Pemerintahan baginda itu berlaku pada awal kurun ke-18 M. Kampung Brahmana itu terkenal dengan Pura Siva, Sri Amritaghateswar-Abhirami.
Semenjak kecil kehidupan Subramaniya cuma berlegar sekitar pura saja dan beliau menjadi pemuja tegar dewi Abhirami. Beliau akan duduk di sudut pura bertapa menyeru dewi dan memuja. Masa berlalu, sampai beliau lupa diri beliau sendiri. Semua wanita sekitarnya cuma kelihatan seperti dewi pada pandangannya. Beliau akan melontar bunga kepada mereka sebagai lambang tabik dewi. Perbuatan beliau menimbulkan kegelisahan sampai dianggap gila oleh orang sekeliling.
Perselisihan dengan Raja
Suatu hari, raja Serfoji, pemerintah Tanjore yang juga penguasa mandala di situ mencemar duli di pura kampung Amirthalinga Iyyer menyemah ke Betara Siva. Raja pelik melihat kelakuan Subramaniya Iyyer yang juga menjadi salah seorang pedanda upacara pura. Lalu ditanyai baginda pedanda lain, kenapa pedanda itu begitu? Salah seorang pedanda yang ditanya itu menyangkal kenyataan rakannya menyatakan Subramaniya. Dia berkata bahawa Iyyer itu seorang pemuja setia dewi Abhirami!
Ingin tahu, raja mendekati Subramaniya sendiri. Lalu ditanya hari apakah hari pada bulan itu? Sama ada purnami atau amavasya? Subramaniya tak nampak bulan pun tapi beliau cuma nampak dewi sakti itu saja. Dijawabnya purnami sedangkan ketika itu amavasya. Raja terus ke pedati seraya berangkat pulang. Baginda bertitah bahawa jika bulan tak muncul menjelang jam enam petang, pasti dipancung kepala Iyyer itu.
Menyedari kesilapannya, Subramaniya lantas menyalakan unggun api besar. Beliau membuat buaian berbentuk pentas dengan seratus ikatan tali. Beliau berdiri atasnya dan menyeru dewi menyelamatkannya. Beliau memutuskan seutas tali seusai satu seloka pujanya.
Seloka semua membentuk lontar Abhirami Anthadhi. Pada penghujung seloka ke-79, muncullah dewi seraya melemparkan thadanggai (subang permata) dari kayangan. Peristiwa itu menyebabkan langit gelap disirami cahaya. Subramaniya terlalu gembira lantas membaca 22 lagi seloka memuji dewi.
Raja terus membatalkan perintah memancung Brahmana miskin itu. Sebaliknya dikaruniai pula harta serta gelar Bhatta. Keturunan Brahmana itu diberi karunia pagelaran Bharathi. Brahmana itu tidak menerimanya pun sebaliknya berpindah ke bersama murthi dewata kerana maruah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan