Rabu, 18 Jun 2014

Pengertian Purusha Suktam 1

Om Svasti Astu


Selamat pagi, tuan-tuan budiman. Semoga segala setan itu hilang sebelum mempengapakan hati nurani kita semua... Dengarlah tuan-tuan arya triwangsa sekelian mantra pagi mengingati-Nya serta para Guru sekelian! Kita cuba menterjemahnya ke bahasa Melayu moga jangan percuma karma tuan-tuan berlalu. Jika tersilap di terjemahan, mohon jasa tuan perbetulnya demi kebaikan semua.

Bacaan Suci Vedika

 

लक्षमीनाथ समारम्भाम नाथयामुण मध्यमाम I अस्मदाछार्य पर्यन्ताम वन्दे गुरुपरम्परां॥

Parampara gemilang ajar-ajar itu, mulanya dengan Sriman Narayana, dan turun menerusi Natha Muni kepada acharyaku, sembah tabik!

Ānuvakam Pertama

Seloka 1

Beribu-ribu kepala punya Sang Purusha.
Beribu-ribu mata, dan beribu-ribu kaki.
Menjelma Dia di muka kejadian.
Berdiri melampui kiraan sepuluh jari.

Seloka 2

Purusha sajalah semua ini, yang menjadi.
Dan yang akan menjadi.
Lagi yang mempunyai kelestarian.
Dialah Sang Iāna.
Yang muncul sebagai unsur di makanan.
Itu pun Purusha lah juga.

Seloka 3

Segala yang kau lihat itu cuma keagungan-Nya.
Dia itu melampaui segala yang ini. 
Segala ciptaan itu cuma seperempat daripada-Nya.
Tiga bahagian abadi yang lain itu pada-Nya jua.

Seloka 4

Tiga bahagian daripada Purusha itu naik ke atas.
Atas daripada segala ciptaan. 
Sebahagian daripada-Nya itu di sini terjelma lagi dan lagi.
Dari bahagian itu, terbitlah segala kejadian yang makan dan tidak makan.

Seloka 5

Dari Purusha Agung terbit sinaran alam semesta.
Dari sinaran itu, dengan keperluannya dalam hati.
Terbit Sang Brahma menjadi penjaga nya.
Dia terjelma dan bertumbuh menjadi sangat besar.
Melampaui bumi, dan yang belakangnya.

Seloka 6

Yajna yang dilaksanakan oleh para devā.
Dengan Purusha sendiri menjadi havishā.
Ritu bunga itu menjadi minyak sapi.
Memarakkan api pasembahan.
Ritu panas itu kayu bakar.
Ritu luruh itu menjadi havih untuk pembakaran.

Seloka 7

Tujuh nya batang kayu pemagar api.
Tiga kali tujuh kayu api diperbuat.
Bila deva-deva menjadikan Purusha.
Sebagai binatang korban mereka.

Seloka 8

Purusha yang terbit mula nya itu lah yajna
Para prokshan merenjis air suci atas timbunan jerami pengorbanan
Menerusi cara ini, para deva serta resi 
Turut menyucikannya buat korban.

Seloka 9

Dari semahan itu timbul segala sesuatu
Benih menakjubkan segala ciptaan
Dengannya Dia memberi rupa kepada semua
Mergasatwa di padang dan hutan.

Seloka 10

Dari upacara Sarvahut itu
Muncul mantra Rgveda dan Samaveda
Darinya juga muncul kekawin segala
Darinya muncul Yajurveda.

Seloka 11

Darinya muncul kuda-kuda
Binatang dengan satu dan dua baris gigi
Lembu pun muncul dari nya.
Begitu juga kambing dan bebiri dicipta dengannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan